Puas Rasyidah menyelongkar isi lokernya. Aik? Mana dia. Dia baru sedar bahawa pakaian dalamnya ada berkurang satu. Gadis itu teliti orangnya. Setiap pakaian yang dia bawa ke asrama, semua dikiranya satu per satu untuk elak kes kehilangan. Tetapi bila dikira balik, ya, memang ada satu baju dalamnya hilang.
"Sejak bila hilang ek?" Gadis itu mengusap dagu sambil merenung loker sendiri. Tak lama dia menepuk dahi. Baru teringat dia terlupa nak kira sebelum balik raya hari tu.
Entah-entah hilang sebelum raya tak?
Rasyidah duduk mencangkung. Sekali lagi, dengan malasnya gadis itu menyelongkar isi di dalam almari besi setinggi dua meter tu. Tak ada masa lagi, petang dah nak bertolak ke tapak perkhemahan!
Cari punya cari, tanpa sengaja mata gadis itu tertangkap ke arah sesuatu di bawah bantal milik Lieyana (sebab katil Lieyana sebelah loker Rasyidah). Kertas tu... macam kenal. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Lieyana masih di dalam tandas. Tanpa berfikir dua kali, Rasyidah terus menarik sesuatu dari bawah bantal Lieyana.
Terbuntang besar mata Rasyidah. Alangkah terkejut dia mendapat tahu rupa-rupanya kertas yang dilihatnya tadi tu kertas exam Bahasa Arab Idna yang hilang hari tu.
"Lie ambil ke? Takkanlah..."
Perasaan ingin tahu menggunung tinggi dalam diri Rasyidah. Dia menoleh semula ke bantal Lie. Spontan tangan kanan mengangkat bantal itu. Sekali lagi, dia terkejut. Kamus pemberian Idna ada di bawah bantal itu.
"Kejap... jadi selama ni?" Terketar-ketar tangan Rasyidah cuba mengambil kamus itu.
"Oi apa kau buat tu Resyad?" Kepala Rasyidah menoleh dan dia dapati Lieyana sudahpun berdiri di depan pintu tandas sambil bercekak pinggang, merenung tajam bagai pisau mencincang wagyu ke arahnya.
Rasyidah yang tadinya duduk mencangkung, kini berdiri. "Kau ke ambil barang Idna ni? Kenapa kau buat macam ni?"
Lieyana mendengus geram. Dia menapak laju ke Rasyidah dan berdiri di depannya. Dia menyilangkan tangan. Bibir mengukir senyum sinis. "Hah ye aku ambik. Tapi kau tau tak kau dah buat salah sekarang?"
Berkerut dahi Rasyidah. "Aku? Bukan kau ke. Kau ambik barang Idna ni."
"Ya memang aku. Tapi kau dah ceroboh barang aku tanpa kebenaran. Tu bukan namanya tak hormat privasi orang lain ke ha?!"
Terkedu lidah Rasyidah. Gerun seketika dia mendengar jerkahan Lieyana. Dia selalu je dengar kawan baiknya tu marah classmate dia masa diorang bising, tapi ni first time dirinya sendiri pula yang kena.
Sekejap. Kawan baik? Ke kawan tikam belakang?
Rasyidah cuba mengumpul kekuatan dalam diri. Dia menarik nafas sambil mengkelam bibir.
"Kenapa kau sembunyikan barang Idna? Kenapa kau tipu aku yang kau tak nampak pun barang dia? Ya Allah, Lie... Macam mana dia nak ulangkaji kalau paper BA dia kat kau?! Kau sedar tak kau dah aniaya dia sekarang?"
"Oh, aku aniaya dia kau kisah pulak, Resy. Aku? Aku yang kena aniaya ni kau tak kisah?"
"Sejak bila aku aniaya kau?"
"Kau tau kan aku suka Idna. Kenapa kau rampas dia dari aku?"
"Astaghfirullahal'azim, Lie... Sejak bila aku rampas dia?" Sumpah Rasyidah terkejut. Dia tak sangka pun Lieyana menaruh perasaan pada si imam tarawikh tu.
"Korang bertukar hadiah tu? Apa? Buat depan aku pulak tu. Sakit tau tak sakit?"
Rasyidah menggigit bibir.
"Aku mintak maaf sebab tak peka dengan perasaan kau. Tapi sumpah demi Allah, aku takda hubungan apa-apa dengan dia."
Lieyana yang masih menyilang tangan, menjeling Rasyidah atas bawah. "Kau tak couple ke?"
Geleng.
"Dah tu surat-surat tu?"
"Dalam surat tu mostly aku tanya soalan BA."
Lieyana masih tak puas hati dengan jawapan Rasyidah. Jangan ingat kau boleh tipu aku la! "Kau suka dia ke Resyad?"
Rasyidah tergamam. Alamak... nak jawab apa ni? Akhirnya dia memilih untuk membisukan diri dan menggeleng kepala.
"Jangan nak tipu aku. Hari tu Idna cakap kau kata kat dia kau gagal BA, tapi apa tho. Kau dapat A solid kan. Asal kau tipu dia?"
Terbeliak besar mata Rasyidah. Sejak bila Idna bercakap dengan Lieyana.
"Kau memang sengaja kan?"
Akhirnya Rasyidah buntu. Dia teragak-agak nak jawab. "Ak...aku..."
Ya betul gadis itu tak gagal BA pun. Dia bagitahu Idna yang dia gagal supaya dia boleh pinjam kertas Bahasa Arab milik lelaki itu.
Kali ni Lieyana dah tak tahan. Tangannya kasar menolak Rasyidah sampai gadis itu terjatuh ke atas katilnya.
"Kau cakap aku, kau pun sama! Kau kata aku tipu kau, kau pun sama tipu dia!"
Tatkala ini Rasyidah tak tahu nak balas apa lagi. Lieyana merenung Rasyidah tajam. Tiba-tiba dia ketawa. "Kita berdua ni memang sama ek. Sanggup menipu demi crush."
Rasyidah mula diselubungi rasa takut. Rasa nak keluar jugak air mata ni sekarang. Perlahan-lahan dia menggeleng sekali lagi. "Tapi demi Allah, Lie. Aku tak couple."
"Kau ada confess kat dia?"
Sekali lagi Rasyidah terkedu. Matanya jatuh memandang lantai dorm. Tak berani nak bertentang mata dengan Lieyana.
"Resy?"
Nampaknya Rasyidah dah terkena checkmate. Dia diam lagi. Lieyana dah rasa nak tarik jugak rambut Rasyidah sekarang. Berang.
"Diam ertinya ya so kau confess la ni en."
Melihat Rasyidah yang membatu, Lieyana mengambil kamus dan kertas exam Idna dari tangan Rasyidah. Rasyidah nak halang tapi tak sempat. Kini kedua benda keramat tu dah berada dalam tangan Lie.
"Eh perempuan kau dengar sini." Tanpa ihsan dengan bahan ilmu, Lieyana mencampakkan kamus dan kertas exam tu ke lantai. "Kau menang. Kau ambiklah barang-barang lelaki pujaan kau tu! Tapi jangan ingat kau terlepas macam tu je.
Ada ubi ada batas, kau tunggu nanti aku balas!"
Seraya itu Lieyana menyarungkan tudung hitam labuhnya lalu mencapai beg galas dan beg sandang yang akan dia bawa untuk ke camping nanti. Habis berkemas, dia terus keluar dari bilik, meninggalkan Rasyidah yang sudah banjir dengan air mata keseorangan.
"Kau dah berubah Lie... kau dah."
Dia mengesat air mata dengan belakang tangan. Gadis itu merenung kamus dan kertas exam di atas lantai di sebelah kakinya. Tak sangka hanya kerana seorang lelaki, persahabatan dua gadis itu berantakan sebegini.
N/A:
Nasib baik budak form 4.
YOU ARE READING
Imam Kelas Sebelah ✓
Humor𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘪𝘒𝘦𝘴, 2024 , spin-off kepada BDA Semuanya berlaku sejak lelaki itu menjadi imam solat tarawih di sekolahnya. Idna Hensem, seorang pelajar yang baru pindah ke sekolah SHOOW semasa pengujung tingkatan 3. Seorang yang berkelakua...