Mature content alert! Read on your own risk!
____________"Awak jangan sedih macam ni! Saya tak sukalah tengok awak sedih.. nanti saya tak boleh nak nampak muka cantik awak tu" kata Sunoo sambil mengusap perlahan belakang Chaerin yang masih melayani perasaan itu. Sungguh hatinya luluh tatkala mendengar berita tentang putusnya hubungan cinta di antara Beomgyu dan sepupunya itu.
"Kenapa dia sanggup buat saya macam ni, Sunoo.. apa lagi yang saya tak beri dekat dia? Perhatian? Cinta? Perasaan? Apa lagi tak cukup?" Masih kedengaran lagi suara Chaerin yang agak serak itu di gegendang telinganya.
Air matanya dari tadi bercucuran keluar itu berhenti buat seketika. Bantal yang tersusun elok itu dibuat letak kepala, terasa berat dan sakit akibat terlalu melayan perasaan. Walaupun sedihnya sudah reda, namun hatinya itu masih lagi sakit.
"Kau janji untuk sentiasa percaya aku walau apa pun terjadi.. tapi kenapa baru satu fitnah timbul, kau terus benci aku?"
Masih lagi teringat di dalam fikiran sewaktu hari pertama Chaerin putus cinta dengan Beomgyu. Tidak terkira betapa banyaknya kata - kata motivasi dan semangat diberi kepadanya.
Dan.. janji yang kini tinggal kenangan itu di ingat - ingat semula. Air mata dengan laju mengalir di pipinya.
Tiba - tiba daun pintu biliknya dibuka dari luar. Tersentak Chaerin yang sedang melayan perasaan itu. Cepat - cepat dia menyorok di bawah katil. Perasaan yang tidak enak mula menguasai diri. Siapa pula yang masuk bilik dia pada tengah hari macam ni? Rasanya, Sunoo belum balik lagi. Kelas selalu habis pukul 5 petang.
"Sayang, saya ada dekat sini ni.. awak kat mana?" Meleret nada suara lelaki yang menceroboh rumahnya. Yelah, kalau dah masuk rumah orang tanpa izin kan dipanggil penceroboh?
Mulut ditekup seraya mendengar tapak kaki seakan - akan menghampiri katil. Dia tahu siapa gerangan lelaki itu. Kenal sangat.
"Hm, awak menyorok dekat mana ye? Oh.. awak nak main sorok - sorok eh? Okey,okey! Saya cari awak sekarang tauu" Beomgyu mengoyakkan langkah menuju ke bilik air Chaerin. Kalau gadis itu ada di sini, boleh lah dia tengok free show alang-alang dah datang kan?
Telefon pintar dari poket segera diambil. Bergetar - getar tangannya cuba untuk menaipkan mesej kepada Ni-ki. Harap si mamat dingin tu baca dan balas mesejnya secepat mungkin.
You
Riki, awak tolong saya sekarang! Beomgyu pecah masuk rumah saya!! Sekarang saya tengah menyorok dekat bawah katil dalam bilik.. saya tak boleh bertahan lama sangat niMasih tiada tanda - tanda untuk lelaki itu membaca mesejnya. Waktu waktu getir sebeginilah dia lambat nak reply. Selalunya kalau dia chat pasti dia terus balas. Katanya tak nak dia menunggu lama.
"Haish, awak takde dalam bilik air.. habistu awak kat mana eh?" Bunyi tutupnya pintu bilik itu melegakan sedikit hatinya yang kucar kacir itu. Dengan perlahan - lahan, dia cuba keluar dari bawah katil.
Mata melilau ke sekitar bilik. Tiada seseorang pun melainkan dirinya sahaja. Pintu segera dikunci. Nasib sahaja kotak kunci pendua berada di dalam bilik. Bila dilihat, kunci pendua bagi biliknya itu masih ada.
Dia berlari ke arah telefonnya semula. Nombor lelaki dingin didail beberapa kali. Dan dengan beberapa kali jugalah bunyi ketukan daun pintu dari luar. Dah macam nak pecah pintu tu dibuatnya.
"Sayang, I know you kat dalam kan? Awak.. janganlah buat saya macam ni please? Awak tahu kan saya sayangkann awak?"
Benci.
YOU ARE READING
✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊
Fanfiction𝗡𝗶𝘀𝗵𝗶𝗺𝘂𝗿𝗮 𝗥𝗶𝗸𝗶, seorang mafia yang heartless disuruh oleh ahli kumpulannya untuk menyelesaikan lagi satu misi bersama - sama dengan Hwang Yeji, merangkap partner kerjanya. 𝗖𝗵𝗮𝗲𝗿𝗶𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗸, gadis polos yang selalu disisihkan oleh...