EKP! | 34

558 45 31
                                    

PERUT yang terasa memulas buatkan Eryna mula menggigit kuat bawah bibirnya dengan kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PERUT yang terasa memulas buatkan Eryna mula menggigit kuat bawah bibirnya dengan kuat. Posisinya sekarang sedang memeluk tubuh, menahan sakit yang menyerang bahagian rahimnya.

Dia tak sangka yang dia akan datang bulan dua hari awal dari kebiasaannya. Tengah hari tadi masih lagi okey dia melayan ahli keluarga Nufail tapi sampai aje waktu petang, memang dia sudah tidak dapat tahan kesakitan yang mencengkam bahagian rahimnya.

Sepanjang malam dia hanya duduk di dalam bilik, makan pun Nufail mahu suapkan dia walaupun dia kata dia okey aje suap sendiri tapi hakikatnya nak bangun duduk pun terasa mahu menangis sahaja!

Bunyi ketukan buatkan Eryna menoleh ke arah pintu biliknya yang sudah dibuka oleh Nufail sebelum lelaki itu mula masuk dan menutup pintu dengan menolak belakang tubuhnya ke belakang.

"Abang ada bawakan tungku yang umi panaskan tadi. Sayang guna tungku yang ini dulu, boleh? Sebab dekat kampung ni nak cari hot pack tak jumpa, lagipun dah lewat malam ni." Nufail jalan menghampiri isterinya bersama tungku yang sudah berbalut dengan kain tebal yang dipegang kemas olehnya.

"Erm, boleh aje. Saya tak kesah," balas Eryna perlahan bersama anggukkan kecil. Dia bukannya seorang yang memilih sangat, asalkan senggugutnya ini dapat reda dengan cepat pun dia dah bersyukur.

"Baik lah. Sayang luruskan kaki sayang, biar abang tolong urutkan, ya?" pelawa Nufail yang sudah duduk melabuh di atas katil.

Eryna hanya membalas dengan anggukan. Dengan perlahan-lahan dia meluruskan kakinya bersama wajahnya yang berkerut menahan sakit pada bahagian rahimnya.

Nufail mula menyelak sedikit baju t-shirt yang disarungkan isterinya, membiarkan kain batik sahaja yang menutupi perut kempis isterinya.

"Saya boleh buat—"

"Abang tahu sayang boleh buat tapi bagi abang tolong sayang, boleh? Sayang cuma baring dan rehatkan diri," potong Nufail lembut.

Eryna kemam bibirnya, tiada guna kalau dia membantah keinginan suaminya.

Matanya hanya memandang suaminya yang sedang fokus meletakkan tapak tangannya pada tungku yang berbalut dengan kain untuk merasakan tahap kepanasan tungku itu.

Penuh berhati-hati tungku itu dibawa menyentuh perut Eryna yang berlapit dengan kain batik sebelum dia menekan sedikit tungku pada perut Eryna.

"Panas sangat tak, sayang? Ke okey aje panasnya?" tanya Nufail penuh prihatin dan fokus menungku perut Eryna. Dia risau kalau tungku yang dipanaskan umi terlalu panas.

Eryna geleng kepalanya bersama senyuman nipis. Dia mula membalas, "Tak, okey aje ni."

Nufail membalas senyuman sebelum dia mula menungku semula perut dan bahagian bawah pinggang isterinya.

"Bagus lah. Sayang rehat aje, biar abang yang urutkan sayang,"  kata Nufail. Eryna hanya mengangguk kepalanya sebelum dia mula menutup matanya, membiarkan Nufail menungku bahagian tubuhnya yang sakit.

SU | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now