'♡⌭
ERYNA atur langkah keluar dari pusat terapi kanak-kanak selepas menghantar adiknya yang disahkan menghidap 'speech delay' sejak usia 4 tahun lagi.
Dia sudah bercadang untuk singgah sebentar ke Extra-Ordinary Kafe berdekatan pusat terapi. Sambil minum, sambil menunggu kelas adiknya selesai dalam satu jam lagi.
Kereta Produa Bezza miliknya dituju sebelum dia masuk ke dalam perut kereta, enjin kereta mula dihidupkan dan pandu menuju ke Extra-Ordinary Kafe.
Sampai sahaja di kafe, Eryna terus sahaja memesan green tea latte yang menjadi minuman kegemarannya setiap masa. Kebiasaannya, orang lain mesti jadikan kopi sebagai minuman harian mereka tapi lain pula dengan dia, dia lebih memilih green tea latte berbanding kopi.
Kalau dia tidak dapat minum green tea latte, emosinya automatik akan ke laut sepanjang hari.
Senyum lebar terukir pada bibir merah gadis itu, gembira dia dapat memegang cawan green tea yang sudah siap dibuat oleh barista.
BUK!
Terkebil-kebil mata Eryna memandang cawannya yang sudah jatuh ke lantai. Automatik senyumnya mati.
"You!" Eryna mula menunding jari ke arah figura di hadapannya. Sakit hatinya melihat air yang tidak sempat membasahi tekaknya sudah jatuh ke lantai.
"Saya minta maaf, cik. Saya tak sengaja." Lelaki yang berpakaian uniform lengkap khas pemandu Grab Food mula menunduk tubuh berkali-kali. Memohon maaf.
"Eee, geramnya! Awak ni lain kali tengok lah orang juga, saya ni nampak aje pendek tapi masih boleh nampak kehadiran saya tau!" bebelnya.
Air mata juga sudah mula bertakung, ingin sahaja dia menangis disebabkan air yang dipesan sudah tumpah. Sudah lah satu air pun berharga hampir sebelas ringgit Malaysia.
Lelaki itu menggaru belakang cuping telinga, tidak tahu mahu respon apa. Dia serba salah kerana sikapnya yang kelam kabut untuk mengambil makanan yang dipesan pelanggan menyebabkan air gadis itu tertumpah.
Mahu ganti tapi duit pula tidak berapa nak ada sekarang ini.
Dia memandang sekali lagi wajah Eryna yang jelas muram. Dia mula berkata, "Saya minta maaf, cik ... Saya tahu salah saya tapi ... saya ada masalah kewangan, saya minta maaf sangat-sangat. Kalau saya jumpa cik lagi dan masa tu juga saya ada wang yang cukup, saya ganti air cik. Sekarang, saya perlu hantar makanan segera, kalau tidak saya kena buang kerja. Susah saya nak sara mak saya tengah sakit ...."
Setelah mendengar luahan lelaki itu, Eryna mula dihenyak dengan perasaan serba salah. Dia tidak patut memarahi lelaki ini, memandangkan dia sudah mengaku salah. Jadi, tak salah kalau dirinya terima kemaafan lelaki ini dengan hati terbuka.
"Tak apa lah, awak pergi lah. Maafkan saya sebab buat masa awak terbuang. Saya doakan mak awak cepat sembuh dan tentang air ni pula ... saya boleh beli baru," balas Eryna perlahan, cuba memujuk hati.
Lelaki itu tersenyum sebelum menunduk tubuhnya pada paras 90 darjah sebelum berkata, "Terima kasih, cik. Saya minta diri dulu dan saya minta maaf ...."
Eryna hanya tersenyum tipis sambil memandang figura tersebut yang sudah sudah mulai hilang dari pandangannya.
Sempat juga dia berterima kasih kepada pekerja yang sudi membersihkan air yang tertumpah.
Pekerja itu tersenyum sebelum dia meminta diri untuk sambung melakukan kerjanya yang lain. Eryna membalas senyuman itu sebelum dia duduk dekat kerusi yang kosong.
Telefon dikeluarkan dari dalam beg galas kecilnya sebelum aplikasi wattpad dibuka dan dia mula menaip chapter baharu untuk dipublish hujung minggu ini.
Niat mahu memesan air yang baru tapi dibatalkan sahaja niatnya selepas melihat ramai orang sedang beratur ingin membuat pesanan.
Jadi, lebih baik dia menulis ceritanya yang sudah hampir seminggu tidak dikeluarkan lagi chapter baru.
Tengah fokus dia menaip, salah seorang pekerja perempuan datang ke arah Eryna dengan secawan green tea latte berada di tangan.
"Ini air untuk cik," tutur pekerja perempuan sebelum secawan air green tea diletakkan di atas meja Eryna.
Eryna mengangkat kepala memandang pekerja tersebut, keningnya terjungkit ke atas. Kejap, apa sudah terjadi? Sejak bila dia ada pesan air?
"Jap, saya tak order pun air ni ...." Eryna menolak. Dia berfikir mungkin pekerja ini tersalah orang.
"Memang cik tak order tapi ada satu lelaki ni dia minta saya untuk hantar air ni dekat cik, dia juga ada beri pesanan untuk cik," balasnya dengan senyuman manis terukir hingga menampakkan lekuk yang dalam pada pipi mulusnya.
Mendengarkan hal itu, lagi lah buatkan Eryna makin tertanya-tanya.
"Pesanan? Eh, kejap. Dia ada lagi ke dekat sini?"
Pekerja itu angguk untuk menjawab soalan pertamanya dan kemudian menggeleng untuk menjawab soalan keduanya pula.
"Encik tu baru sahaja pergi, cik. Tapi nanti cik baca aje lah notes yang encik tu tulis," jawabnya sambil tersenyum mengusik.
Mendengar akan jawapan pekerja perempuan itu, Eryna segera membuka lipatan nota pelekat tersebut.
"Semoga air ini dapat sembuhkan hati cik yang kecewa disebabkan air yang tertumpah tadi. Smile, you look cute with a smile etched on your lips."
— N.A.Tanpa dia sedari, bibir merahnya mula mengoyakkan senyuman setelah membaca pesanan tersebut.
Dan, tanpa gadis itu juga sedari, pemilik yang menulis pesanan itu turut tersenyum memerhati wajah ceria gadis itu ketika membaca pesanannya.
T O B E C O N T I N U E D
notes :Amboi, cik Eryna kita dah ada secret admirer~ Pandai si dia cuit hati cik Eryna kita!
terima kasih sudi votes cerita saya ! 🥰
YOU ARE READING
SU | Encik Kapten Pilihanku!
RomanceNufail Al-Khayr, seorang lelaki yang bekerjaya seorang juruterbang berpangkat kapten, walaupun dia dilahirkan dari keluarga yang kaya raya, itu bukan alasan untuk dia bersikap sombong terhadap semua orang malah dia lah seorang lelaki yang peramah da...