Episod 14

33 1 0
                                    


Setelah satu jam berperang dengan mainan perasaan. Barulah Yeji tidur dengan nyenyak. Sewaktu dia memeluk Ni-ki tadi, sempat dia melihat wajahnya yang tidak selesa. Mungkin dia langsung tiada perasaan terhadapnya.

Tubuhnya sekarang terasa panas dan lemah. Nampaknya demam dah menyerang. Tak lama lagi misi hendak bermula. Terpaksalah dia menangguh dahulu.

"Riki.. tolong panggilkan Sunghoon sekejap, boleh? Aku nak suruh dia ambilkan ubat untuk aku," sengaja dia memancing Ni-ki dengan berkata begitu. Nak tengok juga apa reaksi dia. Namun, dia hanya menunjukkan riak wajah kosong dan terus menuju mencari Sunghoon seperti yang disuruh.

Yeji menguntum senyuman pahit seraya susuk tubuh Sunghoon yang tinggi itu masuk ke dalam bilik berserta ubat demam di tangan.

"Kenapa kau tiba-tiba boleh demam ni? Selalunya kau lah member paling kuat dalam team."

"Bila kita dah betul-betul penat, kita akan tersungkur juga, Hoon. Kau faham kan maksud aku?" Sunghoon hanya mengangguk sahaja. Nak kata faham tu, memang 100% dia faham. Tahu sangat Yeji ada menyimpan perasaan pada Ni-ki.

"Kenapalah kau boleh suka dekat Ni-ki tu eh? Baik kau suka dekat aku. Aku akan make sure yang kau memang takkan kena reject," tergelak Yeji yang berniat ingin mencapai ubat itu. Betul juga apa yang dikata, tapi apa boleh buat? Hatinya ini masih lagi terikat dengan lelaki dingin itu walaupun beberapa kali tersakiti.

••

"Kau nak pergi mana tu, Riki? Bukan ke aku dah kata duduk je dalam rumah ni sampai Yeji sembuh?" tegur Heeseung seraya melihat Ni-ki seolah tergesa-gesa hendak keluar. Dah panas sangat ke bontot sampai asyik nak keluar aje kerjanya?

"Aku nak keluar sekejap je, hyung. Lagipun si Yeji tu boleh jaga diri sendiri. Dia dah besar, boleh jadi bini orang dah tu. Sunghoon hyung pun ada." Ada sahaja alasan yang diberi. Hendak menghalang lebih-lebih pun rasanya tiada guna. Budak ini makin ditentang, makin nak membangkang. Baik dia izinkan sahaja.

"Ikut kau lah, Riki. Kau nak keluar tu jangan tonjolkan sangat muka. Takut—"

"Takut terbongkar pula kita punya kegiatan. Tahu hyung. Aku tahu. Dah dekat seratus kali kau pesan benda sama,"

Heeseung memberikan pandangan tajam tepat pada mata Ni-ki. Suka sangat nak menyampuk sebelum dia selesai bercakap.

"Dah lah, kalau takde apa-apa aku gerak dulu—"

"Ni-ki nak pergi mana?! Yeji nak ikut juga!" Laung Yeji dari tingkat atas. Ni-ki mengurut pelipis dahi. Kenapalah minah ni kena keluar masa ni?

"Tak payah. Kau kata tak sihat tadi kan? Kau pergi rehat. Hyung, aku gerak dulu."

Bibir Yeji dicebik. Ini takda benda lain, mesti nak jumpa dengan Chaerin. Kalau sebelum ni, Ni-ki layankan sahaja kalau Yeji hendak ikutnya ke mana-mana. Sekarang, bila ditanya mesti jawapannya tidak.

"Yang kau tercegat dekat situ buat apa? Dengan bibir muncung itik macam tu, nak suruh aku cium?" Tersentak Yeji dibuatnya. Lee Heeseung kalau tak buaya dalam sehari, memang tak sah. Semua perempuan dia nak kebas. Nasib sahaja si Chaerin tu dia tak pandang.

✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊Where stories live. Discover now