EKP! | 13

361 31 25
                                    

ERYNA membelek setiap helaian muka surat di dalam katalog yang berada ditangannya, pelbagai jenis baju pengantin yang menarik perhatiannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ERYNA membelek setiap helaian muka surat di dalam katalog yang berada ditangannya, pelbagai jenis baju pengantin yang menarik perhatiannya.

Baru sahaja dia ingin menunjuk gambar baju pengantin yang dia mahukan ke arah Lutfi, Lutfi terlebih dahulu membuat pilihannya sendiri.

"Pakai yang ini," arah Lutfi sambil menghulurkan baju pengantin yang baru sahaja diambilnya.

Teragak-agak dia mahu mengambil baju pengantin yang dihulurkan Lutfi, atas bawah dia melihat baju tersebut. Ketat dan terdedah pada bahagian bahu.

"Lutfi, baju ni nampak ketat. Saya tak minat." Eryna mula menolak baju yang dipilih Lutfi. Lelaki itu pula sudah menjulingkan matanya ke atas.

"Kau minat atau tidak, bukan masalah aku. Ni pilihan aku, aku nak kau pakai yang ini." Lutfi masih memaksanya untuk berpakaian seperti yang dia mahukan.

Eryna mengemam bibirnya, dia tidak suka akan sikap Lutfi yang suka memaksa dan mahu orang ikuti sahaja arahan lelaki itu.

"Lutfi, awak nak tanggung dosa saya ke kalau awak sanggup bagi saya pakai baju yang ketat sampai nampak bentuk badan saya ni? Awak gila ke? Saya memang tak nak baju ni!" Eryna masih berkeras. Dia juga berhak untuk menolak keinginan lelaki di hadapannya ini.

Pipi Eryna dicengkam kasar oleh Lutfi. Akibat dari cengkaman itu, muka Eryna terangkat mendongak memandang raut wajah bengis milik Lutfi.

"Aku cakap pakai. Kau jangan nak buat ceramah agama dekat aku fasal pahala dengan dosa, aku nak kau pakai jadi pakai," putus Lutfi keras.

Eryna menepis kasar lengan Lutfi. Dengan raut wajah tidak selesa, dia mengambil langkah untuk pakai sahaja baju yang dipilihkan oleh Lutfi sebentar tadi.

Masuk sahaja fitting room, air mata yang mulai jatuh mula dikesat kasar. Dia benci untuk bersama dengan lelaki panas baran seperti Lutfi, lelaki itu sama saja sikapnya yang dahulu.

Bila difikirkan niat baik ibu bapa Lutfi yang mahu membantu syarikat makanan beku milik mamanya, dia terpaksa akur akan perkahwinan ini walaupun terasa diri seperti dibeli sahaja oleh keluarga kaya raya itu.

Bila difikirkan niat baik ibu bapa Lutfi yang mahu membantu syarikat makanan beku milik mamanya, dia terpaksa akur akan perkahwinan ini walaupun terasa diri seperti dibeli sahaja oleh keluarga kaya raya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SU | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now