"Esok awak bawa kertas exam kita yang lepas, k? Nak bincang sama-sama."
Habis saja kelas Bahasa Arab, aku dan Haiqal pergi ke kelas sebelah iaitu terletaknya kelas Sains untuk menjemput Zawir. Untung hari ni kelas dia habis sama dengan kelas aku. Terus kitaorang bergerak ke surau memandangkan waktu Asar sudahpun masuk.
Sebaik meletakkan beg di dalam masjid, datang seorang lelaki menjentik lengan aku dari belakang. Oh, Rayyan. Sejak bila dia main aci jentik pulak ni. Ingat aku jentik-jentik?
Macam biasa di tangannya ada apa? Ya, betul. Ada apa tadi? Saya tak dengar. Kuat lagi! Tak dengar la. Kuat lagi!!!
Kalau anda rasa bengangnya perangai saya, begitulah perasaan saya apabila menonton satu kartun yang mengisahkan tentang pengembaraan seorang kanak-kanak bersama haiwan perliharaannya. (Salah aku jugak tengok cerita kanak-kanak ada hati nak kutuk kartun orang, heih.)
Ya, korang betul. Di tangan Rayyan ada surat. Dah dah jangan jerit-jerit lagi, pekak anak Radzali nanti. Aku membuka lipatan kertas itu apabila Rayyan dah berlalu pergi.
Isi surat itu berjaya membuatkan aku keras menjadi batu.
assalamualaikum idna,
idnaaaaa wei aku betul mintak maaf. mintak maaf sangat-sangat. kertas exam kau hilang wei!
ya Allah, dah banyak tempat aku cari. aku still tak jumpa. maaf sangat-sangat. kau ada perlu ke kertas tu nanti?
Ustazah Asma' dah la garang. Huhu, aku sayang sangat la kat kau Rasyid.
---
Ustazah Asma menulis sesuatu pada papan putih. Sekejap-sekejap aku menguap sehingga ada seekor lalat termasuk dalam mulut.
Dia masuk ke kerongkong aku. "Warghfafhalkfawjhp."
Camne nak cakap ni dia ada dalam kerongkong aku! Ah, bukan. Paling penting sekarang, batal ke puasa aku nanti?
"Hek hok urkk Qal hok hek hok to-tolong Qal blurghhh hok hok!" Aku pusingkan kepala ke belakang. Aduh, nak cakap pun susah.
Tangan kanan menahan leher supaya lalat tu tak masuk dalam eh... lalat masuk esofagus ke trakea eh? Aku rasa esofagus kot. Tapi kalau masuk trakea, tu logik lagi.
Tangan kiri pula menarik-narik barang Haiqal di belakang supaya dia perasan keadaan aku. Aku terpempan.
Sebab dia tak buat apa-apa selain berpeluk tubuh dan senyum jijik ke aku.
Aku mengerutkan kening sambil kedua-dua tangan dah berjerut dekat leher. Memaksa si lalat bontot kuning tu keluar. "Urkekok uh uh Qal?" Kenapa dia tak tolong aku?
"Hah, sedap tak lalat tu? Aku baru beri dia makan whiskas tau."
Rasa haba dan bahang seperti ada getah terbakar tiba-tiba menyelubungi sekeliling aku. Peluh mengalir lebat di dahi, belakang tengkuk dan di seluruh tubuh. Suhu sekeliling drastik meningkat seolah-olah aku adalah seekor ikan yang sedang dibakar di dalam oven.
Ini keadaan yang paling panas aku pernah rasai seumur hidup aku. Namun aku yakin ia tak sepanas matahari berada sejengkal di atas kepala.
"Idham Nasrul Haq Bin Radzali. Sedap kau tidur dalam kelas ustazah ya?"
Ustazah datang tolong aku ke? Eh kejap. Baru aku sedar lalat dalam mulut aku dah hilang. Aku menoleh ke depan semula, mencari Ustazah Asma'.
"Idham Nasrul Haq bin Radzali... bangun sekarang, sebelum saya-"
Spontan kelopak mata terbuka.
Oh! Aku tidur ke tadi? Sisi aku yang jahat tersengih sambil gosok tangan di belakang tengkuk. Ehehehe... tertidur la pulak.
Sisi malaikat aku tiba-tiba beri tazkirah Ramadhan sambil menepuk bahu kanan aku. Idna, ni bukan masa sesuai untuk kau bergelak ketawa macam ada hati dalam taman. Sebab di depan kau sekarang,
berdirinya seorang ustazah...
...yang bernama Ustazah Asma'...
...yang dah nak meletus dan meletup kaw kaw kebaboom.
"Kertas ujian awak mana?"
Goodluck, Idna. Bittaufiq wannajah.
Dapat aku bayangkan sisi baik aku menepuk bangga bahu kanan aku sambil tersenyum dengan senyuman paling manis aku pernah ada.
N/A:
Ada orang ss story Adma kat ig, heheh.
YOU ARE READING
Imam Kelas Sebelah ✓
Humor𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘪𝘒𝘦𝘴, 2024 , spin-off kepada BDA Semuanya berlaku sejak lelaki itu menjadi imam solat tarawih di sekolahnya. Idna Hensem, seorang pelajar yang baru pindah ke sekolah SHOOW semasa pengujung tingkatan 3. Seorang yang berkelakua...