𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝟓 ( edited )

52 2 0
                                    

Masa terasa seakan-akan pantas berlalu, kini waktu sekolah telah pun tamat. Usai loceng berbunyi, pelajar berpusu-pusu keluar dari bangunan sekolah itu. Ada yang berlari, ada yang berjalan. Ada juga yang hampir jatuh mencium tanah. Dah masuk sekolah rendah pun masih berperangai seperi budak sekolah rendah.

Semua pelajar sudah pun mengosongkan kelas kecuali Ni-ki dan juga Chaerin. Yeji sudah pun bergerak awal kerana dipanggil oleh ketua mafia mereka. Apa yang hendak dibincangkan, dia tak tahu. Sedang lelaki itu mengemas beg, pandangannya jatuh kepada gadis yang turut mengemas beg itu.

Satu idea bernas menjengah pemikiran. Rasa-rasanya, dia sudah boleh mula mulakan permainan liciknya. Perlahan - lahan dia memghampiri susuk gadis tersebut.

"Um.. Chae? Kau nak balik dah ke?" Soal Ni-ki sambil menyarungkan beg ke belakangnya. Sesekali, senyuman terukir di bibirnya yang kemerahan itu.

"Eh- ha'ah. Kita dah nak balik. Kenapa tanya?" Chaerin berpaling menghadap lelaki dingin disebelah. Jantung mula berdegup kencang dek kerana senyuman yang dikuntum oleh Ni-ki. Manis.

"Boleh aku nak tanya something ?" Cukup dengan pertanyaan tersebut, pipinya yang gebu itu memerah bak tomato. Terasa juga wajahnya sekarang sedang suam-suam.

"B-boleh je. Nak tanya apa tu?"

"Petang nanti keluar dengan aku, boleh? Aku ada hal sikit nak cakap dengan kau. Alang - alang tu aku nak berkenalan sikit dengan kawasan sini. Kau tolong jadi tour guide aku."

Terkebil - kebil mata gadis itu dibuatnya. Tidak percaya akan apa yang didengar sekarang ini. Biar betul Ni-ki si pelajar dingin ini mahu mengajaknya keluar? Tapi, kenapa dia? Sedangkan ramai lagi kawan lelaki yang boleh diminta tolong.

"Kalau tak boleh takpe. Aku boleh-"

"Eh boleh boleh! Maaf lambat nak bagi respon. Saya terkejut sikit." Mukanya yang polos ditayangkan. Satu perasaan yang pelik mula muncul di dalam diri mafia muda itu.

"Bagi aku nombor kau, senang sikit nak contact kalau nak cancel." ujar Ni-ki. Sekeping kertas kosong diberi kepada gadis dihadapannya itu. Entah dari mana kertas itu diambil. Mungkin ada Doraemon yang hulur agaknya.

"Sekejap ye," tangan menyeluk poket sisi beg yang diletakkan beberapa pen disitu. Pen biru diambil lalu ditulisnya nombor telefon di atas kertas tersebut.

Kertas yang terdapat nombor telefon milik Chaerin itu diberi kepada Ni-ki semula. Perutnya mula terasa seakan-akan ada rerama yang berterbangan tatkala hujung jarinya terkena sedikit tangan Ni-ki.

"Thanks, jumpa pukul 4."

----

"Lambat kau balik. Kau singgah kat mana tadi?" tegur Yeji seraya melihat Ni-ki merebahkan dirinya di atas sofa yang lembut itu. Air anggur yang diisi oleh pembantu rumah mereka diambil. Rakus air itu diteguk oleh Yeji.

"Masalah kau ke kalau aku balik lambat pun? Tak kan?" Kata Ni-ki sedinginnya. Bibir Yeji dicebikkan. Dia dengan perangai dingin itu memang tak boleh dipisahkan. Serupa adik beradik pula.

"Kau ni aku tanya pun tak boleh. Aku tahu lah kau pergi jumpa Chaerin sebelum balik sekolah tadi kan?"

"Kau jangan misunderstood dengan apa yang aku buat tu. Aku just nak ambil second step pula. Tadi kau dah buat first step, right? So, bagi dekat aku pula tugas seterusnya ni." Ni-ki melemparkan kertas yang mengandungi nombor telefon Chaerin. Gadis itu mengerutkan dahinya.

✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊Where stories live. Discover now