𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝟖 ( edited )

48 4 0
                                    

Bunyi jam penggera memenuhi seganap ruang bilik tidurnya. Sudah berapa kali jam berbunyi namun lelaki itu masih lagi terbuai di alam mimpi. Sesekali, tersedar juga lah dia. Tapi hanya terbangun untuk memberhentikan jam itu sahaja.

Buat sekelian kalinya, jam itu berbunyi semula. Terganggu tidur Ni-ki dibuatnya. Dia bingkas bangun lalu matanya digosok-gosok perlahan selepas menutup sekali lagi bunyi jam penggera tersebut. Penglihatannya kabur tetapi dihadapannya sekarang kelihatan seakan-akan ada satu susuk tubuh. Macam familiar.

"Chaerin? Kau buat apa dekat sini? Macam mana kau boleh masuk?" Terkejut dia tatkala mengetahui bahawa susuk tubuh gadis yang berada di hadapannya sekarang adalah Chaerin. Sejak bila pula si budak polos ini tahu tentang kewujudan markas mereka?

"Awak jahat, Riki! Awak jahat! Kenapa awak sanggup tipu saya?" Soalnya.

"Tipu? Kau dah tahu semuanya ke Chae?" Liur ditelan kesat. Macam mana rahsia mereka boleh terbongkar? Baru sahaja dia dan Yeji memulakan permainan. Takkanlah sudah berkenalan tidak sampai seminggu sudah terbongkar semuanya?

Pisau yang disorokkan di belakang di tunjukkan pada Ni-ki. Sengihan sinis dikuntum seraya mendekatkan diri kepada lelaki dingin itu. Air mata darah mula bercucuran keluar dari kedua-dua belah mata.

"C-Chaerin? K-kau nak buat apa dengan pisau tu?"

"AKU NAK BUNUH KAU LAH, SIAL"

CHAP!

Ni-ki terus terbangun dari mimpi ngerinya. Dahinya dipenuhi keringat dingin. Nafas yang tidak teratur itu dibetulkan semula. Perut yang menjadi tempat 'tikaman' Chaerin diusap perlahan. Mimpi rupanya.

Kenapa dia perlu bermimpi sebegitu rupa? Sedangkan selama ini, dia tidak pernah mengalami mimpi begitu sepanjang kerjayanya itu. Tiada langsung rasa sebersalah yang muncul selepas daripada 'menyelesaikan' mangsa-mangsa.

Tanpa melengahkan masa, dia terus bangun lalu membersihkan diri yang sudah bermandi dengan peluh itu. Dia perlu lupakan apa yang terjadi tadi.

__

"Weh, aku tak datang sekolah tau harini. So, kau pandai-pandai lah nak buat apa pula lepas ni." kata Yeji seraya menyuapkan sandwic ke dalam mulutnya. Boleh tahan sedap juga ya sandwic yang dibuat oleh bibik ni? Gumamnya di dalam hati.

"Aku tengok kau sihat walafiat je, asal tak nak pergi sekolah? Tak takut kena buang?" Soal Ni-ki. Beg sekolah berwarna hitam itu digalas lalu tangannya mencapai kasut sekolah yang terletak elok di dalam rak. Tali kasut diikat kemas agar tidak mudah untuk tercabut (?).

"Rileks lah bro. Kita daftar sekolah tu pun bukan sebab nak belajar pun. Just nak settlekan misi kita ni je." Ni-ki hanya menghiraukan gadis itu. Hendak berlama-lama pun dia tidak mahu. Kalau ikutkan hati, dia juga malas nak ke sekolah. Bosan. Entah kenapa kakinya sekarang pantas berjalan ke arah kereta Audi Q5 di luar penthouse.

Dirinya diboloskan ke dalam perut kereta. airpod yang tersedia di dalam poket kerusi itu diambil. Bluetooth telefon disambungkan dengan airpod tersebut. Album lagu ITZY dipilih sebagai halwa telinganya pada pagi ini.

Lagu bertajuk Mafia in The Morning itu menghiasi pendengaran telinganya. Sengaja dia memilih lagu yang sesuai dengan pekerjaannya. Kata orang, baru ada feeling.

✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊Where stories live. Discover now