EKP ! | 26

362 35 21
                                    

SELESAI sahaja melakukan Band Chest Fly, Nufail mengambil ruang untuk berehat seketika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELESAI sahaja melakukan Band Chest Fly, Nufail mengambil ruang untuk berehat seketika. Penuh yang membasahi wajah tampannya mula dilap lembut.

Sudah seminggu dia memberitahu luahan hatinya dekat Puan Zahidah dekat pondok Al-Sumaiyyah. Kata Puan Zahidah melalui pesanan, Eryna meminta sedikit masa untuk fikirkan jawapan terlebih dahulu dan bila sudah ada jawapan Puan Zahidah akan maklumkan semula.

"Uit, jauh termenung. Fikirkan buah hati ke tu?" tegur Hazael sambil menepuk bahu Nufail. Kerusi kosong mula ditarik sebelum dia melabuh duduk di hadapan Nufail.

"Buah hati apa pula kau ni? Mana ada." Nufail mula menafi sebelum tuala kecil digantung pada belakang lehernya. Air mineral yang masih tersisa separuh mula diteguk sebanyak tiga kali bagi membasahi tekaknya yang mula terasa kering.

"Eleh, ye lah tu. Hilyaa cerita dekat aku yang kau jumpa mama Eryna dan beritahu nak halalkan dia. Gentleman juga abang sepupu aku ni," usik Hazael bersama sengihan nakal.

Nufail terbatuk-batuk selepas mendengar usikan sepupunya. Bibir dilap dengan belakang tangannya sebelum dia memandang Hazael dengan wajah yang dicuba untuk kekal tenang walaupun dalam hati sudah rasa mahu menyorok dirinya dari semua orang.

"Mana dia tahu?" soal Nufail dengan nada cuba dikawal dari malu.

"Biasa lah perempuan kan suka bergosip," jawab Hazael tenang. Nufail ketawa halus sebelum menggeleng kepalanya.

"Tapi aku masih tak sangka yang kau berani berdepan luahkan perasaan kau dekat Puan Zahidah berbanding confess perasaan kau dekat Eryna," ujar Hazael yang masih tidak percaya dengan sikap sepupunya. Dia bukan apa, tidak pernah dia lihat sepupunya seberani itu untuk berdepan dengan Puan Zahidah yang dikenali sebagai seorang wanita yang tegas dan ketat dalam mengaturkan kehidupan anak-anaknya.

"Aku bukan tak nak confess terus dekat Eryna, nak aje tapi bagi aku lebih baik aku terus beritahu mama dia yang aku berniat nak halalkan anak perempuan dia. Dah lama aku pendam perasaan dekat Eryna. Cukup lah Eryna tahu aku ada niat baik dalam nak menghalalkan dia dari mama dia. Sekarang jawapan masih dekat tangan dia, aku pun tak tahu sama ada dia sudi terima aku atau pun dia reject aku," luah Nufail.

"Firasat aku mengatakan yang dia akan terima kau punya sebab rugi lah kalau dia reject sepupu aku yang rupa paras elok, bekerjaya tinggi dan tak pernah bercinta ni." Nufail ketawa mendengar pujian sepupunya.

"Mengarut lah kau ni, Zael."

Tiba-tiba sahaja notifikasi dari telefonya berbunyi seakan menerima pesanan dari seseorang. Telefon diambil sebelum melihat pesanan yang dihantar oleh Puan Zahidah.

'Nufail, Eryna minta kamu datang kafe hari Ahad ni, kamu boleh datang? Dia kata dia nak beri jawapan tentang lamaran kamu minggu lepas'
Mama [23.03 p.m]

SU | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now