Episod 17

50 3 0
                                    

Kaki yang lemah mengatur langkah ke arah katil empuknya itu. Diri direbahkan ke tilam serta merta sambil memeluk bantal. Penat pelik betul dia sejak dua menjak ni. Mujur Chaerin tak tahu, kalau tak gamaknya dia dah ada di klinik sekarang ni. Bukan apa, macam lah dia tak tahu betapa paranoidnya bakal isteri.

Telefon yang asyik berdering akhirnya diambil dari dalam poket. Sedari tadi lagi telefonnya itu tidak henti-henti masuknya notifikasi. Entah siapa pula yang hendak menganggu dia hari ini.

Mata digosok perlahan untuk menjelaskan penglihatannya yang agak kabur dek kerana terlampau mengantuk.

"Riki, saya ada dekat taman tau sekarang ni. Tengah tunggu Yeji. :)"

Terkejut dia apabila mesej dari Chaerin muncul. Jumpa Yeji? Sejak bila si Yeji ni ajak dia pergi taman?

Tangan cepat menekan skrin telefon. Aplikasi chatroom itu dibuka lalu terus dia membalas pesanan mesej tersebut. Seketika kemudian, barulah gadis itu membalas semula balasan dari Ni-ki. Untung ada girlfriend fast reply macam Chaerin Park ni.

Chaerin
Riki, saya ada kat taman
tau sekarang ni.
Tengah tunggu Yeji :)

Ni-ki
Ada apa kau jumpa dia
dekat taman tu?

Chaerin
Entahlah awak.
Dia kata dia nak jumpa kita
jadinya kita datang jelah.

Ni-ki
Kau tak payah lah nak
jumpa dia tu. Dekat sekolah
boleh jumpa kan?

Chaerin
Maybe benda urgent kot. Sebab
saya dah tanya dia kenapa tak
bincang dalam chat je

Chaerin
But dia still nak
jumpa

Ni-ki
Kalau dia ada bagitahu
kau something yang tak
masuk akal. Kau biarkan
je. Don't believe her.

Ni-ki
And kalau dia tanya
pasal hubungan kita. Just
don't answer it, tukar
to another topic.

Chaerin
Okey..
Seen

Lega hatinya setelah memberi peringatan kepada Chaerin. Hati mula berasa tidak sedap. Terasa seakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Diri yang masih lemah dan mengantuk itu tersengguk-sengguk ingin ke bilik air untuk bersiap.

Daripada terperuk kat penthouse tanpa tahu apa yang jadi dekat Chaerin tak tenteram jadinya. Macam mana kalau apa yang dia tengah fikirkan sekarang benar-benar berlaku?

Teringat dia tentang ugutan Yeji semalam yang masih berlegar di kotak fikiran.

**

Flashback

"... I love you, Riki."

Bungkam lelaki itu dibuatnya. Sudah masuk berapa kali gadis ini menyatakan perasaan pada dia. Tak sangka pula partner sekerjanya sendiri pun ada menyimpan perasaan terhadapnya.

"I already told you before Yeji.. aku anggap kau tak lebih dari seorang kawan. Kadang-kadang, aku anggap kau macam kakak kandung aku sendiri. So please, jangan suka aku lagi dah." Balasnya sambil mengusap lembut rambut Yeji yang ikal mayang itu. Cantik, sememangnya ya. Namun cantiknya Yeji tidak boleh menang jikalau dibandingkan dengan cantiknya perangai Chaerin.

✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊Where stories live. Discover now