𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘪𝘒𝘦𝘴, 2024 , spin-off kepada BDA
Semuanya berlaku sejak lelaki itu menjadi imam solat tarawih di sekolahnya.
Idna Hensem, seorang pelajar yang baru pindah ke sekolah SHOOW semasa penghujung tingkatan 3. Seorang yang berkelaku...
Aku tak tahu dari mana diorang tahu aku menghafaz laju. Aku baru pindah sekolah ni tahun lepas masa form 3. Buku rekod hafazan pun aku yang pegang, dan sesekalipun aku tak benarkan sesiapa bukak (kecuali ustaz) kalau tak nak lebam biji mata.
Teringat momen Adam marah aku sebab nak masuk kelas Sains kat sekolah lama. Lepas tu terus aku buat keputusan nak pindah sini. Nanti kalau aku dapat kelas Sains kat sini tak adalah Adam tahu. Tak adalah dia marah-marah.
Adam marah sebab dia tahu aku nak masuk kelas Sains sebab ikut crush. Crush sekolah lama, classmate Adam.
Tapi masuk sini, macam tak ada rezeki je. Aku tercampak masuk kelas Akaun.
"Imam hensem!" Bahu kena tepuk dari belakang.
"Opocot mak aku, mak engkau, sama-sama terbang!"
"Astaghfirullahal'azim, imam pun melatah? Bawak mengucap imam, bawak mengucap." Hah, Haiqal rupanya. Eh budak ni aku pelangkung satgi. Mentang-mentang duduk belakang aku suka-suki je nak buat orang terkejut.
"You okay? You have fever eh. Call call me imam. Like you don't have job." Aku redah je la english. Asal ada bunyi. Haiqal ni pro english mesti dia faham.
"Aih kau ni grammar pun lah." Haiqal tepuk dahi. "Cakap macam biasa sudah la. Ni kau tau tak budak kelas sebelah dok cakap pasal kau sejak kau jadi imam malam tadi."
"Iye?"
"Aok aie!! Budak Rasyidah tu pun macam syok kat kau."
Aku terkaku. Rasyidah kelas sains tu antara paling bijak dalam batch aku. Aku dengar dia bijak, tinggi dan baik hati. Pakai cermin mata. Ramai kawan-kawan aku suka kat dia. Kalau dia suka aku, bermakna... bermakna... ini semua hanyalah mimpi.
Aku tenung Haiqal.
"A'udzubillahi mina syaitonirrajim. Walaa taqrabuu zina."
"Ya Allah, dia keluar ayat al-Quran random pulak." Dia menggosok perut yang lapar.
Ayat al-Quran ni bukan random la. Aku capai al-Quran tafsir atas meja. Surah al-Isra' ayat ke-32 dihadapkan ke depan wajah Haiqal.
"Ye ye aku tau aku gurau je tadi." Dia ambil al-Quran aku lalu tutupkannya lalu letak semula atas meja aku. "Penat la layan kau ni. Sejak kau pindah dulu kau buat aku gelak."
"O baby sian dia penat ek? Minum usus." Aku ambil tuala gulung dari dalam beg dan suakan ke mulut Haiqal.
"Puasa la oi. Ada yang nak kena baling kasut ni." Haiqal tepis tuala tu sampai terjatuh terguling-guling. Dia dah sedia nak tanggalkan kasut.
"Tau takpe puasa. Tak baik gosip-gosip au."
---
Semasa bermain arnab terbang, arnab kepunyaan aku tergolek masuk semak sebelah makmal. Aku berlari mendapatkannya. Arnab di sini maksudnya bola.
"Bola kau ke ni?" Seorang pelajar perempuan berkaca mata mengangkat arnab tu. Aku angguk lalu arnab bertukar tangan. Sejenak aku perhatikan perempuan tu sebelum beristighfar perlahan.
"Ah, aku tau kau ni. Kau Rasyid kan?"
Perempuan tu mengerut wajah. "Siapa Rasyid? Oh ya, Rasyid tu nenek aku. Aku Rasyidah la!"
"Oh... Rasyid binti Rude." Baru aku ingat semula nama penuh dia yang aku hafal dari senarai nama prep malam tadi.
"It's Rudy!"
"OH okey okey. Rasyidah binti Rudy. Noted." Aduh, salah lagi. Aku berdehem perlahan. "Aku pulak Idna. Nama panjang Idna Hensem. Nama real..." Tak, tak. Aku rasa tak perlu kut bagitahu yang tu.
Suasana jeda. Aku menggosok belakang tangan yang berpeluh di belakang baju sukan.
"Urm... penting untuk aku tahu nama supaya aku tak salah panggil orang. Sebab aku ni face blinder." Aku pertahankan maruah diri takut dia ingat aku stalker.
Rasyidah menggeruk wajah. "Maksud kau face blindness ke?"
"Oh face blindness eh? Ingatkan face blender."
Rasyidah nampak macam penat dengan english aku. "Takpelah, Idna. Aku ada something ni nak beri kau." Dia keluarkan sesuatu dari beg silangnya. Aku sekadar memerhati.
Buku 99 Kata Farah Ameen di tangan Rasyidah. "Eh bukan yang ni." Buku lagenda 99 tu disimpan sebelum dia menarik satu lagi buku, yang lebih tebal daripada tadi.
"Kenapa beri aku kamus oxford ni?"
"Supaya kau tak buat orang penat dengan english kau."
"Wow baiknya kau. jazakillah hu khairan kathirah."
Sebaik menundukkan tubuh sedikit, aku minta diri untuk beredar. Lima belas minit lagi sebelum masa rekreasi tamat.
Oh, macam tu rupanya rupa Rasyid.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.