EKP! | 36

490 38 18
                                    

SEJAK awal pagi lagi mereka berdua sudah bersiap dengan pakaian renang untuk melakukan aktiviti menyelam seperti yang dijanjikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEJAK awal pagi lagi mereka berdua sudah bersiap dengan pakaian renang untuk melakukan aktiviti menyelam seperti yang dijanjikan.

Eryna setia menunggu Nufail yang sedang berurusan dengan pekerja yang akan bawa mereka berdua menaiki bot untuk melintasi beberapa checkpoint sebelum mereka dapat menyelam dan bertemu dengan penyu.

Dia melihat akaun penulisnya, terdapat beberapa orang yang menekan tombol suka pada gambar yang dia muat naik lewat petang semalam.

Sepanjang dia berada di Terengganu, dia lebih banyak menangkap gambar pemandangan di negeri ini dan memuat naik beberapa gambar pemandangan alam di story Instagram.

"Abang tengok orang tu macam tak sabar dah nak menyelam," tegur Nufail tiba-tiba. Eryna terus menyimpan telefonnya sebelum menoleh memandang suaminya bersama senyuman.

"Abang dah selesai ke?" tanya Eryna. Nufail senyum sebelum mengangguk.

"Sudah. Sini abang pakaikan sayang safe jacket ni." Jaket keselamatan yang berada ditangan mula disarungkan pada tubuh Eryna. Tudung isterinya dibetulkan sedikit supaya menutupi bahagian dada.

"Alright, perfect."

"Thank you, abang," ucap Eryna sambil tersenyum.

"You're welcome, Nafeesa sayang." Nufail balas senyuman sebelum mereka mula berpegangan tangan, menuju masuk ke dalam bot yang membawa mereka dan beberapa orang pelancong ke checkpoints yang ditetapkan.

Sepanjang perjalanan di dalam bot, Eryna hanya merakam pemandangan sekeliling. Nufail pula merakam Eryna dalam diam sebelum dia menjatuhkan dagunya pada bahu si isteri, pinggang ramping itu dirangkul kemas.

Eryna tersentak dengan tindakan selamba Nufail sebelum hujung mata menjeling ke arah lelaki itu. Butang merah ditekan untuk menghentikan rakaman sebelum tubuhnya dipusing menghadap suaminya.

Nufail jungkitkan keningnya bersama ulas bibir yang sudah pamerkan senyuman nakal ke arah Eryna yang sudah mengecilkan mata memandangnya.

"What?"

"Abang punya tangan ni suka sangat merayap peluk-peluk dekat pinggang sayang, tahu tak?" Geram Eryna melihat lelaki itu yang sejak tadi mengusiknya sewaktu merakam pemandangan di Pulau Redang.

Nufail terkekeh. Dagunya masih kekal terletak pada bahu isterinya.

"Apa salahnya, kan?"

"Gatal."

Tersengih nakal Nufail mendengar si isteri menggelarkan dirinya 'gatal'.

Sampai sahaja checkpoint dimana mereka boleh menyelam, Eryna memegang kemas tangan Nufail yang sudah menyelam terlebih dahulu sebelum dia turut masuk ke dalam laut.

SU | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now