Dagu diketuk beberapa kali menggunakan jari. Dahinya berkerut seribu memikirkan pakaian yang hendak dipakai untuk berjumpa dengan kawan barunya itu. Satu persatu baju diambil namun masih tiada lagi yang kena dengan moodnya sekarang. Ini baru pemilihan pakaian. Belum masuk lagi bab mahu memilih kasut dan aksesori lain.
Daun pintu diketuk, tanpa memberi jawapan, pintu dibuka perlahan. Sunoo berjalan menuju ke arahnya lalu duduk di birai katil. Matanya dipaku kepada susuk tubuh gadis yang berada di dalam bilik pakaian itu.
"Chaerin, saya nak minta maaf pasal tadi. Saya tahu mesti awak terasa sebab saya tiba - tiba tukar gelaran 'saya' 'awak' jadi 'aku' 'kau'."
"Eh takpelah, saya tak terasa pun. Alang-alang dah terpanggil macam tu kan, apa kata kita teruskan aje panggilan macam tu. Kita start guna 'aku' 'kau' from now. Okey?"
"Okey! Ha, kau tengah buat apa tu? Nampak macam tengah struggle je," Perasan akan kelakuan gadis yang terlihat seperti mempunyai masalah membuatkan dia ingin tahu apa yang terjadi. Comel pula melihat dia dengan muka yang polos itu.
"Ni ha, aku tengah nak cari outfit yang sesuai nak pakai. Tapi tulah, aku tak jumpa lagi. Dah lah sekarang nak masuk pukul 4." Keluh Chaerin. Selama ini kalau dia ingin keluar tiadalah sampai begini. Selalunya dia akan memakai hoodie berwarna hitam bersama seluar sahaja.
"Amboi, bukan main eh? Mentang-mentang nak keluar dengan kawan lelaki lain terus perangainya. Takpelah. Meh, aku tolong kau carikan baju," satu persatu baju diperhati. Banyak juga rupanya baju gadis disebelah selama ini. Kebanyakannya semua pakaian yang berwarna soft dan pastel. Tapi jarang dia mahu melihat dia memakai semua baju itu.
Dress berwarna biru pastel itu menarik perhatiannya. Baju itu diambil lalu disua pada Chaerin. Baju itu terus bertukar tangan.
"Kau nak suruh aku pakai yang ni?" Kepala dianggukkan sebagai jawapan. "Kau sesuai sangat kalau pakai baju ni. Dah lama aku tak nampak kau pakai. Ni kan hadiah yang eomma dengan appa kau bagi dulu," tanpa diminta birai matanya mula berkaca. Inilah hadiah terakhir sebelum eomma dan appanya disahkan meninggal dunia setelah sebulan menghilangkan diri.
"Chaerin-ah, jangan lah nangis macam ni. Kau kan kuat? Shh, dah jangan nangis. Nanti tak pasal-pasal aku kena marah dengan kawan kau sebab buat kau nangis macam ni." Terletus tawa gadis itu dibuatnya. Air mata yang membasahi pipi itu dilap sehingga kering. Pandangan dialihkan semula pada baju ditangannya itu.
"Aku rasa kan, baik kau pergi bersiap cepat. Sekarang dah pukul 3.50 ni. Nanti kau kenakan reben putih ni buat hias kepala kau tu. Ni gelang yang comel ni kau pakai." Segala aksesori cepat - cepat diambil lalu diletakkan di atas meja solek. Chaerin hanya diam melihat gelagat sepupunya itu. Dia yang nak keluar, orang lain yang bersungguh.
__
"Chaerin, cepat turun! Kawan kau ni dah sampai!" Laung Sunoo lantang. Tak perlu pakai mikrofon pun sudah cukup suaranya itu untuk didengari oleh Chaerin yang masih tidak kunjung keluar dari bilik. Apa benda yang lama sangat nak bersiap ni? Dah dekat 10 minit kawan tu tengah tunggu dekat luar.
Kaki melangkah laju mkenuruni anak tangga yang ada. Nampak sahaja susuk gadis itu menuju ke tingkat bawah. Mulut Sunoo ternganga luas. Terkejut dengan penampilan sepupu perempuannya petang ini. Cantik.
YOU ARE READING
✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊
Fanfiction𝗡𝗶𝘀𝗵𝗶𝗺𝘂𝗿𝗮 𝗥𝗶𝗸𝗶, seorang mafia yang heartless disuruh oleh ahli kumpulannya untuk menyelesaikan lagi satu misi bersama - sama dengan Hwang Yeji, merangkap partner kerjanya. 𝗖𝗵𝗮𝗲𝗿𝗶𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗸, gadis polos yang selalu disisihkan oleh...