EKP! | 24

401 34 22
                                    

"ABI!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ABI!"

Nufail yang baru sahaja selesai mengemas mula menunduk memandang susuk kecil yang sedang memeluk erat kaki panjangnya. Penat dalam dirinya terus hilang selepas melihat wajah comel Ammara yang mendongak memandangnya.

"Iya, sayang. Kenapa ni?" Nufail mula melutut di hadapan Ammara yang sudah tersengih lebar.

"Abi ikat ambut Mara, oleh?" pinta Ammara sambil menghulurkan bekas set getah rambut yang pernah Nufail hadiahkan sempena hari lahirnya tahun lepas.

"Aik? Kenapa tak nak Kak Nayla aje yang ikatkan rambut Ammara?" Sengaja dia mahu mengusik si kecil di hadapannya ini.

Ammara mula memuncungkan bibirnya, lengan Nufail menjadi sasaran untuk dia peluk sebelum dia menggoyang-goyangkan lengan lelaki itu.

"Alaaa, Mara nak abi yang uat," balas Ammara bersama suara manjanya. Dia tahu abi tak akan menolak bila dia sudah mula menggunakan suara manjanya.

Nufail terkekeh, geli hati dia melihat sisi manja Ammara bersamanya. Hidung kecil itu dicuit lembut sebelum tubuh kecil itu didukungnya.

"Okey, okey, abi ikatkan rambut Ammara, ya." Lembut suara Nufail berkata. Dia berjalan ke arah gazebo berdekatan sambil Ammara berada di dalam dukungannya.

Sampai sahaja di gazebo, dia terus meletakkan Ammara di hadapannya.

Bekas set getah rambut milik Ammara mula dibukanya, dia mula memilih warna getah yang sesuai dengan warna baju gaun yang dipakai si kecil itu.

"Alright, abi nak ikat rambut awak ni. Jadi, jangan gerak-gerak, okey?" Lembut Nufail memberi arahan kepada Ammara sambil tangannya menyikat lembut rambut halusnya.

"Okey, abi!" Ammara hanya duduk tegak di hadapan Nufail, menurut arahan yang diberi Nufail.

Nufail tersenyum sebelum dia mula fokus mendandankan rambut Ammara.

Dari sudut yang lain, Eryna hanya memerhati sikap Nufail yang melayani Ammara. Bibirnya tersenyum, memuji kemahiran Nufail dalam mendandankan rambut Ammara.

"Jatuh cinta ke tu?" sampuk Afiyya yang tiba-tiba sahaja muncul dari belakang yang buatkan Eryna terus melarikan anak matanya ke arah lain.

"Apa maksud Fiyya ni? Mana ada," nafi Eryna. Tangannya automatik membetulkan lagi kedudukan asal kek yang dibuatnya bersama anak-anak perempuan di sini malam tadi.

Afiyya tersenyum miring sebelum bersuara lagi, "Kau jangan nak buat-buat tak ada, ya. Kau ingat aku tak perasan ke yang kau asyik pandang-pandang si Nufail tu?"

"Kita pandang aje, dia bukannya perasan kita pandang dia pun. Dia kan tengah sibuk layan budak-budak dekat sini." Eryna masih lagi cuba untuk menafikan perasaannya.

SU | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now