دوا ڤولوه

38 5 0
                                    

"Sadaqallahul'azim." Al-Quran mini berwarna hijau di tangan ditutup. Aku letak kitab suci itu di atas meja. Baru lepas habis mengulang surah al-Waqi'ah. Surah yang mempunyai 96 ayat tu bagi aku sangat mencabar bila mula-mula hafal dulu masa KKQ form 2. Tapi sekarang alhamdulillah, dah lancar.

Aku mencapai handphone fakeme berwarna putih di atas meja.

Adam Kedua Hensem Selepas Aku
- Haq turun bawah
- Dah nak start ni

"Huh?" Aku mengerutkan dahi. Dah pukul berapa ni? Aku merenung jam digital yang tertera di sudut kanan skrin telefon.

"Baru pukul sembilan pagi. Awal nau buat kerja." Aku bangkit dari kerusi dengan malas. Telefon dimasukkan ke dalam kocek seluar. Aku turun ke tingkat bawah. Bila kaki dah capai hujung tangga, aku berdiri statik. Mencari kelibat Adam. Mana abang aku ni? Tadi padah nak start kerja dah.

"Uh betul-betul botak la."

"Oi! Kan aku dah kata jangan cakap macam tu."

"Dah lama aku tak nengok kau. Sekarang dah glow-up habis kau eh? Hahahaha."

Aku pusingkan badan ke belakang sebab suara datang dari situ. Apa benda diorang cakap ni. Oh... kawan-kawan Adam rupanya. Tak berapa kenal sangat. Tapi... eh Qasturi pun ada kat sini? Qasturi ni antara orang paling famous kat STAPS sebab muka kacukan chinese dia tu. Mata dia memang sepet, tapi aku tak nafikan yang dia memang kacak. 

Nyet enjet enjet nyet. Bunyi datang dari dapur. Bila aku toleh, aku dapat nampak ada bayang-bayang suatu objek kecik sedang berjalan.

Nyet enjet enjet nyet. Bunyi semakin kuat. Objek semakin menghampiri.

Eh? Soong?

"Apa Soong buat kat sini?" Aku mendekati anak kecil itu. Soong biasanya akan berlari dan peluk aku. Alhamdulillah, ya, dia sedang berlari. Tetapi berlari jauh dari aku. Dia berlari dan sembunyi di belakang Qasturi sambil peluk kaki dia.

"Eh Soong?" Kenapa rupa dia macam takut je dengan aku? "Ni abang la, abang."

Sesaat aku mengangkat kepala sedikit untuk melihat Qasturi. Jelas riak wajahnya tercengang sambil ternganga mulut bila tengok aku.

"Kau siapa panggil kau abang dia ha botak?"

Aku automatik menjadi sebuah batu. Aku pecah di situ juga.

Aku berlari lalu duduk mencangkung di satu sudut ruang tamu. Kepala direhatkan di atas lutut yang aku peluk. Patutlah Soong takut. Bila aku dah botak, mana dia nak kenal aku lagi. Huhu... ya Allah. Berdosakah mun aku menangis sekarang juak?

"Tu adik Adma la. Bijaknya engko ni." Abang Zik di belakang sana meramas lembut rambut Qasturi yang disapu gel itu. "Kalau tak sebab kau bakal adik ipar aku, dah lama aku tarik rambut kau tu macam aku tarik rumput."

"Huh? Abang Adma ada adik?" Qasturi menyoal, tak percaya.

"Tak la. Adma sebenarnya dah ada anak. Dan si botak tu la anak dia." Bio menjuling mata ke langit. Menyampah pulak pada orang yang tanya dua tiga kali soalan yang dia dah tahu jawapannya.

"Oh. Patut la mata sama. Cuma bulu mata Abang Adma tebal dan lentik. Anak dia pulak biasa-biasa je. Mungkin sebab gen botak dia kut."

"Mana ada botak ada kaitan dengan gen oi! Tu hairstyle la!" Bio melempang bahu Qas. Lelaki kacukan cina itu sekadar tersengih, membuatkan mata sepetnya tertutup sambil tangan kanan mengangkat ibu jari.

Setelah rasa diri ni dah okey sikit, aku berpura-pura mengesat air mata palsu. Aku ni kiranya dah termasuk dalam golongan yang tersakiti la kan? Tersakiti satu, bila orang yang kau sayang tak kenal kau lagi. Tersakiti kedua, bila orang panggil kau botak.

Huhu. Menyesal aku pergi tempat penjagaan tu lagi. Ingatkan Abang Faris gurau je dengan amaran dia hari tu. Sekali perrghhh... dengan aku-aku sekali dibotaknya.

Aku mengangkat kepala. Badan dipusingkan ke belakang sambil aku melemparkan pandangan ke segenap ruang tamu. Tanpa sengaja, mata tertancap pada sebuah topi cap milik Adam di atas meja tv. Aku segera berdiri dan berlari mencapai cap berwarna hitam itu. Aku sarungkan ia ke kepala dengan harapan selepas ni, Soong akan kenal aku balik.

Tidak berputus asa, aku kembali ke tempat Adam dan kawan-kawannya berbual. Kelihatan Soong masih memeluk kaki Qasturi. Aku tanpa malunya berjalan ke Soong buat kali ke dua, lalu duduk mencangkung di hadapannya. Aku dapat rasakan pandangan pelik dari Adam dan kawannya tapi aku buat tak kisah.

"Soong. Ni abang ni. Abang Idna. Idna Hensem." Aku mengukir senyuman paling comel aku pernah ada. Ya Allah... tolong la dia ingat aku semula.

Soong seolah-olah dah dapat cam aku. Dia melepaskan pelukan di kaki Qasturi lalu dia bertatih-tatih menghampiri aku.

"Ab... Abwang...?" Tangannya didepa ke hadapan. Seolah-olah meminta aku untuk peluk dia macam selalu.

"Ha ye ni abang." Aku turut mendepakan tangan. Mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan kita pada hari ini.

"Abwang. Inda."

"Eh bukan Inda. Idna!" Walaupun patah hati jugak la dia salah sebut aku, tapi aku masih nampak sinaran-sinaran yang keluar dari mata anak kecil itu.

Jarak antara kami semakin kecil. Setapak... Dua tapak lagi... Soong akan berada dalam pelukan aku sebelum...

...cap di atas kepala aku dicabut.

Soong yang tadinya nak peluk aku terus berhenti bertatih. Lima saat dia terpegun, terkaku, tercengang melihat rupa sebenar aku sebelum dia menangis meraung-raung di situ jugak.

Aku mengetap gigi. Geram. "Siapa..."

Kepala ditoleh mencari الناس mana yang bertuah nak rasa kaki aku sik lamak lagik.

"Hahaha! Betul kan hipotesis aku? Aku dah cakap Soong tak kenal dia sebab dia botak tapi kau tak nak percaya!" Abang Zik ketawa lantang dengan tangan kanannya terletaknya cap Adam yang aku pakai tadi.

"Ye la ye la. Ko menang. Ha ko nak apa untuk hadiah?" sambut Bio sambil turut ketawa macam Abang Zik. Aku tengok Adam di sebelah menahan sengih dengan tangan kanannya menutup mulut.

Aku berdiri dan menatap mereka berdua. Geram. "Arghh! Takrang dua ni kan!" Tanpa membazir waktu, aku kejar diaorang.

"Biak ni mengamok wei! Lari woi!" Bio menampar bahu Abang Zik.

"Ah, sorry Idnaa! Aku gurau je nak amik balik cap kau ni!" Abang Zik dah lari ke depan. "Ma, kau buat apa tercegat kat situ? Tolong setel adik kau ni ha."

"Uish. Laju gila anak Abang Adma lari. Lagi laju dari aku." Dari jauh Qas memerhatikan senario aku kejar abang-abang bertuah ni sambil membawa Soong. Terlihatnya Adma menggeleng kepala.

"Uh... tu adik aku la Qas. Aku belum nikah lagi mana ada anak."

Imam Kelas Sebelah ✓Where stories live. Discover now