Aku melangkah masuk ke dorm aku dengan malas setelah balik dari bilik pengetua. Butang baju batik yang aku pakai aku tanggalkan. Sejam lagi nak iftar ni, lebih baik aku mandi dan bersihkan diri dulu. Kemudian aku berjalan menuju ke almari aku. Pintu almari dibuka dan cermin muka berbingkai putih dikeluarkan. Aku mencabut songkok daripada kepala.
"Uh... Dah licin dah ni." Aku meramas kepala yang tidak berambut lagi.
Tanpa sengaja, pandangan mata jatuh ke bawah. Aku menyentuh perlahan pipi kanan dan kiri dengan kedua-dua tangan. Uh, masih sakit. Bila diingat balik, kuat gile Ahmad tumbuk aku. Tapi Alhamdulillah, tak berapa nak nampak lebam di muka ni.
Aku senyum nipis. Tu la kau Idna. Tak tahan baran. Yang kau pergi pukul anak orang tu dah kenapa.
Sisi jahat aku berkata, "dah dia pukul aku dulu. He deserved it."
Sisi baik aku hanya mengangkat kedua bahu. Malas nak layan. Aku yang semula jadinya ialah budak yang baik, mengikut kata-kata sisi aku yang baik. Tapi bila diingat balik, aku kena denda bukan sebab tumbuk orang, tapi sebab aku pergi pusat penjagaan tu.
"Assalamualaikum– Eh siapa kau yang kat almari tu? Oi! Tu almari kawan aku la. Jangan nak–"
Heh. Aku dah agak dah benda ni akan berlaku. Aku menutup pintu almari lalu menundukkan kepala ke bawah. Dengan lagak slow-mo, aku menoleh ke punca suara yang berdiri di pintu masuk dorm.
"Ni aku la, Izzat." Perlahan aku menutur kata. Malu ada jugak.
"Eh..? Eh..?" Izzat setapak dua tapak mengundurkan langkah. Riak wajahnya ketakutan seperti nampak hantu. "Kau... Kau Idna ke? Kenapa kau botak..."
"Macam kau tak tahu pengetua kita tu." Sekali lagi, senyum kelat.
"Owh yang tu. Okey tapi sekarang, Idna. Aku ada satu benda lebih penting nak cakap. Kau dengar cakap aku." Makin jauh Izzat mengundur. Muka dah macam kena sapu bedak. Putih pucat. Lah mamat ni dah kenapa?
Aku mengerdip mata meminta penjelasan.
"Kau datang ke aku. Perlahan-lahan." Suara Izzat mendatar.
"Huh? Kenapa–"
"Jangan bising! Ikut jelah." Wajah Izzat nampak sangat terdesak. Ya Allah. Dia nampak hantu kat belakang aku ke?
"Uh okey." Aku berjalan setapak demi setapak.
Sampai je aku kat depan dia, terus dia tarik tangan aku keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup laju dan terus dia bawak aku lari.
"Eh Zat dah kenapa ni?" soal aku cuak.
Izzat tak jawab. Tak tahu la dia buat tak tahu atau betul-betul tak dengar. Dia masih genggam erat pergelangan tangan aku.
Izzat ni member ketiga sebilik dengan aku. Antara member aku yang boleh dipakai. Tak masuk air. Dia ada kelebihan yang tak semua manusia ada. Deria keenam. Jadi kalau ada perkara yang berkaitan mistik, Izzat mesti tak nak ketinggalan nak tau.
Selalu jugak la aku nampak muka dia pucat bagai. Tapi dia tak nak share pasal tak nak aku dan Haikal takut.
"Zat. Kenapa kita lari ni? Aku belum mandi lagi Zat. Tak lama lagi iftar ha."
Masih lagi, soalan aku dibiarkan tanpa jawapan. Akhirnya aku pasrah dan ikut je mana Izzat bawak aku pergi.
Bila kami dah sampai di tempat ramai orang barulah Izzat berhenti berlari. Serentak tu aku pun berhenti jugak. Izzat terus melabuhkan duduk di atas rumput manakala aku sekadar membongkok. Kami yang tercungap-cungap selepas berlari mencari nafas.
"Zat. Kenapa kau bawak aku lari tadi?" Dah rasa diri ni dah stabil baru aku berani nak tanya. Jangan cakap dia nampak 'benda tu' kat belakang aku tadi.
Uh. Dah la langit sedang menjingga sekarang.
Izzat mendongak wajah memandang aku. Muka dia masih pucat.
"Uih kau okey tak ni bro. Muka pucat habis. Kau nampak benda tu ke?" Peluh dah memercik dari dahi aku. Seram sejuk tiba-tiba.
Izzat menggeleng kepala.
"Habis tu? Kau nampak apa?"
"A... aku. Aku nampak..."
"Na... nampak apa, Zat?" Ya Allah. Dah betul-betul cuak dah aku ni. Kalau betullah Izzat nampak benda tu, ni first time aku dengar cerita dari mulut dia. Selama dekat setahun aku duduk sini tak pernah kena kacau sebab Izzat tak pernah bagitau apa-apa.
"Be... benda berbulu..." Izzat mengawangkan kedua tangannya di udara. Membuat bentuk bulat. "Aa... ada telinga. Mata di...dia kuning. Wa... warna hitam. Dia tengok aku tadi, Na. Dia tengok aku."
"Oo... Okay..." Sah sah. Dia nampak benda tu.
"Bawak bertenang, Zat. Lepas ni kita bagitau ustaz. Dia ada kacau kau ke?"
"Ta... tak. Dia duduk elok je belakang kau tadi."
Sumpah demi Allah, seluruh bulu roma di badan aku dah meremang.
"Oo... okey..." Aku meliarkan pandangan. Mencari kelibat Ustaz Nazri kalau dia ada di sekitar sini. "Kau mampu jalan tak ni? Kalau ya, kita pergi jumpa ustaz. Kalau tak, aku tunggu kau sini sampai kau dah rasa okey."
"Bi... bila masa kau bela dia, Na?"
"Be... bela apa?" Sejak bila aku cakap dengan Izzat aku bela saka ke syaitan ke apa ni.
"Tu la... yang urgh berbulu tu."
"Dah la Zat. Jom kita jumpa Ustaz." Aku menarik lengannya untuk berdiri. Uih, menggigilnya. Takut sangat dia ni.
"Eh tak nak... Tak nak... Benda kecik je tu tak payah dibesarkan..." Izzat cuba melepaskan tangannya dari pegangan aku.
"Ah takde takde. Kau pucat macam ni kau kata benda kecik?" Aku tak berputus asa, masih lagi menarik lengannya sekuat hati.
"Ish aku cakap tak payah tak payah la!" Tiba-tiba Izzat meninggikan suara. Sikit lagi lengan dia nak terlepas dari aku tapi aku cepat-cepat tahan.
"Ya Allah, Izzat. Kau dah jumpa setan takkan kau cakap ni benda kecik ha? Setan ke saka ke apa." Bulan Ramadhan syaitan kena ikat kan. (tapi pernah dekat sekolah lama, kawan aku yang perempuan meracau masa bulan Ramadhan. tak taulah kenapa. memang terjerit-jerit, nak dengar satu sekolah.)
Izzat tak jadi untuk melepaskan lengan dia dari aku. "Setan?"
"Yalah! Kau nampak dia tadi kan kat belakang aku?"
Suasana jeda. Izzat memandang aku dengan mata tak berkerdip. Muka dia yang pucat tadi terus tak kelihatan dah.
"Yang tadi aku nampak bukan benda tu. Aku nampak kucing la. Kucing hitam."
Dan seluruh SHOOW dan isinya riuh ditemani bunyi burung berkicau. Ark. Ark.
Aku lalu duduk mencangkung di depan Izzat dengan kedua-dua tangan menutup muka. Rasa nak nangis pun ada. Sejak bila seketul Izzat Naufal yang di depan aku ni takutkan kucing ni...
Ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan dalam menghadapi ujian-Mu ini.
N/A:
Moral of the story, jangan mengagak-agak sesuatu tanpa bertanya. Tak tanya, sesat jalan. Eh macam lain je. HAHAHA.
YOU ARE READING
Imam Kelas Sebelah ✓
فكاهة𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘪𝘒𝘦𝘴, 2024 , spin-off kepada BDA Semuanya berlaku sejak lelaki itu menjadi imam solat tarawih di sekolahnya. Idna Hensem, seorang pelajar yang baru pindah ke sekolah SHOOW semasa pengujung tingkatan 3. Seorang yang berkelakua...