Setibanya di tapak perkhemahan, seluruh peserta tingkatan empat dan lima diarahkan untuk mendirikan khemah masing-masing. Rasyidah berkumpulan dengan orang lain. Nasib baik cikgu tak ada tanya kenapa dia tak duduk sama dengan Lieyana. Dalam bas tadi pun mereka duduk berjauhan. Agak canggung juga.
Habis mendirikan khemah dan mengemas segala barang, peserta-peserta diarahkan untuk berkumpul di sebuah dewan bersebelahan tapak perkheman. Waktu Asar tak lama lagi nak masuk.
Rasyidah mengambil kesempatan waktu itu untuk melakukan misinya. Kamus dan kertas exam Idna dikeluarkan dari dalam beg. Dia keluar dari khemah dan mencari kelibat Idna di kawasan khemah lelaki. Dia keluar daripada kawasan khemah dan kebetulan Idna pun keluar sama juga.
Rasyidah melambai Idna untuk menangkap tumpuannya. Saat Idna dah terpandang dia, gadis itu memberi isyarat untuk pergi ke belakang dewan tu. Nak harapkan dia cakap depan Idna sekarang memang cari nahaslah. Ramai kut peserta kat sini. Silap-silap boleh kena jeling maut dan kena gosip sebulan sebab pelajar putera dan pelajar puteri 'dating' di depan awam.
"Kenapa kau nak jumpa aku?" Pendek saja Idna menyoal sebab tak nak curi banyak masa. Karang terkantoi nanti dituduh tangkap basah. Masing-masing mereka menunduk wajah, tak mahu menatap mata orang di hadapan masing-masing.
Rasyidah mengeluarkan benda yang dia sembunyikan di belakang badan. Saat Idna melihat barang itu, sungguh dia kaget. "Oh, kau dah jumpa? Mana dapat?" Menyedari dia telah terlihat Rasyidah, segera lelaki itu menundukkan kepalanya kembali.
"Tak, bukan tu yang penting sekarang. Aku nak pulangkan kertas kau ni. Dan, kamus ni." Gadis itu menghulurkan kedua benda itu.
Lama Idna tergamam sejenak. Dia mengambil kertas examnya tetapi tidak kamus itu. "Kamus ni kau ambik jelah. Aku memang niat nak beri."
"No, Idna. Aku terpaksa tolak. Aku ada sebab munasabah untuk tolak. Maaf sangat-sangat." Ya, sebabnya ialah satu, gadis itu mahu move on. Kedua, dia tak nak ada barang yang mengingatkan dirinya tentang pergaduhan dia dan rakan baiknya itu lagi.
Riak wajah Idna tampak biasa. Tapi dalamnya, hanya Tuhan yang tahu. Lelaki itu berasa sedikit kecewa apabila orang yang dia suka menolak pemberiannya. Seolah-olah seperti Rasyidah sebenarnya membenci lelaki itu. Tapi... tak apalah.
Jeda menyapa suasana. Rasyidah berasa canggung.
"Erm. Idna, aku nak mintak maaf sebab tipu kau."
Idna terkebil-kebil dalam kepalanya yang tertunduk. "Tipu apa, Rasyidah?"
"Aku tipu kata aku gagal BA, tapi tak... Aku lulus sebenarnya. Aku buat mcm tu sebab...nak tengok kertas BA kau..." Lambat-lambat Rasyidah menutur.
...supaya aku boleh rapat dgn kau. Bila tanya soalan berkenaan BA.
"Astaghfirullahal'azim..." Sungguh Idna tak mampu nak cakap apa-apa sehingga membuatkan dia mengucap.
"Aku mintak maaf sangat-sangat." Rasa bersalah menyelubungi diri Rasyidah.
"Jadi selama ni selama kau tanya aku BA supaya kau boleh hantar surat je. Sebab tu?"
Angguk.
Idna tak tahu nak cakap apa. Marah sikit ada jugak. Mungkin itu kut perasaan Kak Ainiy bila dia memainkan Kak Ainiy dulu masa kat sekolah lama. Dia dan kawannya sanggup kacau kak Ainiy semata-mata nak crush notice dia.
Dalam diam, Idna terharu sebab crush dia sanggup buat perkara itu untuk mendekati dirinya. Tapi...
... dia sekolah agama, ulul albab pulak tu. Perlu banyak fokus ke al-Quran tapi alih-alih fokus pasal perempuan ajnabi. Walaupun tak couple, ikhtilat tak jaga. Allah redha ke kalau macam tu?
Melihatkan Idna yang kekal diam, Rasyidah menjadi lagi takut. Mulutnya bergetar saat. "Idna, aku janji aku tak buat macam ni lagi. Aku mintak kau maafkan aku je."
Lama sunyi menyapa. Akhirnya Idna menghela nafas.
"Okey aku maafkan. Aku mintak maaf jugak."
Gadis itu mengangguk. "Lepas ni aku rasa kita tak perlu berhubung lagi. Cerita kita sampai sini je...kita bercakap bila ada hal mustahak je. Maaf sekali lagi, Idna."
Rasyidah minta diri. Saat itu barulah Idna mengangkat kepalanya.
"Tunggu, kenapa kau buat semua ni? Kau suka–"
Rasyidah menoleh ke arahnya. Idna jadi kaku dan tak tahu nak cakap apa. "Urm tak jadilah. Cuma nak pesan, kalau kita berjumpa macam ni lagi seeloknya kau bawalah seorang kawan perempuan."
Rasyidah sekadar mengangguk tanpa membalas apa-apa. Baik, maafkan aku. Gadis itu lalu menapak pergi.
Idna pula memusingkan tubuhnya ke belakang. Lelaki itu senyum kelat. Rasanya betullah tu kut, dia sukakan aku. Mana mungkin dia suka-suka je nak buat surat kat aku.
Astaghfirullahal'azim, aku mohon ampun ya Allah. Tunjukkanlah kami jalan yang benar.
YOU ARE READING
Imam Kelas Sebelah ✓
Humor𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘪𝘒𝘦𝘴, 2024 , spin-off kepada BDA Semuanya berlaku sejak lelaki itu menjadi imam solat tarawih di sekolahnya. Idna Hensem, seorang pelajar yang baru pindah ke sekolah SHOOW semasa pengujung tingkatan 3. Seorang yang berkelakua...