Mereka bertiga berjalan menuju ke sekitar sekolah selepas selesai makan tengah hari. Setiap kali mereka sampai ke sesuatu tempat, pasti Chaerin akan memberitahu nama kawasan tersebut.
"Kat sini taman bunga. Kat sini juga lah ramai couple dating. Kadang - kadang, saya pernah terjebak sekali. Tapi takdelah buat benda melampaui batas,"
"Yang ni pula makmal sains. Ha, yang kat depan tu pula bilik guru."
Setelah beberapa minit menjadi tour guide kepada kedua pelajar baharu tersebut baru gadis itu teringat akan kerja sekolah 3 maut yang perlu dibuat. Terus sahaja Chaerin bergegas ke perpustakaan dengan membawa buku latihan. Ni-ki dan Yeji yang melihat gadis itu sedang kelam kabut membuatkan mereka tertanya-tanya.
Tanpa amaran, mereka berdua hanya mengikuti langkah gadis polos itu sehingga ke perpustakaan.
"Korang memang nak ikut saya pergi sini jugak ke? Manalah tau korang ada nak pergi dating kat taman sana kot kan" Chaerin menayang muka kosongnya. Di tangan terdapat banyak buku latihan untuk disiapkan. Keluhan berat dilepaskan seraya melabuhkan duduk di kerusi.
"Kenapa? Kau tak nak kitorang ikut kau ke?" Ni-ki menjungkit kening sebelah kanannya. Hati Chaerin mula berdetak laju, takut akan rahsia pembulinya itu terbongkar.
"Eh mana ada, saya tanya je takut korang rasa boring ke apa." balas Chaerin cuba untuk menyedapkan hati Yeji dan Ni-ki.
Mereka pun melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu, seperti biasa. Tak ramai orang sangat. Chaerin laju mencari buku-buku rujukan untuk menyiapkan kerja sekolah yang bertimbun di meja panjang itu.
"Buku banyak-banyak buat apa? Cikgu Hyesoo takde bagi homework pun tadi?"
"Saya- memang macam ni sejak dulu lagi, hehe. Suka buku" tipu Chaerin.
"Shin Yuna, Jang Aeyoung, Shin Ryujin? Bukan nama kau Park Chaerin ke? Asal ada banyak sangat nama orang lain ni?" Ni-ki mengambil salah satu buku yang berada di atas meja itu. Kenapa nama orang lain dekat buku ni?
"Eh- bak sini buku tu!" Chaerin merampas kasar buku dari tangan Ni-ki. Yeji memaparkan muka tertanya tanya. Pelik juga dengan perangai kawan baharunya itu. Dah buang tebiat ke?
"Kau dah kenapa sia? Kau kena buli ke?" soal Ni-ki. Chaerin hanya membisu sambil menggeleng. "Takdelah! Diaorang nak berkawan dengan saya je. Jadinya, saya kena buat kerja diaorang dulu." Jelasnya sambil mata memandang lantai.
"Kawan? Kau tak boleh nak beza ke antara pembuli dengan kawan, Chaerin? Jangan jadi bodoh sangat," kali ini Yeji pula bersuara. Sengaja dia melayan gadis polos itu agar lebih senang untuk meneruskan misi mereka.
"Saya.. nak berkawan aje," tiba - tiba Yeji memeluk gadis itu erat. "Kau tak payahlah nak berkawan dengan diaorang tu. Kau kawan je dengan kitaorang, okey?" Sedar akan Chaerin yang tidak dapat melihat wajahnya, terus Yeji membuat muka jijik.Macamlah dia hamak sangat nak berkawan dengan perempuan ni.
"Woi woi, ni library tau. Tak payah nak berdrama pukul 7 dekat depan mata aku ni. Geli," Ni-ki pergi beredar meninggalkan gadis-gadis itu sendirian. Tak mahu masuk campur dalam urusan pujuk memujuk jadi dia putuskan untuk pergi sahaja.
"Kau jangan ikut cakap diaorang lagi tau? Kau kena ingat. Kau sekarang dah ada aku dengan Riki. So, don't worry okay? "
Ayat yang keluar dari mulut Yeji itu membuatkan dirinya mengimbau kembali kenangannya bersama kawan baik lamanya. Dia rindu..
"Hii bestiee! Apa khabar?!"
"Weh babe, awak okey tak?"
"Alolo cute aje kawan kita ni merajuk!"
"Janganlah sedih, don't worry tau. Kita sayang awak angat angat"
Matanya kian berkaca. Yeji yang berada di hadapannya itu memandang pelik. Kenapa pula minah ni nak menangis? Aku ada salah cakap ke? Getus hatinya.
"Chaerin? Kau okey tak?"
"Eh- kita okey aje. Kita nak pergi tandas sekejap tau!" Berlari anak dia keluar dari perpustakaan sambil menekup muka. Ni-ki yang menunggu di luar memandangnya kehairanan. Dah kenapa dengan budak ni? Nak berlakon jadi Cinderella agaknya.
Yeji turut keluar dari situ setelah susuk tubuh Chaerin menghilang ke tandas. Lelaki dingin disebelah diperhati. Ni-ki turut melakukan hal sama. Tak semena - mena mereka berdua ketawa terbahak-bahak bersama.
"Kau buat apa weh dekat dia sampai dia jadi macam tu?"
"Entahlah, aku tak buat apa - apa pun. Maybe dia tersentuh hati dengan ayat aku tadi. Bila aku teringatkan balik kan, naik bulu roma aku. Menyampah seh," masih tersisa lagi tawanya itu. Air mata yang keluar dilap menggunakan jari.
"Nanti kau ajarlah aku tipsnya. Mana tahu aku boleh try juga."
YOU ARE READING
✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊
Fanfiction𝗡𝗶𝘀𝗵𝗶𝗺𝘂𝗿𝗮 𝗥𝗶𝗸𝗶, seorang mafia yang heartless disuruh oleh ahli kumpulannya untuk menyelesaikan lagi satu misi bersama - sama dengan Hwang Yeji, merangkap partner kerjanya. 𝗖𝗵𝗮𝗲𝗿𝗶𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗸, gadis polos yang selalu disisihkan oleh...