"Qal, aku nak jumpa Zawir jap. Kalau kau nak balik dulu, balik jelah."
"Okay."
Tiba di satu lorong aspura, aku dan Haiqal berpisah jalan. Aku belok kanan menuju ke dorm Zawir, Haiqal belok kiri. Alang-alang prep malam ni habis awal, baiklah aku setelkan hal ni cepat-cepat. Plus, Zawir ada study group tadi sebab tu dia tak pergi kelas aku.
Hah bagus, target tengah berdiri di depan pintu.
"Assalamualaikum, Zawir!" laung aku bila jarak dah tinggal dua meter. Zawir toleh kepala ke aku.
"Aik Na. Kau buat apa kat sini? Tak balik ke. Eh wa'alaikumussalam."
"Aku nak jumpa kau kejap. Kita cakap kat sana nak?" Aku membetulkan letak tali beg silang di badan sambil tangan sebelah menunjukkan hujung lorong. Zawir letak dulu barang dalam dorm sebelum membontoti aku.
"Hal apa kau nak cakap ni?"
Aku merenung serius mata Zawir. Dalam masa sama, aku buat muka kesian. Mengharapkan belas kasihan dari mamat beku ni.
"Hal petang tadi, kau biar jelah. Perempuan tu tak bersalah."
Jujurnya aku memang pitam pun petang tadi. Sesaat macam tu aku terus sedar. Bila fikir balik, aku mungkin akan menahan malu kalau aku sedar macam biasa. Malu la woi orang tengok aku kena baling kasut!
Daripada aku menahan malu sampai padang jarak padang terkukur tujuh keturunan selepas sedar, baiklah aku acah-acah pitam sampai ada yang datang menggoncang-goncangkan badan aku. Sebab tu aku dengar perbualan Zawir dan Haiqal tadi.
"Perempuan tadi? Rasyidah kan, Idna."
Aku diam.
Si Zawir ni, budak kelas Sains. Dia jenis kalau target nak dapatkan sesuatu tu, dia betul-betul akan buat untuk dapatkan apa yang ditarget. Sebab tu aku tak bagitahu pun perempuan tu Rasyidah. Dengar dari perbualan dia petang tadi, aku syak dia target nak ajar Rasyidah cukup-cukup sebab baling kasut kat aku.
"Tak ada apalah tu, Wir. Aku okey. Aku pun dah maafkan dia."
"Betul? Bukan apa, Na. Sebab kau kena baling kasut tu, fius kau jadi makin putus. Kau tak ingat ke kau prank kitorang tadi? Jantung aku pun boleh masuk esofagus."
Allahu, hiperbola dia.
"Betuuuul." Aku angguk kepala macam belatuk. Ya Allah, lembutkanlah hati sahabatku Zawir Khalis untuk maafkan Rasyidah. Kalau tak, habis aku, ya Allah.
Kertas yang aku terima tadi tu rupanya surat.
Assalamualaikum, Idna Hensem (dekat IC kau nama ni ke?)
Aku mintak maaf sebab baling kasut kat kau petang tadi. Maaf sangat-sangat.
Kedua, aku mohon sangat kau bagitau Zawir pulangkan kasut aku dekat kelas esok.
Next, mintak dia lupakan kejadian petang tadi. Sticker dekat tudung tu aib aku. Kalau kau tak nak buat dosa umpat aku, please do not tell Zawir the things that've happened.
Plus, bulan Ramadhan ni.
Bulan Ramadhan memberi peluang muslimin muslimat untuk memperbaiki diri. Kalau aku nak stop mengumpat orang, seharusnya aku pakai peluang ni untuk latih aku menahan diri daripada mengumpat.
"Alright. Tapi kenapa dia baling kasut kat kau?" Muka Zawir beku semula.
"Err tu... rahsia. Aib, hehe. Pasal kasut dia tu, dia mintak kau beri esok hari kat kelas." Aku senyum nampak gigi.
"Apa-apalah." Nampaknya Zawir malas bercakap hal ni lagi. Bagus, dia bersedia untuk maafkan Rasyidah.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.
N/A:
Nak dipendekkan cerita, chapter ni sepatutnya bergabung dengan chapter 6 tapi nanti jadi panjang sangat pulak. And bila tengok balik, peristiwa baling kasut ni sampai empat bab ye. ☠

YOU ARE READING
Imam Kelas Sebelah ✓
Humor𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘪𝘒𝘦𝘴, 2024 , spin-off kepada BDA Semuanya berlaku sejak lelaki itu menjadi imam solat tarawih di sekolahnya. Idna Hensem, seorang pelajar yang baru pindah ke sekolah SHOOW semasa penghujung tingkatan 3. Seorang yang berkelaku...