⌭♡
AWAL pagi lagi Eryna sudah bangun membersihkan diri walaupun dia hanya sempat lelapkan matanya selama tiga jam sahaja. Ini semua gara-gara Fayyad yang tidak mahu lena.
Masuk sahaja azan subuh, dia terus mencapai telekung hitamnya dan menyarung kemas pada kepalanya supaya tiada anak rambut yang terkeluar. Bibirnya mula membaca niat sebelum mulakan solatnya.
Seusai sahaja solat dan melakukan hal-hal yang wajib, dia mula bangun dan menyarungkan tudung khimar pada kepalanya, tali tudung itu diikat kemas di belakang leher jinjangnya.
Keluar sahaja dari bilik, anak matanya mulai berliar-liar memandang sekeliling rumah. Mencari susuk mama.
Terlihat Puan Zahidah sedang rancak berborak dengan Puan Helina di dapur, dia mula jalan mendekati Hilyaa yang sedang duduk bersila.
Kakinya turut dilipat secara bersila disamping Hilyaa yang tidak jauh dengannya.
"Kak Eqah buat apa?" soal Eryna ingin tahu, sempat lehernya memanjang mahu lihat apa yang mahu dilakukan rakannya.
"Ouh, akak nak kupas bawang merah ni untuk masak tengah hari nanti. Nak tolong?" balas Hilyaa sambil memandang wajah Eryna.
"Eh, mestilah nak." Eryna senyum sebelum bangun mengambil pisau di dalam kabinet dan duduk semula ditempatnya semula. Mahu membantu Hilyaa mengupas bawang.
"Bawang ni untuk buat apa, kak?" soal Eryna ke arah Hilyaa yang sudah mula mengupas bawang merah.
"Ni untuk buat dendeng daging dengan rendang ayam. Dah siap kupas bawang ni senang lah kerja nanti," jawab Hilyaa.
Eryna angguk kepala, tak sabar dia mahu bantu masak dendeng daging. Dia paling suka bab-bab menumbuk daging yang sudah siap direbus!
"Mana yang lain,mak ngah?" tanya Eryna. Hairan, tiada seorang pun ahli keluarga lelaki yang datang turun membantu.
"Oh, dia orang pergi solat subuh dekat surau lepas tahajjud tadi," balas Mak Ngah Qalisha. Eryna angguk faham.
Eryna menoleh pula kepala memandang Hilyaa yang ralit mengupas bawang merah.
"Akak."
"Hm?"
"Ryna nak tanya ni ...." Perlahan suara Eryna berbisik sambil tubuh mengherot ke sisi supaya dekat dengan Hilyaa.
YOU ARE READING
SU | Encik Kapten Pilihanku!
RomansaNufail Al-Khayr, seorang lelaki yang bekerjaya seorang juruterbang berpangkat kapten, walaupun dia dilahirkan dari keluarga yang kaya raya, itu bukan alasan untuk dia bersikap sombong terhadap semua orang malah dia lah seorang lelaki yang peramah da...