دوا

173 19 49
                                    

Burung pipit berkicauan, cahaya matahari menyinari seloroh pelusuk sekolah SHOOW. Kelihatan sekumpulan geng pelajar perempuan berjalan pergi ke bilik hafazan sebelum jam berdetik menandakan pukul tujuh.

"Weh kau kenal tak mamat yang jadi imam malam tadi?" Minah pertama teruja.

"Oh yang baca merdu tu ke?" Minah kedua, satu-satunya yang berkaca mata.

"Dia kelas mana?" Minah ketiga mengatur awning.

"Kelas sebelah. Hensem!! Macam nama dia, Idna Hensem. Aku dengar dia setiap masa pegang al-Quran. Kalau cikgu tak ada dalam kelas, dia mengulang. Budak baik ni kan, tak pernah couple!" Minah 1 dah lompat teruja.

"Uish memang pak imam la babe. Untung makmum." Minah empat datar menutur macam tak tertarik dengan si imam.

"Bakal imam aku tu." Minah kedua.

"Eh mana boleh kau sorang. Aku pun nak!" Minah ketiga.

"Chill korang. Dia kan boleh pasang empat." Minah kelima, Lieyana kut nama dia.

Empat pasang mata tertumpu ke Lieyana yang keluarkan ayat kaw-kaw tadi. Si gadis senyum kelat.

"JANGAN MIMPI. Dia aku punya!" Minah satu.

"Tak la aku yang punya!" Minah kedua menolak bingkai cermin mata lebih dalam. Tanda dia serius nakkan si imam!

"Jangan rampas hak aku!" Minah tiga.

"Aku la akuuu!!!" Minah empat.

Dan minah kelima geleng kepala sambil menghela nafas. Apalah kawan aku. Ni baru dunia.

Aku yang terdengar perbualan di sebalik dinding terdiam. Diorang mention aku eh? Lah korang ni... imam pun seorang manusia. Tak sempurna. Ada flaw sendiri. Terus aku kipas muka pakai songkok.

Oi muka, jangan merah sekarang. Aku ada kelas lepas ni.

"Nanti... bakal imam sesorang di masa depan la."

---

Selepas tamat kelas hafazan, aku letak Quran dalam kelas sebelum berlari pergi sini.

"Assalamualaikum baby!! Abang dah datang!" Aku menolak teruja pintu sorong bilik ni. Gedegak bunyi pintu terlanggar dinding. Sejak tersesat masuk blok larangan sekolah minggu lepas, aku TERjumpa bilik rahsia ni. Sekali masuk terus rasa tak nak keluar-keluar lagi.

"Wa'alaikumussalam, astaghfirullahal'azim. Kau ni 16 tahun ke 6 tahun, budak?! Tahu kan ni tempat kanak-kanak. Aku goreng hang sat gi."

Aku sengih. Dah agak orang tua tu akan membebel. Tak la tua sangat, beza lima tahun aje. Perkenalkan Abang Faris. Cap putih selalu menjadi aksesori kepalany. Satu-satunya pengasuh lelaki kat sini.

Disclaimer, kat sekolah aku ni tempat penjagaan kanak-kanak bukannya sebuah kelab macam dalam anime Gakuen Babysitters tu. Kalau tanya kenapa aku datang sini jawapannya sebab aku nak.

Aku bongsu, jadi normal la kan aku nak melangsaikan ke'craving'an aku yang nak rasa macam mana jadi abang. Sebab aku tengok dalam banyak drama, buli adik ialah suatu hobi yang paling indah bagi seorang abang atau kakak.

Aku pergi ke arah Soong, budak dua tahun yang pendiam. Soong satu-satunya berbangsa cina di sini. Dia anak Madam Lim. Lizawati dan Shafiee, kawan Soong tengah sibuk bergaduh di sudut bilik sana.

"In... Apa nama kau budak? Inda ke."

"Nama pendek Idna. Nama panjang Idna Hensem. Nama for real Idham Nasrul Haq bin Radz-"

"Kkk Idna, tu je aku nak tahu. Tak payah lebih-lebih." Abang Faris tengok aku dengan muka menyampah. Sambil itu dia menyikat rambut baby Aizuddin di ribanya. 

"Kenapa bang?"

"Kau tak takut ke datang sitok? Kalau pengetua tahu tak silap hari bulan boleh botak kau dik." 

Sejak aku pindah sekolah ni tahun lepas, aku disuapkan dengan khabar angin bahawa pengetua suka membotakkan student lelaki yang ada salah laku. 

Alasan pengetua pilih hukuman tu sebab ia adalah hobi paling indah. Sahih ke tak tu? Wallahu a'lam.

Soong menyuakan buku Arnab Terapung. Mungkin minta aku bacakan untuk dia. "Abang ni, macam tak suka je aku datang sini. Salah ke nak layan budak-budak ni." Aku ambil buku di tangan Soong. Soong aku letakkan atas riba aku.

"Masalahnya setiap kali kau datang, kau jahanamkan pintu tu. Pintu tu ada dosa dengan kau ke ha." Abang Faris merengus.

Aku tersengih. Ehehe. "Tapi aku selalu beri salam."

Sekali lagi kena Abang Faris renung maut. Kecut perut aku.

"Tak, masalahnya kau student, Inda. Ni tempat larangan."

Aku mencebik bibir. Aku nak isi masa selepas habis kelas hafazan je sementara tunggu masa akademik. Daripada buat entah apa entah tu, baik la aku duduk sini main dengan baby baby.

"Kalau kau fikir nak tolong aku jaga budak-budak ni, tak perlu. Sebab nanti Kak Bat dan Kak Asha dah balik minggu depan."

Aku tutup buku Arnab Terapung. Soong aku angkat dan letak atas lantai. Aku mengusap kepala Soong sebelum berdiri.

"Yelah, yelah. Aku pergi."

Satu lagi, nama aku Idna la. Bukan Inda.

A/N:

Ingat tak Soong? Soong tu cousin Qas. Ada muncul dalam cerita daet.

Imam Kelas Sebelah ✓Where stories live. Discover now