+ Kalau boleh, rajin rajinkanlah tangan tu untuk tekan butang voted dari chapter mula ii sampai habis tau! Vote anda sangat dihargai >3Mereka berdua telahpun sampai ke taman bunga yang memang Ni-ki berniat untuk membawa gadis itu kesana.
Mulut Chaerin tidak kedekut dengan senyuman. Setiap orang yang lalu melepasi mereka pasti menerima senyuman darinya. Patutlah sampai sepupu dia si Sunoo tu pun terpikat dengannya.
Ni-ki mengarahkan Chae untuk duduk di bangku yang dihadapannya terdapat air pancut.
"Chaerin.. aku nak tanya kau something boleh?" Soal Ni-ki seraya memandang gadis itu.
"Boleh je. Apa dia?" Chaerin mengambil telefon pintar miliknya lalu merakam suasana di sana.
"Mak ayah kau dulu ada cakap apa apa tak dekat kau?" Ni-ki bertanya dengan nada bersahaja.
"Maksud awak? Banyak jugak diorang cakap dekat saya." tulah Ni-ki lain kali tanya lah soalan tu betul betul.
"Sebelum diorang meninggal?" Tambahnya lagi.
Sekarang, Chaerin sudah pelik. Macam mana Ni-ki tahu yang ibubapanya sudah meninggal dunia sedangkan dia orang baru disini. Siapa sebenarnya dia?
"Macam mana awak tahu yang mak ayah saya dah takde? Awak ni pengintip ke?" Soal Chaerin pula dengan nada bersahaja.
"Aku ada dengar cakap-cakap orang." bohongnya. Nasib baik Ni-ki cepat cepat mencari idea untuk menyelamatkan rahsia mereka daripada terbongkar.
"Ouh yeke. Hm, saya rasa diorang takde cakap apa-apa yang penting just pesan jaga diri and hati hati dengan keluarga mafia. Saya tak faham apa maksud diaorang sebenarnya. Tapi, saya just dengar and angguk je." Terang Chae seraya menundukkan kepala melihat kucing yang menghampirinya itu. Kucing itu diangkat dengan berhati-hati lalu diletakkan di riba.
Tangannya ralit menggosok bulu kucing yang lembut bak karpet itu. Tertidur kucing itu dibuatnya dek kerana belaian si gadis. Mulutnya mengulum senyuman.
"Kenapa kau tak percaya pulak?" Soalnya.
"Yelah, zaman moden macam ni takkan lah ada orang yang still jadi mafia lagi kan?" Katanya Chaerin dengan yakin.
Ni-ki hanya mendiamkan diri. Terlalu terkesima untuk berkata kata. Tak pernah sekali pun dalam hidupnya mendengar orang tidak percaya akan adanya keluarga mafia.
Dia tiba-tiba berdiri membuatkan Chaerin mendongak ke atas. Terasa rendah pula apabila dia berdiri manakala dia sedang duduk.
"Jom, kita pergi amusement park." Ni-ki meninggalkan gadis itu sendirian. Kucing yang lena tidur itu diangkat perlahan lalu diletakkan di bangku. Sempat lagi dia mencium kepala kucing itu sebelum beredar. Chaerin mula berlari anak untuk membuntuti langkah lelaki dingin yang sudah mara ke hadapan.
Mentang-mentanglah kaki dia panjang, berjalan pun dah macam berlari. Senang - senang aje dia tinggalkan Chaerin dibelakang. Nasib sahaja baru kenal, kalau dah lama tahu perangai macam si Sunoo tu agaknya dah dapat cubitan di lengan.
YOU ARE READING
✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊
Fanfiction𝗡𝗶𝘀𝗵𝗶𝗺𝘂𝗿𝗮 𝗥𝗶𝗸𝗶, seorang mafia yang heartless disuruh oleh ahli kumpulannya untuk menyelesaikan lagi satu misi bersama - sama dengan Hwang Yeji, merangkap partner kerjanya. 𝗖𝗵𝗮𝗲𝗿𝗶𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗸, gadis polos yang selalu disisihkan oleh...