لاڤن بلس

52 6 1
                                    

"Assalamualaikum!" Pintu diketuk macam kanak-kanak ribena. Seluruh pandangan tertumpu ke pintu dorm. Aku nampak riak muka Ahmad dah cuak kalau-kalau ada warden yang masuk.

Tapi rupanya tidak. Itu Haiqal.

"Idna oh Idna, kau ada tak dalam ni? Kalau ada, Rasyidah cari kau. Dia tengah tunggu kat lob-" Haiqal beku tengok Ahmad and the Gang dan aku yang terduduk kena belasah.

"Oi... korang buli Idna ke?" Tangan Haikal di pintu dorm tadi jatuh. Muka macam tak percaya aku kena belasah.

"Kal, kau pergi je Kal. Tak yah endahkan aku." Aku kenyit mata. isyarat supaya Haiqal keluar dari situ dan report pada warden. Aku tak nak dia kata 'aku akan report pada guru' sebab ayat tu akan buat pembuli-pembuli seluruh dunia marah. dan berkemungkinan orang yang report tu nanti akan kena buli juga.

Jadi aku tak nak Haikal merasakan bahawa sahkitnya tuh di sini kena belasah macam ni.

Haikal masih tercegat di pintu. Aku gerak mulut kata 'Oi apa kau buat tu? Lari la! report kat cikgu.'

"Ak- sorry, aku kacau korang ke? Aku pergi dulu eh." Haiqal menunduk badan. "No worry aku janji tak bagi tahu sesiapa. I'll be pretending that I saw nothing. Buli la sahabat aku tu sepuasnya."

"Kau jangan ingat nak lari. Aku tahu kau akan report warden jugak!" Shahrom berjalan ke arah pintu.

"Tak tak noo it's no way. Aku janji takkan report, aku lapor je." Haikal mengundur kaki setapak demi setapak.

"B*doh! Tangkap budak tu!"

Satu tumbukan hinggap di pipi Ahmad yang menyebut tu. "Sakit bod*!" Ahmad menoleh ke aku yang dah pun berdiri.

Sekali lagi aku menghinggapkan tumbukan ke pipi yang sama. Ahmad jatuh terduduk. Aku merenung dia dengan pandangan membunuh.

"Aku paling pantang orang mencarut dalam bulan mulia ni."

Aku mematahkan sendi tangan. Aku menggerakkan leher, mematahkan sendi di sekitarnya. Fuh alhamdulillah, rasa sakit tadi hilang sekelip mata. Mungkin masanya sekarang, aku yang patut ajar mamat ni.

"Shib*l!" Kawan Ahmad yang random (aku tak kenal) cuba menolak aku. Tapi aku sempat tahan tangannya.

"Perkataan apa tu? Satu pujian ke."

"Tak, shib*l tu mencarut dalam bahasa korea!" Haikal di pintu menjerit. Oh ya ke. Aku lipat maut ke arah lelaki random tu. Aku memulas tangannya ke belakang badannya.

"For many time I has tell ya I doesn't like people swear."

Shahrom dan dua lagi lelaki random jadi takut. Bahu mereka mengecut. Terus diorang berlari keluar dari dorm melepasi Haikal.

Duk! Muka aku ditumbuk lagi. Aku tanpa berfikir panjang membalas tumbukan Ahmad. Kami bertumbuk lagi dan lagi sampai dah berguling-guling di atas lantai. Ahmad duduk di atas tubuh aku dan sebelum dia sempat nak tumbuk aku lagi, aku dah tahan tangan dia. Sempat aku menghantar jelingan maut urgent kepada Haikal.

"Kal! Apa kau tercegat lagi situ lagi? Pergi panggil cikgu-"

Haikal tersengih ceria macam baru dapat duit raya RM100 daripada pengetua. Dia menggeleng kepala macam dah lama hidup. "Rasanya tak perlu kut."

Tiba-tiba muncul seseorang dari belakang Haikal. Pengetua? Kelihatan pengetua sudah pun menahan Shahrom dan lelaki-lelaki random yang dah pitam di depannya.

"Hensem, Ahmad dan Azriella Danialla. Ikut saya ke bilik sekarang."

Aku terkaku. Aduh, masa aku tengah beraksi ni pulak pengetua nampak aku. Karang aku pulak kena fitnah jadi pembuli.

Dan menyesal aku letak nickname Idna Hensem. panggil saya Idna la cikgu. Bukan Hensem.

---

Memang botak ke aku lepas ni?

Aku terlupa yang hobi paling indah pengetua adalah... Aku ingatkan tu khabar angin je rupa-rupanya betul.

Ahmad and The Gang diarah pindah sekolah. Pengetua kata dia tak nak simpan pelajar yang bermasalah dan acah jadi gangster.

"Okey la saya bagi pindah je. Tak buang sekolah diorang."

Dan aku? Aku ingatkan aku selamat daripada sebarang hukuman.

Kalau aku letak cermin di depan ni, aku boleh nampak imej kepala aku yang menyinari seloroh pelusuk alam. Kalau boleh, tumbuhan pun nak fotosintesis dengan cahaya yang terpantul atas kepala aku ni.

Ya, korang tak salah baca. Kepala aku bersinar ni sebab dah tak ada rambut. Aku dikenakan hukuman merangkap hobi paling indah pengetua.

Alasan aku dibotakkan adalah sebab aku kantoi pergi lawat tempat penjagaan kanak-kanak. Aku tak tahulah mana pengetua tahu. Abang Faris ke yang lapor? Wallahu'alam, aku tak nak suudzhon.

Yang pentingnya...

Habis la aku. Raya nanti kepala botak. Mesti bersinar satu rumah.

Imam Kelas Sebelah ✓Where stories live. Discover now