Gang gang gang gang!
"Bangun! Bangun!" Dari dalam bilik lagi, suara warden yang sedang menjerit kedengaran. Besi di sebelah tangga aspuri pun diketuk-ketuk kasar menghasilkan bunyi yang boleh memecahkan kesunyian pada pukul empat pagi. Celik saja mata, Rasyidah menggosok mata kanan yang gatal dan sembap.
Rasyidah bangkit daripada pembaringan. Dari katil, terlihatnya Lieyana sudahpun berkemas. Rakannya itu sudahpun berbaju sukan panjang sekolah. Dia sedang menyidai tuala yang basah pada tali di luar tingkap.
"Eik? Awal na kau mandi," soal Rasyidah sambil membawa tangan kanan ke mulut. Menguap.
"Bersemangat sis. Kan hari ni kan hari special." Lieyana senyum sinis. Heh, kau tunggu nanti waktu camping!
Last? Rasyidah mengecilkan mata, cuba memfokus pandangan matanya pada Lieyana. Sungguh dia tak faham apa yang lastnya.
"Eh kau ni. Dey hari ni kita camping tiga hari dua malam la dey! Emang kamu dah lupa ke dey?" Lieyana menggeleng kepala sambil mengambil tudung sarung dari dalam almari. Dia berjalan menapak menuju ke katilnya dan duduk setentang dengan Rasyidah.
"Oh ya tak ya jugak." Rasyidah senyum nipis. Memarahi kealpaan diri sendiri. Ish benda ni pun boleh lupa!
Lieyana perasan sesuatu akan rakan baiknya itu. "Resyad... kenapa dengan mata kau?"
Rasyidah telan liur. Dia menggeleng kepala berkali-kali. "Tak ada apalah, Lie. Benda biasa." Malas dia hendak membesarkan hal. Benda yang perempuan buat first move pada usia yang belum layak menikah bukanlah suatu perkara yang seharusnya dibanggakan. Dia risau kalau Lie pun terpengaruh dengannya. Ada crush, dan buat first move. Walhal diri perempuan.
"Kau tipu ek?" Lieyana mengecilkan mata. "Cakap jelah kalau kau nak share ke apa. Aku sedia mendengar."
Sekali lagi Rasyidah menggeleng. "Tak. Tak apa, Lie. Small matter." Terus gadis itu bangkit dari katilnya. "Dah. Kita nak qiam dan sahur lepas ni. Karang lambat pulak. Aku mandi sekejap ek." Dia mencapai tuala dari tempat sidai. Sebelum masuk ke bilik air, dia menoleh ke Lieyana yang sedang terpinga-pinga memandangnya.
"Cuma... aku nak mintak tolong kau boleh?" soal Rasyidah dengan sepasang mata yang redup.
"Apa?"
"Tolong doakan agar urusan aku dipermudahkan..." Rasyidah menarik senyum segaris sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air dengan kaki kiri. Setelah pintu ditutup, Rasyidah bersandar padanya. Sekali lagi, matanya sudah bergenang dengan cecair yang mengandungi lisozim.
'...sebab aku nak move on daripada perkara yang tak sepatutnya ni,' sambung gadis itu dalam hati.
---
Sebaik sudah bersarapan pagi, bergegas pelajar-pelajar SHOOW mengemas meja mereka. Masing-masing membawa pinggan dan cawan yang sudah dipakai ke sinki di dewan sebelum membasuhnya sendiri. Begitulah rutin pelajar sekolah ulul albab ini sepanjang bergelar sebagai pelajar. Setiap kali waktu makan, mereka telahpun didisiplinkan untuk membasuh segala peralatan makan yang mereka sudah gunakan.
Rasyidah menunggu di dalam barisan banat dengan sabarnya. Dia sekarang berada pada giliran yang keempat. Cawan di tangan kiri diletakkan ke atas pinggan yang dibawa oleh tangan kanan. Bibirnya tak berhenti berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallahu'alaihi Wasallam.
Tiba-tiba gerak hatinya merasakan bahawa dirinya sedang diperhatikan. Spontan kepala memandang ke depan.
Idna sedang berdiri di tingkap di luar dewan selera, turut sedang melihat dirinya. Satu saat... dua saat... tiga saat...
Entah kenapa, kali ni Rasyidah tak dapat melarikan pandangannya. Seolah-olah melekat pada sepasang mata cantik milik si Idna.
Idna terlihat sedang menarik senyum, walaupun agak janggal. Mungkin sebab kini dia sudah bergaya dengan 'rambut' baharu!
Saat itu, cepat-cepat Rasyidah pandang tempat lain. Huh, time ni baru kau nak tundukkan pandangan! Rasyidah memarahi diri sendiri. Tahu-tahu je dia dah kena perangkap syaitan tadi.
Astaghfirullahal'azim.
Dalam diam, dirinya sudah nekad bahawa selepas ni dia takkan kirim surat kepada Idna lagi. Walaupun kalau ada soalan BA. Sebab baginya, rasanya sekarang dah tak perlu bila dah terkantoi...
N/A:
writing Rasyidah who's in her sendu era
YOU ARE READING
Imam Kelas Sebelah ✓
Humor𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘪𝘒𝘦𝘴, 2024 , spin-off kepada BDA Semuanya berlaku sejak lelaki itu menjadi imam solat tarawih di sekolahnya. Idna Hensem, seorang pelajar yang baru pindah ke sekolah SHOOW semasa pengujung tingkatan 3. Seorang yang berkelakua...