Episod 15

63 5 0
                                    


Dengar sahaja khabar yang Chaerin sudah pun dikeluarkan dari wad. Bertungkus lumus Sunoo menyiapkan makanan kegemaran gadis itu. Apa lagi kalau bukan roti. Dari malam tadi lagi dia bersengkang mata untuk berlatih membuatnya. Kali terakhir dia berjinak dalam bidang ini pun 4 tahun lepas. Semestinya Sunoo sudah lupa akan rentak bidang tersebut.

Bunyi pacuan empat roda yang masuk di perkarangan rumah membuatkan dia makin tidak senang duduk. Tak sabar dia nak jumpa sepupunya seorang itu. Harapnya dia sedia memaafkannya.

Daun pintu ditolak, terpampang susuk tubuh Chaerin di hadapan muka pintu. Air mata yang ditahan dari tadi bercucuran keluar.

"Sunoo? Kau.. sihat?" Tergagap-gagap Chaerin jadinya. Perasaan takut membuak-buak di dalam diri tatkala melihat wajah Sunoo. Adakah Sunoo sedia menerimanya semula selepas fitnah yang tersebar?

"Sihat, Chae. Aku, aku minta maaf. Aku tahu ini semua salah aku. Kalau aku tak—"

"Dah lah tu. Benda yang lepas tak payahlah nak dikenang. Aku maafkan kau," dengan itu, Sunoo terus memeluk erat tubuh kecil gadis tersebut. Rindu tidak terkata. Sedari tadi, Ni-ki hanya senyap tanpa berkata sepatah. Cemburu lah tu.

"Hm, kau ada bau something tak?" Tegur Sunoo. Berkerut dahi Chaerin. Bau apa? Rasanya dia dah mandi pagi tadi dekat spa. Siap buat pedicure manicure lagi. Ini semua kerja si Ni-ki. Jadi, nak kata berbau badan tu memang tidaklah.

"Bau apa? Aku rasa aku dah mandi bunga tadi,"

"Ish, bukan bau tu lah ngok! Maksud aku kat sini bau orang jealous.." mata tertumpu pada Ni-ki. Jelas sekali di wajah. Penuh riak cemburu. Amboi, bukan main cik abang kita berjealous.

Pandangan mula beralih kepada bakal suami. Memang jenis tak reti sorok muka eh? Nampak sangat tengah cemburu. Makin hensem pula jadinya.

"Weh, Chae. Aku ada buatkan roti untuk kau. Kau mesti suka kan? Jom, kita pergi makan." Lengan gadis itu ditarik lembut olehnya. Tak memyempat betul. Lelaki dingin yang masih tercegat di hadapan pintu memutuskan untuk mengikut sahaja kemana Chaerin pergi.

"Wah, banyak gila! Kau buat seorang?" Roti yang sudah terhidang elok di atas pinggan diambil satu. Sungguh suka dia kalau bab-bab roti ni. Kalau disuruh pilih di antara nasi dengan roti, memang roti lah yang menjadi pilihan utama.

Sedang dia asyik mengunyah roti. Pandangan mula jatuh ke susuk tubuh Ni-ki. Nampak macam tak selesa. "Awak tak nak makan sekali ke? Sedap tau roti Abe Sunoo kita buat. Kan Sunoo, kan?" Sunoo mengangguk tanda setuju. Luas lubang hidung tatkala dipuji.

"Kau makan jelah, aku dah kenyang,"

"Eh, rasanya awak yang merengek kata lapar apa semua. Makanan dah ada depan mata, kata kenyang pula." Pelik sungguh dengan perangai si dia ni. Merajuk sangat ke sebab Sunoo peluk dia tadi?

"Jadi ni lah kawan kau yang tolong kau hari tu? Terima kasih sebab tolong aku jagakan dia. By the way, nama dia siapa?" Sempat lagi dia mengerling ke arah lelaki itu. Hensem. Patutlah si Chaerin ni boleh tergila-gilakan. Rendah diri dia jadinya.

"Nama dia—"

"Ni-ki, bakal suami Chaerin," tersedak roti yang dimakan Sunoo. Bakal suami? Sejak bila?

"Sejak bila pula korang bincang tak ajak aku ni? Amboi, kemain." Merah padam muka Chaerin dibuatnya. Sempat lagi Ni-ki ketawa kecil melihat reaksi gadis polos itu. Blushing ke tu, sayang?

"Masa dekat hospital.. dia yang confess dulu. Aku accept jelah. Alang-alang memang dah suka sama suka."

✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊Where stories live. Discover now