دوا ڤولوه لاڨن

73 7 13
                                    

"Aku tak rasa Idna akan buat benda tu. Kal, kau ada nampak Idna buat benda pelik ke?" Zawir menopang dagunya di atas tempat bersandar kerusi dorm tu.

Haikal menggeleng. "Benda pelik dia buat pun dia curi kismis aku."

Izzat dan Zawir menjuling mata ke langit. Malam selepas Idna ditangkap mencuri pakaian dalam perempuan, Haikal, Zawir dan Izzat buat meeting ringkas di bilik Idna.

Idna masih di dalam siasatan. Jadi pihak sekolah tak membenarkan Idna datang ke sekolah selagi kes belum selesai. Jadi sementara menunggu, Idna tinggal di rumah.

"Kau tak rasa ke dia tiba-tiba?" Zawir tanya Izzat pulak, sebab Haikal macam tak boleh dipakai.

"Yes."

"Tapi korang ingat tak yang Idna pernah bertumbuk dengan orang dulu?" Haikal tiba-tiba teringat peristiwa seminggu sebelum cuti raya dulu.

Suasana antara mereka jeda. Tiba-tiba mata masing-masing bercahaya.

"You know what I know?" soal Zawir.

"Perhaps." Haikal menyahut. Izzat sekadar mengangguk.

"Kalau tak Idna yang buat. Pasti ada yang aniaya." Lancar Zawir menuturkan kesimpulannya.

Yes, Zawir ialah seorang yang bijak dan terperinci. Sekali je dia target sesuatu, dia pasti akan melakukannya. Dia tak perlukan banyak masa untuk menganalisis suatu keadaan. Itulah kelebihan yang ada padanya, yang melayakkan dia masuk ke kelas Sains Tulen.

"Kita cari sampai jumpa pelakunya." Dalam anak mata Zawir merenung dua orang sahabatnya. "Sampai ke lubang cacing! Sampai Idna kembali!"

---

"Dia datang dia datang!" Haikal dari dinding dinding sana membisik kuat kepada Zawir. Masing-masing mereka memegang hujung tali yang berwarna putih. Mereka berdua kini sedang bersembunyi di suatu lorong gelap yang terletak di hujung blok akademi. Haikal di sebalik dinding kanan manakala Zawir di sebalik dinding kiri.

"Ok. Ready cepat." Zawir menarik talinya. Haikal ikut tarik sama membuatkan tali menjadi tegang.

"Ok dia makin dekat. Ready?"

Haikal mengangguk.

"Tiga..."

"Dua..."

"Satu...!"

Tali ditegangkan.

"Hamba Allah mana pulak yang panggil aku dekat tempat macam ni. Boleh percaya ke si Izzat itu?" Lieyana mendengus geram sebelum...

Tuk! ...dahinya jatuh menyebam bantal. Entah bila masa bantal tu ada di situ, elok je kat sana macam orang dah rancang nak letakbantal kat situ. Apabila Lieyana mengangkat muka, dia ternganga melihat dua orang lelaki yang berdiri di depannya dan sedang merenung dia macam nak tembus.

"Jangan takut. Kami janji tak apa-apakan kau kalau kau beri kerjasama." Haikal menarik senyum. Terus Lieyana berdiri dan membersihkan baju kurungnya daripada debu-debu yang melekat tadi.

"Apa korang nak?" soal gadis itu separa menjerit.

Tiba-tiba bunyi derap kaki kedengaran. Izzat datang ke tempat itu. "Dah."

"Izzat? Kau sengaja ke prank ak-"

"Lieyana. Tengok sini. Aku ada soalan nak tanya." Suara Zawir yang dingin tu membuatkan Lieyana takut, lantas gadis tu terus kalihkan wajahnya dari Izzat ke Zawir.

"A- apa?"

Zawir kelihatan menarik nafas sambil mengetap bibir. "Kes Idna tu. Kau ada terlibat sekali ke?"

Imam Kelas Sebelah ✓Where stories live. Discover now