لاڤن

76 9 2
                                    

Seminggu berlalu sejak aku jadi imam malam tu. Alhamdulillah, nama aku tak menjadi sebutan-sebutan orang lain lagi. Dua minggu akan datang baru aku jadi imam lagi.

Hampir seminggu aku tak ke sana. Hm, rindu pulak nak tengok budak-budak tu.

---

Sebaik kasut ditanggalkan, pintu yang dihiasi pelekat-pelekat comel disorong lembut. Aku mengepitkan suara.

"Assalamualaikum~"

Urgh kalau Haiqal dengar ni mahu viral satu sekolah. Tapi demi keamanan tempat ni, aku reda dan pasrah.

"Wa'alaikumussalam, awak ke tu Bat-" Senyuman Abang Faris mati bila tengok aku. "Ya Allah, budak ni. Kenapa kau datang sini lagi?"

"Hee."

"Dah la Inda. Balik nun. Ni tempat larangan."

"Ala, sekejap je bang. Nak main dengan budak-budak." Jari aku menguis pintu sorong. Kepala tunduk memandang corak baju batik hijau yang aku pakai setiap hari Khamis.

"Nanti kau kantoi dengan pengetua, aku tak tau."

"Lantak la bang." Aku dah betul-betul pasrah dah. Aku betul-betul nak main dengan Soong, Shafiee, Liza dan Aizuddin.

Soong tengok aku dengan mata bersinar. Shafiee dan Liza nampaknya tak bergaduh lagi, pun tengok aku jugak. Aku balas tatapan mereka dengan pandangan yang sayu.

Lagu syahdu bermain di layar.

Ketiga anak kecik tu jalan ke aku sebelum kena tengking Abang Faris. "Eh korang duduk sana! Jangan datang ke abang Inda ni." Terus berhenti diorang berjalan.

Diorang sambung tengok aku, aku sambung tengok diorang. Lagu syahdu makin rancak bermain.

Tunggu abang, dik. Tunggu abang.

"Inda. Tengok sinilah!" Aku sedar daripada drama dan kembali tengok ke Abang Faris. "Kalau botak nanti tak takut ke?"

"Ta... tak!" Aku yakin tu khabar angin tentang pengetua untuk takutkan pelajar je.

"Hmph. Duduklah sana." Abang Faris aku tengok dia juling mata ke atas. Mata aku membesar. Alhamdulillah, akhirnya!

"Soong! Piee! Liza! Abang datang~" Aku berlari masuk dengan slow-mo sambil mendepa tangan.

"Abbwang!!!" Piee dan Liza je menjerit, Soong pula diam. Mereka bertiga berlari ke aku dengan aksi yang sama dengan aku. Slow-mo juga.

Lagu syahdu makin kuat dimainkan.

"Sowpieeza~"

"Abbwangg!"

Slow-mo semakin menjadi. Lagu syahdu bermain di volum paling tinggi.

"Sowpieeza~"

"Abbwangg!"

Satu bantal dari depan diayun laju macam keretapi Shinkansen ke muka aku membuatkan aku jatuh terbaring.

"DAH DAH DRAMA EE GELI AKU TAU TAK. SATGI AKU HALAU KAU KARANG." Abang Faris mengetap gigi. Mata dah macam helang tengok aku. Nafas dia naik turun. Aku sengih lagi.

Satu minit berlalu, dan apa yang aku tahu aku dah berdiri di depan pintu. Abang Faris nekad nak halau aku sebab disebabkan aku, dia menjerit macam tak cukup suara. Habis semua anak-anak di sini menangis termasuk Aizuddin yang terjaga dari tidur sebab suara memetir Abang Faris.

Aku toleh ke belakang, buat kali terakhir. "Abang, tolong la maafkan aku. Aku janji tak buat lagi."

"Simpan janji kau dalam beg tu. Aku tak nak dengar."

"Please la, bang. Please..."

"No."

Aku tengok Soong, Piee, Liza dan Aizuddin. Masing-masing tengok aku dengan riak sedih. Tiba-tiba aku rasa bersemangat untuk teruskan hidup.

"Minggu depan saya datang lagi."

Abang Faris menghela nafas. Eh... kenapa muka macam dah nak nangis tu? "Inda, tolong la. Kalau kau sayang hidup kau, jangan la datang..."

Aku toleh depan balik. Senyum terukir di bibir. "Tak jamin."

Pintu disorong ke kiri. Aku sedia nak melangkah.

"Kalau kau datang, aku tak teragak-agak untuk report pengetua!"

Kata-kata Abang Faris hanya aku dengar sebagai latar belakang cerita. Ini kerana di depan aku berdirinya...

...Rasyid, dengan riak terkejutnya.

Oh no! Dia tahu ke apa yang terjadi tadi?

Makan selamat tujuh hari tujuh malam la sekolah SHOOW lepas ni. *Menangis tak berlagu.



N/A:

Alhamdulillah, yeay! Update lagi. Habislah 'Inda' terkantoi dengan Rasyid. Huhu.

Nak H kasi pickup-line paling sweet di muka bumi tak? Uhum-uhum. Okey, banyak-banyak sebab, kenapa saya tak boleh tinggalkan awak?

Jawapannya, saya tak boleh tinggalkan awak sebab awak akan tinggalkan vote dan komen di sini! En enn? Hoho.

Btw, komen anda menceriakan hari saya sebagaimana cahaya matahari menyinari bumi kita. *kenyit mata.

Pick up line jadi tak jadi, encang jer la.

Imam Kelas Sebelah ✓Where stories live. Discover now