EKP! | 35

372 32 50
                                    

SAMPAI sahaja dekat Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SAMPAI sahaja dekat Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu. Eryna menantikan Nufail yang sedang mengambil beg bagasi mereka.

"Sayang, jom. Junior abang dah sampai dekat luar," ajak Nufail sambil menyatukan jari jemari mereka.

"Kenapa junior awak ada? Dia jadi driver kita ke?" tanya Eryna penuh tanda tanya.

Nufail geleng kepalanya sebelum membalas, "Tak lah, junior abang datang sini cuma nak hantar kereta sewa yang abang minta dia ambil dan bawa ke sini."

Eryna mengangguk faham sambil berjalan keluar bersama Nufail. Dia dapat lihat figura lelaki muda yang tersenyum lebar sambil melambai tangan ke arah mereka berdua.

"Kapten Nufail!" sapa junior sambil melambai tangan ke atas untuk menarik perhatian Nufail. Nufail senyum sebelum mereka berdua bersalaman, bahu lelaki muda itu ditepuk sedikit oleh Nufail.

"Tak payahlah nak formal sangat dengan aku, kau panggil macam biasalah Abang Nufail atau Khay aje, Khaliq," tegur Nufail. Dia tidak begitu suka orang memanggilnya dengan panggilan terlalu formal sewaktu diluar waktu kerja.

Khaliq tersengih sebelum tersedar akan kehadiran Eryna yang berada disamping seniornya. Dia membalas senyuman ke arah gadis itu yang sudah memberikan senyuman nipis ke arahnya.

"Khaliq, ini isteri aku, Eryna Nafeesa. Sayang, ini lah junior yang abang cakapkan tadi, Khaliq namanya." Nufail mula memperkenalkan diri Khaliq dan Eryna.

"Cantik aje isteri abang." Sengaja Khaliq memuji Eryna di hadapan Nufail. Tajam jelingan Nufail ke arah Khaliq selepas mendengar pujian yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Kau jangan eh, Khaliq." Tegas suara Nufail memberi amaran. Khaliq pamerkan sengihan sebelum mengangkat kedua belah tangannya tanda menyerah.

"Okey okey. Maafkan saya, Kapten Nufail Al-Khayr," mohon Khaliq. Eryna hanya mampu sembunyikan senyumannya ketika melihat kelakuan Khaliq di hadapan suaminya.

"Khaliq, mana kunci kereta?" Nufail tadahkan tangannya ke hadapan, meminta kunci kereta sewa yang dia minta dekat lelaki itu.

"Oh ye, saya lupa pula. Ini kunci keretanya, bang." Khaliq tersengih sebelum meletakkan kunci kereta pada tapak tangan Nufail.

Nufail genggam kemas kunci kereta yang dihulur Khaliq sebelum tangannya menarik pemegang beg bagasi dan satu lagi tangan masih memegang erat tangan isterinya.

"Thanks, Khaliq. Abang gerak dulu lah," ucap Nufail bersama senyuman nipis.

"Sama-sama,bang. Selamat berhoneymoon! Bagi saya junior abang atau wife abang satu!" Khaliq pamerkan sengihan lebar sebelum kedua-dua lengannya dibengkokkan untuk membuat bentuk hati.

SU | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now