SUDAH masuk malam ketiga dia menginap di rumah Hilyaa bagi menemani gadis itu yang sendiran di rumah. Hazael pula ada outstation untuk projek barunya.
Sedang Eryna tekun menonton drama korea kegemarannya, Hilyaa mula jalan menghampirinya dengan memegang satu kotak kecil di tangannya.
"Ryna, akak nak bagi something ni," kata Hilyaa sambil tersenyum manis. Eryna terus memusingkan badannya menghadap Hilyaa.
"Bagitahu apa tu, akak?" soal Eryna tertanya-tanya.
"Nah." Tanpa banyak kata, Hilyaa terus menghulurkan kotak kecil yang dia bawa.
Dengan reaksi hairan, dia mengambil kotak kecil yang dihulurkan oleh Hilyaa.
"Apa ni? Hadiah ke? Tapi birthday Ryna lambat lagi tau, akak," jawab Eryna polos. Hilyaa ketawa halus mendengar jawapan dari rakannya.
"Bukan lah, tengok lah dalam tu ada apa," ujar Hilyaa. Eryna membuat muka, pelik melihat sikap rakannya yang dari tadi tersenyum menantikan dia untuk buka kotak itu.
Dengan perlahan-lahan dia membuka kotak kecil yang berada di tangannya. Mulutnya melopong melihat ujian kehamilan bersama gambar ultrasound di dalam.
Matanya yang membulat dek terkejut terus memandang ke arah Hilyaa yang tersenyum manis ke arahnya.
"A-akak, s-serius lah? Serius lah akak pregnant?!"
Hilyaa ketawa halus sebelum kepalanya diangguk-angguk beberapa kali, mengeyakan.
Eryna terjerit teruja sebelum dipeluk erat tubuh Hilyaa. Hilyaa tersenyum sambil membalas pelukan Eryna.
"Ya Allah, gembiranya! I'm going to be aunt soon!" Teruja Eryna mendengar khabar baik dari Hilyaa.
Malah, matanya tidak berhenti berkedip memandang ke arah perut kempis rakannya dan juga wajah jelita itu. Tidak sangka rakannya akan bergelar ibu tak lama lagi.
Dan, dia juga tak sabar mahu mendengar anak Hilyaa memanggilnya dengan panggilan 'Umi Na, Umi Na'
YOU ARE READING
SU | Encik Kapten Pilihanku!
RomanceNufail Al-Khayr, seorang lelaki yang bekerjaya seorang juruterbang berpangkat kapten, walaupun dia dilahirkan dari keluarga yang kaya raya, itu bukan alasan untuk dia bersikap sombong terhadap semua orang malah dia lah seorang lelaki yang peramah da...