PAGI itu, Eryna bangun lebih awal, sibuk menyiapkan sarapan buat Nufail sebelum lelaki ith berangkat ke lapangan terbang untuk memulakan tugasnya dalam penerbangannya ke Bali.
Siap sahaja masak, Eryna meletakkan pinggan yang berisi bihun di atas meja sebelum kepala diangkat memandang si suami yang baru sahaja turun bersama beg bagasi.
"Sayang masak apa?" tanya Nufail ketika berjalan menghampiri Eryna.
"Sayang masak bihun goreng Singapura," jawab Eryna dengan nada lembut sebelum dia memandang ke arah Nufail yang sudah siap dengan uniform juruterbang.
"Hmm... mesti sedap masakan isteri abang ni," tutur Nufail sebelum dia duduk di kerusi sambil Eryna mencedok bihun goreng Singapura ke dalam pinggan.
"Abang ni, biasa aje. Bihun ni pun sayang tak pasti sedap ke tak sebab sayang baru nak belajar masak betul-betul," balas Eryna sambil menyembunyikan senyumannya sebelum menghulurkan pinggan kepada Nufail.
Nufail menyambut pinggan yang dihulurkan oleh Eryna sebelum berkata, "Tak apalah, sayang. Kalau kurang rasa, boleh belajar lagi. Abang bangga isteri abang nak belajar masak. Abang pun boleh aje ajar sayang. Mana tahu, nanti kita boleh bersweet-sweet sambil masak sama-sama kat dapur, kan?"
Eryna memijak lembut kaki Nufail yang sudah tersarung dengan stokin hitam. Nufail terkekeh melihat betapa kecilnya saiz kaki isterinya yang berada di atas kakinya.
"Alahai ... comelnya kaki isteri abang ni." Nufail sempat mengusik.
"Abang!" Eryna kerutkan dahinya melihat Nufail yang sudah tertawa terbahak-bahak.
"Okey okey, abang tak buat dah!" Laju kedua belah tangannya dibawa naik ke atas, tanda menyerah.
Eryna mencebik sebelum mereka mula membaca doa makan sebelum makan makanan yang dimasak oleh Eryna.
Selesai sahaja makan, Nufail bangun dari duduk untuk membantu Eryna mencuci pinggan yang sudah kotor sebelum dia masih tersisa dua jam untuk jalankan tugasnya sebagai kaptain juruterbang.
Eryna jalan kaki mengikut Nufail dari belakang sambil tangan menolak beg bagasi lelaki itu.
Berat hatinya mahu melepaskan suaminya untuk bertugas, tapi dia juga perlu sedar akan tugasan suaminya yang perlu bertugas membawa penumpang ke destinasi yang dituju.
Nufail yang tersedar dengan raut wajah Eryna mula menarik lembut dagu gadis itu supaya terdongak memandang ke arahnya.
"What's wrong, sayang?" tanya Nufail dengan nada lembut. Iris mata coklat cair menatap redup iris mata coklat hitam milik Eryna.
YOU ARE READING
SU | Encik Kapten Pilihanku!
RomanceNufail Al-Khayr, seorang lelaki yang bekerjaya seorang juruterbang berpangkat kapten, walaupun dia dilahirkan dari keluarga yang kaya raya, itu bukan alasan untuk dia bersikap sombong terhadap semua orang malah dia lah seorang lelaki yang peramah da...