Sebulan kemudian ...
ERYNA termenung memikir nasibnya sambil mengadun doh biskut yang dibuatnya, dia sangat penat dengan dugaan yang mula menghimpit dirinya.
Sudah lah dia diberhentikan kerja selepas kejadian dia membantu atuk Nufail, tambah pula sekarang mama sedang mengalami masalah kewangan selepas wang syarikatnya dicuri oleh salah seorang pekerja mama yang sudah melarikan diri.
Jadi, sejak dari situ dia mula untuk sambung semula perniagaan kecil-kecilan dia yang sudah lama dia tinggalkan sewaktu belajar diploma dahulu iaitu dengan menjual Choco Cookies.
Pernah juga dia merungut kerana tidak mampu untuk senangkan hati mama, malah buat mama resah bila dia diberhentikan kerja.
Setiap masa dia merasakan dirinya seperti anak tak berguna dan pembawa sial sahaja. Sama seperti ungkapan yang pernah dilontarkan oleh papanya sejak dia kecil lagi.
'Budak sial.'
'Budak pembawa malang.'
'Budak bodoh.'
'Bengap.'
Panggilan itu lah yang sering papa berikan untuknya sejak kecil lagi sewaktu dia sedaya upaya mahu menarik perhatian si papa. Tapi, hampa. Hanya caci maki sahaja yang papa balas waktu itu.
"Ryna, kamu termenung apa tu?" tegur Puan Zahidah. Eryna tersentak selepas mendengar suara mama yang mula menegurnya. Dia hanya memberi gelengan sebelum mengoyakkan senyum tipis.
"Tak ada apa," balas Eryna ringkas sebelum dia meletakkan doh biskut yang sudah siap dipukul rata tadi di atas dulang pembakar dan dibawa masuk ke dalam ketuhar.
Puan Zahidah mula duduk memerhati tingkah laku anaknya yang hanya diamkan diri sambil mengemas dapur yang kelihatan sedikit bersepah.
Sejujurnya, dia rindukan watak ceria anak sulungnya yang sangat petah berkata-kata. Tapi, semakin meningkat usia, semakin banyak gadis itu mendiamkan diri dan menjauh darinya.
Salah dia kah kerana terlalu sibuk dengan hal kerja, hinggakan terlupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu?
"Ramai orang tempah?" Puan Zahidah cuba untuk memecahkan kesunyian antara mereka. Eryna memandang ke arah mamanya, senyuman tipis sempat dihadiahkan sebelum kepala mengangguk.
"Ramai lah juga," jawab Eryna tanpa memandang mamanya.
Mama kata yang hari ni dia mahu mengambil cuti sakit atas alasan mahu merehatkan diri dari terus memikirkan masalah-masalah kerja di kilang.
Walaupun mamanya tidak cukup tangan untuk uruskan masalah kerja, dia bersyukur yang sepupunya sudi bekerja dengan mamanya untuk membantu uruskan syarikat mama.
YOU ARE READING
SU | Encik Kapten Pilihanku!
RomanceNufail Al-Khayr, seorang lelaki yang bekerjaya seorang juruterbang berpangkat kapten, walaupun dia dilahirkan dari keluarga yang kaya raya, itu bukan alasan untuk dia bersikap sombong terhadap semua orang malah dia lah seorang lelaki yang peramah da...