دوا بلس

75 9 6
                                    


Pada masa yang sama, semasa Rasyidah berjumpa dengan Rayyan, Lieyana pula berjumpa dengan Idna. Di dalam genggaman tangannya terletaknya kamus pemberian Idna kepada Rasyidah.

"Fuh, sikit lagi nak kantoi. Tak guna punya perempuan." Sempat Lieyana merungut sebelum dia menyapa ceria Idna yang berjalan berseorangan menuju ke padang sekolah.

Idna yang sedang berjalan, berhenti di tempatnya apabila Lieyana datang menghampiri. "Assalamualaikum, awak. Awak ni Idna kan? Imam tarawih hari tu."

"Wa'alaikumussalam. Ya, saya." Idna kerdip mata banyak kali. Dia macam kenal gadis di depannya itu tetapi siapa? Setelah puas cuba mengingat, akhirnya lelaki itu membuka mulut semula. "Ah, awak ni kawan Rasyidah kan? Classmate Zawir."

'And the one yang cakap aku boleh pasang empat dekat bab satu.' Ayat tu Idna sambung dalam hati jelah. Karang makan penumbuk lagi kalau sebut ayat tu.

Lieyana angguk kepala dengan teruja. Tapi dalam hati timbul rasa tak puas hati. Tch! Nama Rasyidah jugak dia sebut.

"Kenapa awak nak jumpa saya ya?" Teguran Idna menyedarkan Lieyana dari alam 'fantasi'nya. Disebabkan Lieyana mula menegurnya dengan sapaan 'saya, awak' maka Idna pun pakai 'saya awak'.

"Oh, err sebenarnya saya nak beri ni." Kamus di tangan disuakan ke Idna. "Ni kamus awak bagi Rasyidah hari tu kan? Actually... susah nak cakap ni. Tapi Rasyidah tak sukakan kamus ni, jadi dia tinggalkan je kamus ni kat bangku hari tu. Saya adalah tegur dia kata orang dah beri janganlah buang sembarangan. Pastu dia jawab, dia dah pandai Bahasa Arab jadi dia tak perlu dua kamus."

Sebaik mendengar penjelasan Lieyana, kening Idna berkerut. Dia pelik. Eh? Baru semalam Rasyid bagitahu dirinya bahawa gadis itu gagal Bahasa Arab. Siap mintak paper exam pula tu.

"Oh ya ke?" Idna merenung kamus di tangan Lieyana dengan muka tak percaya. Betul ke Rasyidah pro Bahasa Arab sampai nak tolak kamus aku ni. Ke sebenarnya dia tolak kamus tu sebab benci aku.

Tapi semalam dia minta kertas Bahasa Arab aku...

Lelaki itu merenung lagi si kamus. Sayang la. Idna diam seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Dia lalu mengangkat muka memandang Lieyana.

"Kalau dia tak nak tu, erm.. awak nak ke? Saya beri awak la."

Mata lieyana tampak bersinar-sinar. "Betul ke ni? Saya... sebenarnya kamus saya hilang hari tu. Alhamdulillah, ada kamus baru! Jazakallahu khairan kathirah, Idna."

Idna menarik senyuman nipis. "Waiyyaki."

Lieyana membalas senyuman Idna dengan sengihan. Dia memeluk erat kamus dalam tangan. "Erm by the way Idna, awak ada lemah apa-apa subjek ke? Kalau ada saya boleh tolong ajarkan."

"Eh?" Idna tercengang. Tapak tangannya tiba-tiba berpeluh. Aku lemah subjek math, tapi takkan nak bagitahu kut. Depan perempuan lagi tu. Jatuh macho aku nanti. Sejenak Idna memikirkan jawapan yang sesuai untuk membalas pertanyaan Lieyana.

"Ada. Tapi tak apalah, awak. Takut susahkan awak. Kawan saya boleh tolong ajarkan saya."

"Ah err okay. Thanks again for this kamus!" Lieyana terus berlalu pergi tanpa menunggu sebarang respon Idna. Dalam hati dah sumpah seranah rakan baiknya. Ish! Umpan tak menjadi.

Sesaat kamus di dalam pelukan dipandang sekilas. Tiba-tiba Lieyana menarik senyum. Tak sangka lelaki pujaan dia tu lebih baik daripada yang dia sangkakan.

Tak apalah... at least aku dapat pemberian daripada dia~

N/A:

Pemberian haram kak, oi.

Imam Kelas Sebelah ✓Where stories live. Discover now