𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝟒 ( edited )

57 4 0
                                    


Kaki melangkah masuk ke dalam tandas perempuan. Kepala ditolehkan ke kiri dan kanan buat memastikan yang dia sendirian di situ. Setelah memperhatikan keadaan sekeliling, Chaerin menatap cermin dihadapannya lama. Air mata melembabkan pipinya yang kering itu.

"Kenapa aku kena rasa macam ni? Kenapa aku kena ingatkan balik apa yang diaorang buat?"

Makin membuak - buak rasa cemburunya pada pasangan pelajar baru merangkap kawannya itu. Boleh nampak betapa rapatnya mereka berdua. Dia masih lagi teringatkan peristiwa yang membuatkan dirinya trauma. Trauma sehingga hampir membunuh diri.

"Kau kena lupakan dia Chae! Sampai bila kau kena ingatkan perbuatan dia tu! Dia tu dah bahagia dengan orang lain kan? So
why you need to care about him again? "

Chaerin cuba menenangkan dirinya. Fikirannya kusut. Terlalu kusut apabila teringat akan kekasih lamanya, Choi Beomgyu dan juga pembulinya, Jang Aeyoung. Merangkap kawan rapat lamannya.

"Park Chaerin.. Kita putus,"

Kata - kata yang keluar daripada mulut kekasihnya itu seakan - akan pisau yang menikam tepat di dada. Dia tidak salah dengar kan? Kenapa tiba - tiba si dia berubah hati ni?

"Yah, Gyu-si.. awak bergurau je kan?" Chaerin sedaya upaya menolak kenyataan itu dan hanya mengganggap ianya sebagai gurauan sahaja. Manalah tahu kan yang si Beomgyu ni nak buat prank sempena anniversary mereka.

"Aku takde masa nak bergurau, Chaerin.. aku dah penat dengan relationship kita ni. Aku dah taknak ada hubungan apa apa dengan kau lagi dah. Kau faham kan maksud aku?"

"But why?! Didn't you told me that you're in love with me before?" Mata Chaerin mula berkaca. Apa yang dia dah buat sampaikan dia mula berubah hati? Hendak kata ada salah kata atau dia curang, memang tiada.

"Aku takde perasaan apa apa pun dekat kau Chaerin. Aku tipu kau je selama ini. Sejujurnya aku suka orang lain bukannya kau, Park Chaerin!"

Tak semena-mena Beomgyu menaikkan nada percakapannya seoktaf. Kesemua pelajar menumpukan seluruh perhatian kepada mereka berdua. Nak juga mereka tahu apa yang terjadi diantara kedua pasangan yang agak popular di sekolah mereka. Ini kalau ada ahli buletin sekolah, rasanya dah lama mereka kutip topik hangat ini.

"Then.. you like who?"

"You're bestfriend.. Jang Aeyoung"

Dunianya terasa gelap. Tak sangka kawannya yang dia lama kenal dan percaya itu menikam belakangnya. Bukan ke Aeyoung dah tahu yang Beomgyu sukakan Chaerin? Air mata yang ditahan bercucuran keluar. Pedih.

Tiba-tiba susuk tubuh Aeyoung muncul entah dari mana datangnya. Berdirinya dengan angkuh di sebelah Beomgyu, bekas kekasihnya. Senyuman sinis terbit pada bibir Aeyoung. Puas? Semestinya!

"Hii baby- urgh, budak jijik pun ada sekali rupanya dekat sini? You dah settle bagitau hal sebenar ke? Kalau dah, senanglah sikit. Takdelah kita nak berahsia lagi," Aeyoung mencerlung tajam ke arah Chaerin. Sedih ke tu dek? Kesiannya.

"Aeyoung, kenapa awak sanggup tikam belakang saya? Bukan ke awak sendiri yang selalu sangat support saya masa saya and Beomgyu couple? Kenapa sekarang awak dah lain?"

"Ugh, kau ni tak boleh nak bezakan ke mana satu kawan kau yang sebenar? Kau ingat aku hamak sangat ke nak kawan dengan kau? Aku berkawan dengan kau ni bukan atas kerelaan hati, but disebabkan harta kau je, Rin. But, look at you now.. kau dah tak kaya macam dulu after your parents died,"

Sekali lagi dadanya terasa seperti ditikam menggunakan pisau yang tumpul. Tak sangka Aeyoung akan berbuat sedemikian rupa. Mereka berdua berkawan sejak sekolah rendah lagi.

"Okay, if that the truth.. saya terima. Beomgyu, terima kasih for everything. And you too, Aeyoung. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku dan buat satu luka yang teruk dekat aku."

Beberapa bulan berlalu, barulah Aeyoung sedar yang Beomgyu sekali lagi terjatuh hati pada bekas kekasihnya. Siapa sahaja yang tidak sakit hati apabila mendapat tahu tentang perkara begitu? Selepas sahaja Aeyoung mula mengungkit hal itu di hadapan Beomgyu, tiap kali dia akan dipukul.

Chaerin pula lepas dia putus kawan dengan Aeyoung, semua kawan-kawannya yang lain cuba menjauh dari dia. Ini semua angkara Aeyoung menyebar fitnah dan menyebabkan Chaerin bertukar menjadi pendiam.

Ada suatu hari, Chaerin tidak tahan dengan apa yang dilakukan oleh pelajar di sekolah itu dan mengambil keputusan untuk melompat dari rooftop hingga ke tingkat bawah. Namun sempat dihalang oleh sepupunya, Sunoo. Entah bagaimana nasib gadis itu sekarang jikalau tiada sesiapa yang menyekatnya dari melakukan hal tersebut.

"I need to stop thinking about that." Chaerin mengelap pipinya yang dibasahi oleh air matanya itu. Dia kemudiannya keluar dari tandas. Langkah mula menuju ke arah kelasnya yang tidak berapa jauh dari tandas. Baru dia tersedar yang dia sudah terlepas dua subjek. Matilah dia kalau kena denda selepas ni.

Dia mempercepatkan langkahnya ke kelas. Daun pintu dikuak lalu Cikgu Ahin yang sedang mengajar itu mengalihkan pandangan ke arahnya. Kepala ditundukkan akibat malu.

"Ha Chaerin, kenapa lambat masuk kelas saya hari ni? Awak tak sihat ke?" Soal Cikgu Ahin. Chaerin menganggukkan kepalanya perlahan. "Saya sakit perut sikit tadi, cikgu. Maafkan saya." Bohong gadis itu. Cikgu Ahin hanya menggelengkan kepalanya. Macam - macam ragam betul anak muridnya seorang ini.

"Dah, kamu pergi duduk sana. Lain kali jangan lambat lagi,"

"Baik cikgu."

___

"Baiklah kelas, semua dah boleh balik. Jangan lupa siapkan projek yang saya arahkan tadi. Pembentangannya pada minggu hadapan ya?! Pastikan setiap ahli kumpulan berganding bahu untuk siapkan kerja." Suara Cikgu Ahin yang tegas itu membuatkan semua pelajar hanya mengangguk.

Aduh kenapa pulak aku satu kumpulan dengan dia?

Cikgu Ahin meletakkan Chaerin di dalam kumpulan 6 iaitu adanya Beomgyu, Sera, Ni-ki dan Erna. Kenapa wajib ada mamat Beomgyu tu sekali ha?! Kalau si Beomgyu seksa Chaerin nanti macam mana? Berbagai-bagai soalan muncul di benak fikiran.

"Matilah aku! Kalau dia jadi panas baran macam dulu macam mana?" Bisik Chaerin yang hanya dapat didengari olehnya sahaja.

"Chae.. nanti jumpa aku dekat taman dekat rumah kau tu eh?"

Beomgyu menghampiri mejanya secara tiba - tiba. Nasib sahaja Chaerin tidak melatah. Kalau tidak, mesti satu kelas sudah mentertawakannya. Malu tadi pun masih tidak hilang.

"Nak buat apa? Aku sibuk," jawabnya senada. Tak hendak dia ingin membazirkan masanya yang bernilai itu hanya untuk menyakitkan hati. Lagi pun buat apa nak jumpa dekat taman? Dekat sekolah sekarang ni tak boleh nak cakap terus?

"Kau datang jelah, jangan banyak tanya."

"Tu pun kalau aku datanglah. Tengok macam mana dulu."

"Pastikan kau datang tau? Aku tunggu sana pukul 4 petang nanti,"

✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊Where stories live. Discover now