EKP! | 11

431 37 34
                                    

"ALONG, BANGUN!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ALONG, BANGUN!"

"Hm?" Berkerut dahi Nufail. Matanya terbuka sedikit memandang wajah adik bongsunya yang sudah berdiri bercekak pinggang.

"Cepat lah, along. Bangun lah." Tangan Nufail ditarik-tariknya supaya lelaki itu bangkit dari terus terbaring sahaja

"Kenapa pula? Along ada janji apa-apa dengan Nayla ke hari ni?" soal Nufail hairan.

"Tak ada." Ringkas sahaja Nayla menjawab.

"Okey." Baru sahaja Nufail mahu baring semula untuk melelapkan semula matanya, Nayla dengan cepatnya menarik tangan abangnya.

"No no! Along kena bangun sekarang juga! Along kena teman Nayla hari ni," kata Nayla. Nufail pula sudah meraup rambutnya ke belakang.

Dia sudah lah tidak cukup tidur kerana sibuk membantu sepupunya selesaikan sesuatu.

"Boleh lah, along.Kesian Kak Ryna tau, dia tak cukup tangan nak buat brownies untuk tempahan costumer dia dengan umi lagi untuk majlis berbuka mak lang nanti." Nayla mula pancing abangnya dengan menyebut nama Kak Eryna.

Terus segar mata Nufail ketika mendengar sebaris nama yang disebut oleh adiknya.

"Huh? Jap, along tak faham."

Nayla merungus geram, lembap juga abang dia ni. Ingat belajar jauh-jauh, sentiasa jadi top student dah cerdik dah.

"Along ni lembap lah! Umi ajak Nayla tolong Kak Ryna buat kek dengan cookies dia, jadi along pun kena teman," terang Nayla.

"Okey, okey. Give me 10 minutes."

Nayla angguk dalam senyum sebelum dia meninggalkan abangnya sendirian di dalam bilik.

Nufail terus mengemas katil sebelum dia mengambil masa beberapa minit di dalam tandas untuk membersihkan dirinya.

"Kejap!" jerit Eryna, tergopoh-gopoh dia berlari ke arah pintu utama tanpa sedari wajahnya sedikit comot kerana terkena tepung sewaktu meninbang tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kejap!" jerit Eryna, tergopoh-gopoh dia berlari ke arah pintu utama tanpa sedari wajahnya sedikit comot kerana terkena tepung sewaktu meninbang tadi.

SU | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now