Aku mengangkat tangan kanan ke depan wajah. Jari membilang satu per satu. Satu... dua... tiga...
Hm, rasanya dah tiga hari selepas aku hantar surat pada Rasyidah. Dia tak balas apa-apa lagi. Dia marah ke?
Kalau ya, kenapa? Ke... ayat aku dalam surat hari tu kasar sangat.
"Woi Idham! Apahal engko main angkat-angkat tangan? Dah habis hafaz belum?" Terhenjut bahu aku bila disergah ustaz. Aku menurunkan tangan seraya menoleh ke arah Ustaz Najmi. Seluruh kawan halaqah aku berhenti menghafaz dan memandang ke aku.
"Err... asif, ustaz. Belum. Tinggal separuh lagi." Aku tersengih sambil menggosok belakang leher. Bahang dah berasa di muka.
Ustaz Najmi menggulingkan bebola matanya. "Ha dah. Sambung balik. Tinggal sejam lagi tu." Beliau mengerling ke jam di dinding sebelum menunduk kepala memandang al-Quran yang di atas rehal di hadapannya.
"Err ustaz."
Beliau yang nak sambung tasmik Irfan sebaliknya memandang aku balik. "Ya?"
"Asta'zinul khuruj ila al-hamam?"
Ustaz Najmi ni strict sikit. Disebabkan dia guru Bahasa Arab di sekolah ni, jadi dia akan suruh semua orang walaupun pelajar dia untuk bercakap dengan dia dalam Bahasa Arab. Tapi cakap yang basic jelah. Contoh kalau nak keluar tandas atau masuk ke kelas.
"Hah. Cepat sikit. Jangan berangan pulak dalam hamam tu."
"Thoyib, ustaz." Aku lekas mengalih batang sate dari al-Quran aku. Kalam suci itu ditutup, lalu aku menciumnya sebelum aku letak elok di sisi kanan rehal aku. Perlahan-lahan aku berdiri sebelum laju kaki melangkah keluar dari bilik hafazan.
Aku menapak menuju ke tandas yang berada di hujung blok hafazan. Sejenak aku menoleh ke sebuah blok yang terletak di sebelah blok hafazan. Kaki berhenti melangkah. Pandangan yang kosong dilontarkan. Spontan aku menarik senyum yang terpaksa.
"Lama... lama sangat, dah..."
Bilik penjagaan kanak-kanak. Lama sangat dah aku tak pergi sana! Aku membawa tangan kanan ke dada kiri seolah-olah menyentuh jantung. Wargh ha! Aku teringin nak jumpa anak-anak itu lagi! Warghhh!
Aku pandang sekeliling. Hurm, tak ada orang.
Lutut terasa ringan. Aku jatuh terduduk ke atas jalan tar. Tangan kanan menggenggam erat baju di bahagian jantung. Aku menundukkan kepala ke bawah. Kedua mata aku pejam dan gigi diketap.
"Hiks! Agaknya apa khabar diorang ek?" Kalau boleh nak jugak aku nangis kat sini. Baru jadi drama tak berbayar ni.
Sedang aku seronok menjalankan lakonan di tepi jalan raya, tiba-tiba bahu aku dicuit dari arah belakang. Aku terkedu dan berhenti berlakon menangis. Alamak. Ustaz Najmi ke?
"Kau dah kenapa duduk kat sini. Lupa makan ubat?" Bila aku menoleh ke belakang, ya Allah, sumpah aku rasa nak benam jugak kepala dekat lumpur belakang blok hafazan tu.
Tanpa menjawab soalan dia, aku berdiri dan memusingkan badan menghadap dia. Tangan kiri membersihkan segala debu yang melekat pada jubah putih yang aku pakai ni. Bila aku tengok muka dia yang sedang mendongak, tahulah aku dia dah nampak drama murahan aku tadi.
Aku berdehem.
"Urm. Ya Rayyan. Kenapa tegur aku?"
Lelaki tingkatan dua tu membalas soalan aku dengan kerdipan mata berkali-kali. Ah, sudah.
"Kau... kau tak nampak tadi kan?" soal aku sambil mengangguk-angguk kepala dan senyum lebar. Mata dibesarkan dua kali ganda.
"Kenapa kau sedih?"
Ya Allah. Dia betul-betul nampak!
Sekali lagi aku berdehem. "Man... mana ada aku sedih." Sambil menuturkan itu, aku memandang pokok mangga yang terletak di belakang Rayyan. Nampaknya mangga yang aku inci selama ni dah ranum. Boleh la aku petik tak lama lagi.
"Berdosa menipu."
Aish. Tahu pulak. Jadi betullah mitos yang mengatakan bahawa jika seseorang menjawab sambil pandang tempat lain, dia sebenarnya menipu?
Aku cuba tukar topik. "Kenapa kau ada kat sini? Tak kelas ke."
"Nak pergi tandas. Tu terserempak dengan abang ni."
"Oh."
"Kenapa kau sedih?"
Nampaknya Rayyan tak berputus asa untuk tanya. Bila aku tengok mukanya, entah kenapa aku rasa muka dia tulus tanya benda tu.
"Haha. Benda kecik je. Jangan risau la." Ya ya benda kecik. Takkan aku nak cakap aku sedih separuh mati sebab tak dapat pergi tempat penjagaan kanak-kanak je pun? Boleh jatuh saham aku nanti.
"Oh. Bukan sebab kakak tak beri surat lagi ek?"
Aku terkedu. "Macam mana kau tahu?"
"Aku kan posmen tak berbayar korang. Dah lama dia tak kirim surat lepas kau beri hari tu."
Terkedu kuasa dua. Uih, Rayyan ni bijak jugak ek. Macam kakak dia. Like sister, like brother.
"Tak la. Bukan sedih sebab tu." Aku memusingkan badan ke belakang. Dari tadi tak pergi tandas. Dah sarat dah tahan ni.
"Abang jangan la sedih. Aku akan seratus peratus sokong korang dua. Kau dah dapat restu aku!"
Terkedu kuasa tiga. Aku menolehkan kepala ke belakang.
Buat kali pertamanya aku mendengar Rayyan yang selama ni cakap sepatah-patah, yang selama ni cakap dengan nada mendatar, tiba-tiba bercakap ceria dengan aku macam dia dah dapat straight A's dalam SPM.
"Restu apa hah?" Berkerut dahi aku.
"Hubungan kau dan kakak aku la. Sebab apa? Sebab boleh. Eh bukan. Sebab kau baik."
"Eh kau ni. Orang perlu restu mak abah kau la! Bukan restu kau!" Entah perasaan aku ke apa, tapi betul, aku dah rasa bahang dah ni.
Rayyan ternganga mulut. "Jadi betul la ni?"
Semakin berkerut dahi aku. "Apa yang betulnya?"
"Kau suka kakak aku kan?"
Plurgh! Kalau ada air dalam mulut aku, sudah tentu aku akan sembur tepat kena muka Rayyan.
"Mana ada! Dah! Balik la kau!" Aku terus memandang depan semula dan laju kaki melangkah menuju ke tandas.
Tak sangka rupanya si Rayyan tu banyak cakap pula.
A/N:
Rayyan's developing his behaviour guys.
Ya Allah... tak lama je lagi Ramadhan nak habis... hurm...
YOU ARE READING
Imam Kelas Sebelah ✓
Humor𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘪𝘒𝘦𝘴, 2024 , spin-off kepada BDA Semuanya berlaku sejak lelaki itu menjadi imam solat tarawih di sekolahnya. Idna Hensem, seorang pelajar yang baru pindah ke sekolah SHOOW semasa pengujung tingkatan 3. Seorang yang berkelakua...