Seperti semalam, waktu rekreasi aku terjumpa lagi Rasyid. Dia tengah duduk di salah satu bangku bersebelahan kantin sekolah dengan Lieyana. Dari jauh nampak macam diorang tengah menguji hafalan masing-masing. Ramai pelajar sekitar sini jadi aku rasa tak salah kut kalau aku pergi jumpa dia.
Bismillah... ya Allah, aku mohon ampun kalau tindakan aku ni salah sebenarnya. Mohon tunjukkan aku jalan yang benar...
---
"Assalamualaikum." Adma, abang kepada Idna mengajar dirinya untuk memberi salam setiap kali nak tegur orang. Rasyidah dan Lieyana berpaling muka ke lelaki yang berbaju sukan hijau muda itu. Rambut Idna sedikit basah dek berpeluh bermain arnab.
"Wa'alaikumussalam." Mereka jawab serentak.
Idna menunduk kepala sejenak. "Semalam tu, aku ada guna kamus kau beri. So aku pun ada nak beri barang."
Rasyidah blushing. Dia menolak sedikit kaca mata ke dalam. Mamat semalam! Dan mamat yang sama jadi imam dua hari lepas. Orang cakap kalau lelaki beri barang, dia suka kat kita.
Dia suka aku ke? Takkan la... maka baru kenal.
"Nah." Idna mengeluarkan sesuatu dari belakang badannya. Rasyidah memerhati penuh teruja. Apa tu bunga? Surat? Atau gula-gula?
"Kenapa kamus oxford senja?" Ni kalau menangis ni, air mata pun dah tak keluar dah.
"Supaya kau tak buat-"
"Tak buat orang penat dengan arabic aku?"
Idna menarik senyum. Peluh mengalir lebat belakang tengkuk. Alamak, macam mana dia tahu aku nak cakap apa.
"So kau nak kata arabic aku teruk la ni?"
"Eh tak tak. Aku ikhlas nak beri sebab err... wow baiknya kau." Idna tak tahu nak cakap apa, jadi dia ulang ayat semalam. Dua-dua tangan dilambai di paras dada sebagai isyarat menidakkan.
"You're meanie! Aku tahu la BA aku gagal, tak yah nak ungkit!" Berjurai terus air mata Rasyidah. Tapi dia sembunyikan wajah sebab tak nak Idna nampak. Tanpa membuang waktu, Rasyidah berdiri dan menarik Lieyana bersama. Mereka berdua berlari melepasi Idna sambil Rasyidah mengesat air mata.
Dia malu, dia malu! Seorang lelaki random telah memalukan dirinya.
Rasyidah berlari dengan slo-mo. Nak dapat vibe-vibe anime.
"Rasyid tunggu!"
"Nama aku Rasyidah la!" Suara Rasyidah sengau sebab menangis. Eee... kau jangan sampai aku ruqyahkan kau lepas ni.
Melihat Rasyidah tak berhenti berlari, Idna mengejar perempuan itu lalu berdiri di depannya. Idna mendepakan tangan supaya Rasyidah tak melarikan diri lagi.
"Rasyid I wanna talk truth! Berhenti dulu."
Rasyidah akhirnya berhenti. Idna pula tergamam. Aik... kenapa dia tepuk dahi? Aku ada tersalah cakap ke.
"Apa kau nak lagi? Tak puas sakitkan hati aku?"
Idna telan liur. Nampak macam Rasyidah betul-betul terasa hati. Lelaki itu mula diselubungi rasa bersalah. Aku rasa aku memang kena minta maaf.
"Urm... aku... aku nak..."
Kerongkong rasa tersekat, suara tiba-tiba rasa susah nak keluar. Aduh, mulut cakap je la! Nanti tak pasal-pasal blushing, kan malu sendiri.
"Nak apa?" Rasyidah mencebik bibir tapi pandang tempat lain. Dapat Idna tengok dari tepi, pipi Rasyidah berona merah. Okey, cakap sekarang Idna kalau tak nak menyesal seumur hidup.
"Er, aku nak cakap yang ada sticker dinasour dekat belakang tudung kau. Aku tahu dinasour tu haiwan, tak diwajibkan puasa tapi rasanya lagi elok kalau kau cabut sticker tu sebab semua orang tengah tengok..."
Pang! Muka Idna dibaling kasut milik Rasyidah.
"...pisang yang dinasour tu makan. Nampak sedap." Idna habiskan kata-kata terakhir sebelum seluruh dunianya menjadi hitam.
A/N:
Tamat. Sekian, terima kasih.
YOU ARE READING
Imam Kelas Sebelah ✓
Humor𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘪𝘒𝘦𝘴, 2024 , spin-off kepada BDA Semuanya berlaku sejak lelaki itu menjadi imam solat tarawih di sekolahnya. Idna Hensem, seorang pelajar yang baru pindah ke sekolah SHOOW semasa pengujung tingkatan 3. Seorang yang berkelakua...