ساتو

321 28 51
                                    

"Neraka la dia ni. Eh astaghfirullahal'azim puasa tak boleh mencarut! Weh! Baju aku ni mahal tahu tak mahal? RM10k. Boleh kau pulun sekali dengan clorox? Kau cari gaduh ngan aku ke ha?"

Rasyidah menolak ayu tubuh perempuan itu ke dinding. Gadis itu dari tadi membisukan diri. Dia tahu dia salah. Salah yang disengajakan.

"Oi aku tanya kau ni jawab la! Nak rasa hilang kepala?"

Gadis bernama Lieyana yang berkaca mata menggeleng.

"Nak rasa kaki putus?"

Geleng lagi.

"Dah tu nak rasa apa la?"

Tiba-tiba Lieyana ada keberanian untuk bersuara. Lambat-lambat dia mendongak kepala memandang Rasyidah yang berdiri di depannya.

"Ayam kepci."

Rasyidah menggeruk wajah.

"Israel." Kali ni dia menendang lembut kaki Lieyana. Eh tapi kenapa kaki dia jadi merah? "Kau dengar sini ha. Kalau kau bagitahu cikgu apa yang aku buat ni, tahulah aku nak buat apa!"

"Ayam kepci?"

"Ee diamlah! Semak betul!" Rasyidah rasa nak tendang lagi, tapi dia menoleh kepala ke tepi. Tangan disilangkan ke dada macam tipikal anime girl merajuk. Terus dia pusingkan badan ke belakang dan tinggalkan Lieyana yang duduk tersandar pada dinding dorm mereka.

Rasyidah seorang yang dingin dan susah nak dijangka. Dia acah-acah jadi pembuli setelah terpengaruh dengan novel watty mafia. Bagi dia itu cool. Tapi tak sampai hati nak belasah teruk kawan-kawan.

Uh! Mata dibuka. Silau lampu LED di atas siling menusuk pandangan.

"Aik aku mimpi ke tadi? Astaghfirullahal'azim." Rasyidah mengesat mata dengan tangan kanan. Dia tengok lengan kanannya dibaluti telekung. Bila menganalisis betul-betul baru dia sedar, dirinya di dalam surau. Cermin mata yang senget dibetulkan.

Lieyana yang bersila di sebelah dia tunduk berbisik di telinganya.

"Weh, sempat kau tidur? Tarawih nak mula dah."

Rasyidah tergamam memandang Lieyana. Lima saat dia memerhati si kawan. "Kau masih hidup?" Kali ni dia pandang kain telekung Lieyana, nak tengok kaki. "Kaki kau lebam ke? Tadi merah kan."

Dalam dunia realiti, dia berkaca mata manakala Lieyana tak. Tapi dalam mimpi, segalanya terbalik.

"Kau mamai ke?" Berkerut dahi Lieyana.

"Tadi aku pukul kau kan? Sori wei sori. Nasib baik kau tak mati."

Nampaknya otak Rasyidah lambat membezakan antara mimpi dan realiti.

"Ya Allah, mulut. Bulan Ramadhan ni, mulut tu kena jaga!" Lieyana tunding mulut si kawan dengan telunjuk. Dia lalu berdiri dan menarik kain telekung yang terleret masa duduk tadi. "Dah la. Penat layan kau ni. Cepat berdiri, nak solat ni."

---

"Assalamualaikum warahmatullah. Assalamualaikum warahmatullah." Selesai solat tarawih dan witir malam tu, pelajar sekolah SHOOW meneruskan lagi dengan tadarus dan moreh.

Aku lepak sembang dengan Haiqal dan Zawir di meja paling belakang dewan. Sejenak seri muka disua masuk ke mulut.

"Kau baca surah apa tadi, Idna?"

"Surah Az-Zariyat."

"Uih juz 27 tu ke?"

Aku angguk kepala.

"Kau dah hafal sampai tu? Laju gila! Memang tak lama lagi khatam la kau ni."

"Alhamdulillah, Hadza min Fahdli Rabbi." Ikutkan rekod, aku tinggal 10 juz lagi untuk khatam. Tapi biar aku sorang dan ustaz jelah yang tahu.

"Adumak habis aku!! Aku belum siap lagi kerja BA kita wei. Meletup kaw-kaw ustazah esok." Zawir tepuk dahi, cuak. Kalau tak siap gerenti ustazah Asma jadi gunung krokatoa meletup boom kebabom.

"Sama. Aku stuck kat soalan i'rab dengan murodif." Tangan Haiqal tergantung di udara, tak jadi minum jus oren mengingatkan kerja BA.

Sama-sama dua orang tu menoleh ke aku. Masing-masing mata dah bersinar kalah mata Shin Chan. Entah perasaan aku ke apa, aku rasa berpeluh-peluh di belakang tengkuk.

"Idna, ajar kitorang prep malam ni boleh?"

Aku letak cawan yang dah takde isi ke atas piring moreh aku tadi. Aku tunjal dua dahi manusia tu.

"Boleh tapi aku tak jamin free. 10 ringgit per jam."

A/N:

H publish cerita ni sempena bulan mulia ni. Mudah-mudahan readers dapat manfaatnya. For your information, IKS ni ialah sekuel kepada buku Buih di Awangan. (boleh baca di profil H)

Kali ni cerita ni santai sikit. Enjoy!

And selamat menyambut bulan Ramadhan! <3

Imam Kelas Sebelah ✓Where stories live. Discover now