انم

111 14 5
                                    

Habis moreh, terus aku pergi ke kelas. Kerja Akaun melambak banyak, kena siapkan prep malam ni jugak. Esok dah nak hantar.

Aku mengambil pemadam dari pencil box lalu aku padam kesalahan pada lukisan pokok di kertas Akaun. Bila lagi nak balance ni? Punyalah subjek ni azab dia tak boleh bawak bincang sampai sepuluh batang pokok dah aku lukis. Kejap lagi nak tambah matahari, awan dan burung-burung.

"Yo!" Haiqal dari belakang, datang mengheret kerusi dia dan letak di sebelah meja aku.

"Wa'alaikumussalam."

Haiqal merenung aku macam aku ni suatu spesies kambing. Sesi bertukar salam berlaku sejenak sebelum dia melihat kertas akaun aku.

"Aku tertanya-tanya la kan. Kecik-kecik dulu kau makan apa." Spontan soalan tu keluar dari mulut dia. Aku cuba mengingat. Tak tahulah kalau parent aku buat tahnik, tak pernah tanya.

"Bateri?"

Aku tak tipu. Kak Hana cerita masa aku dua tahun, Adam ada kereta mainan dan dia meraung sebab kereta mainan dia tak boleh bergerak. Bila tengok ruang bateri, baterinya lesap. Alih-alih jumpa bateri dalam mulut aku.

"No wonder kau putus fius sekarang." Haiqal rampas pemadam dari tangan aku dan memadamkan lukisan pokok-pokok aku. Suk sak suk sak bunyinya.

Kejap. Dia padam lukisan pokok-pokok aku?

"WOI SEJAM KUT AKU LUKIS POKOK-POKOK NI." Lekas aku tahan tangannya daripada bergerak. Air mata menitik turun.

"Kau memang putus fius, Na. Putus fius. Kau lupa ke yang kau pernah kena denda berdiri dekat luar sebab lukis pelangi dekat buku lejar ni?" Haiqal masih gigih memadamkan pokok aku.

"Sampai hati kau Qal... Uuuu huks UwU."

"Idna, ada orang panggil kau." Suara dari pintu kelas.

Aku berhenti menangis. Haiqal berhenti melenyapkan seni aku. Masing-masing tertumpu ke ketua kelas. Di sebelahnya ada budak lelaki, mungkin tingkatan dua tengah berdiri melihat aku. Aku bangkit dari duduk dan berjalan ke arah pelajar itu.

"Jazakallahu khairan kathirah." Aku ucap pada Khairi, ketua kelas.

"Waiiyaka." Khairi berlalu pergi dan aku tunduk kepala sikit menghadap junior di depan aku ni.

"Abang ni ke yang nama Hensem?"

Air liur tersalah masuk trakea. Nak terbatuk aku dibuatnya. Aku rasa macam dah terlambat je kalau aku nak gugurkan nama Hensem selepas nama Idna.

"Ha ye saya. Panggil Idna je. Eh Abang Idna."

"Ok bang. Dia bagi ni." Dia menghulurkan sekeping kertas yang dilipat dua.

"Jap, awak ni pulak nama apa?" Aku tak ambil kertas tu.

"Rayyan." Kertas tu masih dihulur. Aku kerut kening. Kenapa aku rasa macam pernah melalui situasi ni. Situasi di mana aku berada di tempat Rayyan, memberikan suatu kertas kepada seseorang.

"Apa ni?" Aku menuturkan dialog yang aku rasa aku pernah dengar.

"Abang kenal Rasyidah?"

Aku angguk. Jangan cakap dia yang bagi.

"Saya adik dia. Dan ni dia yang bagi."

Imam Kelas Sebelah ✓Where stories live. Discover now