ترأخر

110 5 8
                                    

Keesokan harinya, alangkah terkejutnya Rasyidah melihat Zawir melangkah masuk ke dalam kelas dengan kepala yang bersinar. Rata-rata pelajar kelas 4 Ibnu Sina memang terkejut, tergamam, ternganga macam tunggu lalat nak masuk mulut bila tengok Putera Kutub dalam kelas mereka botak licin.

"Eh... Zawir ke tu?"

"Botak? Pfft! HAHAHAHAHHAHAHAHA."

"Zawir hensem! Pewitt!"

Pelajar-pelajar lelaki ada yang bersiul macam tak cukup mulut. Zawir yang dingin, macam biasa tak mengendahkan perangai budak kecik classmatenya tu.

Rasyidah masih memerhatikan Zawir dari tempat duduknya. Penat otak dia berfikir apa yang Zawir buat sampai kena denda pengetua?

Tiba-tiba lelaki itu pergi ke depan mejanya. Rasyidah hampir nak melatah. Dia segera menundukkan wajah dan mengatur kaca matanya untuk menghilangkan perasaan gelisah. Tak pernah-pernah lagi mamat ni tiba-tiba jumpa aku.

"Rasyidah."

"Ye... ya?" Takut-takut Rasyidah mendongak kepala.

"Kau tau kan kes Idna?"

Mendengar nama tu cukup membuatkan hati Rasyidah rasa tertusuk dengan pedang. Dia hanya diam, tak mengiyakan atau menidakkan.

"Terpulang la kalau kau nak percaya ke tak. Dia tak bersalah sebenarnya. Yang buat tu Ahmad kelas 4 Khawarizmi. Lieyana yang suruh dia buat macam tu."

Berkerut dahi Rasyidah. "Lieyana? Apa yang dia buat?"

"Dia yang rancang semua ni. Untuk buat kau bencikan Idna."

"Jadi, Lieyana kat mana sekarang?" Memang hairan gadis tu bila dari pagi tadi tak nampak pun batang hidung bekas kawan baiknya tu.

"Kena buang dah."

Sungguh masa tu, Rasyidah mati kata. Lidah macam dah lupa macam mana nak bergerak. Dia tak tau nak cakap apa lagi.

"Be... betul ke ni?"

"Tu la aku cakap tadi. Depends on kau nak percaya ke tak. Tapi Idna memang tak bersalah. Dia dianiaya." Habis saja menuturkan ayat, Zawir beredar pergi meninggalkan Rasyidah yang terkaku seorang diri. 

Sungguh waktu tu, Rasyidah rasa seluruh tubuhnya dihimpit dengan batu besar yang jatuh tergolek dari menara KLCC. Dia diselubungi rasa bersalah yang amat amat amat. Dadanya rasa sesak. Dia menahan diri daripada menangis tapi dirinya gagal. Air mata menitis jua.

Satu, Lieyana yang buat semua ni? Sebab nak balas dendam kat dia ke? Sampai kena pindah sekolah... "Tak... tak sempat la aku nak mintak maaf pada dia ni..." 

Rasyidah menarik hingus agar tak keluar dari hidung. "Kedua... sebenarnya Idna dianiaya? Jadi bukan dialah yang curi baju aku tu? Ya Allah..." Sungguhlah, Rasyidah rasa nak jerit jugak kat situ. 

Dia bukan saja bertindak melulu menuduh Idna pervert tanpa mendengar penjelasannya, bahkan sempat menampar lelaki tu lagi.

"Ya Allah... mesti sakit dia kena tampar..." Bukan gadis tu tak ingat yang merah habis tangan dia pada hari kejadian dia menampar Idna. Bila dia mengingat semula, dah dua kali dia mintak maaf pada Idna sebab buat salah pada dia. Satu, waktu dia hilangkan kamus. Kedua, waktu dia jujur dengan Idna yang dia tipu lelaki tu semata-mata nak tengok kertas exam dia.

Rasanya minggu depan Idna akan datang balik ke sekolah. Tapi, takkanlah dia nak mintak maaf lagi? Muka tembok la macam tu. Mintak maaf pastu buat salah. Apa kata Idna kalau lepas ni dia mintak maaf lepas tu dia buat salah lagi?

Rasyidah dah pun berdiri dari kerusinya dan berlari keluar dari kelas. Dia menuju ke surau dengan esak tangis yang tak tertahan lagi. Hatinya terasa seperti disiat-siat seribu memikirkan satu kemungkinan yang sangat kejam dan perit.

Kemungkinan di mana, mungkin selepas ni dia... takkan dapat peluang untuk mintak maaf pada Idna lagi. Mungkin selepas ni... dan sampai bila-bila.

Air mata berjujuran mengalir dari pipi gadis berkaca mata itu.

---

Beberapa tahun akan datang...

"Aku terima nikahnya ****** binti ***** dengan mas kahwin RM500, tunai," ucap pengantin lelaki itu satu nafas. Seboleh-bolehnya dia cuba bertenang walaupun tangan kanan yang sedang berjabat dengan si wali rasa bergetar macam handphone tengah vibrate.

"Sah? Sah?"

"Sah." Empat orang saksi yang duduk bersila di sekitar lelaki dan wali itu mengangguk dan menjawab ceria.

"Alhamdulillah, dah sah!" Wali pun turut tersenyum ceria. Eh, silap. Bapak mertua.

Saat itu, pengantin lelaki tersipu malu sebelum dia memandang ke si pencuri hatinya yang sedang duduk di atas sofa putih, bersebelahan dengan ibunya.

'Akhirnya, kita bersatu. Alhamdulillah, segala puji bagi-Mu, ya Allah.'

Sempat lelaki itu mengimbau semula segala memori yang berlaku dalam hidupnya. Saat di mana dia bersekolah menengah di STAPS sampai tingkatan tiga. Saat itu dia bertemu dengan seseorang. Kemudian, belum habis tingkatan tiga, dia sudahpun berpindah ke sekolah SHOOW yang merupakan sekolah ulul albab. Di sana, dia mengenal erti cinta dengan lebih serius lagi.

Buktinya, sampai sekarang dia memegang prinsip 'menjauh untuk menjaga'. Ah, silap. Bukan sampai sekarang, tapi sampai sebelum dia akad nikah. Lepas akad nikah, tak perlu menjauh lagi. Nak rapat-rapat selalu pun boleh sebab dah halal.

Dia mengenang lagi memori. Memori di mana dia mengacau seorang kakak senior.

Memori di mana seorang perempuan memberi kamus kepadanya.

Memori di mana tiba-tiba Adam tiba-tiba ingatkan dia semula tentang kakak senior tu.

Memori di mana dia bertemu kedua-dua wanita yang pernah menambat hatinya semasa dia sekolah menengah dahulu.

Dan sekarang, dia sudahpun bernikah dengan salah seorang daripadanya.

Wanita yang amat dia cintai selepas ibunya.

Idham Nasrul mengukirkan senyuman kepada isterinya. Isterinya yang berpakaian pengantin perempuan dan berpurdah nampak gelisah sebelum menundukkan wajah. Dia sangat malu!

"Okey sekarang acara batal wuduk! Woo hoo!" Haikal paling bising menjerit. Hampir seluruh tetamu ketawa mendengar. 

Idham yang merah muka lalu berdiri setelah bersila lama. Dia menapak ke sofa putih lalu duduk di sebelah isterinya.

Cantik.

Setelah acara bersalam dan menyarungkan cincin, gambar kedua mempelai itu diambil dari beberapa sudut berbeza. Saat itu, Idham sempat berbisik kepada si isteri. Hanya dia dan isteri yang mendengarinya.



"Terima kasih sebab sudi jadi teman hidup saya, sang kekasih." 



TAMAT

N/A:

Rasanya nanti Rasyidah akan mintak maaf ke? Huhu. Ada kalanya kita buat salah di mana kita rasa sangat sangat sangat segan or tertekan nak mintak maaf pada orang tu. Tapi, kalau tu salah kita, tiada cara lain melainkan kita mintak maaf. 

Sebenarnya dosa pada manusia lebih berat daripada dosa pada Allah. Kalau kita buat dosa kat Allah, kita boleh bertaubat dan berdoa banyak-banyak mintak diampunkan dosa. Tapi kalau kita buat dosa pada manusia? 

Betulkan H kalau H tersilap.

Anyway, terima kasih sebab baca iKes sampai habis! Akhirnya tamat jugak cerita lelaki 'hensem' ni HAHHAHAHA. Idna Hensem.

Kalau rasa bermanfaat, Alhamdulillah, segalanya datang dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Yang buruk-buruk tu saya mintak maaf atas kekurangannya. Jemput-jemput share link pada member! Hehe!

Terima kasih sekali lagi <3

Nantikan cerita H yang seterusnya pada masa akan datang. In shaa Allah.

(Selamat Ari Raya <3)

Imam Kelas Sebelah ✓Where stories live. Discover now