EKP! | 31

462 41 24
                                    

SELESAI sahaja majlis nikah, Eryna sudah tidak senang duduk di atas katil sambil menunggu kelibat suaminya untuk masuk ke dalam bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELESAI sahaja majlis nikah, Eryna sudah tidak senang duduk di atas katil sambil menunggu kelibat suaminya untuk masuk ke dalam bilik.

Mendengar sahaja pintu bilik diketuk perlahan sebanyak tiga kali dan pintu bilik mula terbuka, tubuhnya terus berpusing membelakangi pintu bilik.

"Assalamualaikum ...." Lembut Nufail memberi salam sambil kepalanya diintai sedikit ruangan dalam bilik kampung milik keluarga Eryna.

"Waalaikumsalam ..." Walaupun perlahan sahaja suara Eryna menjawab, lelaki itu masih dapat mendengar salam dari si isteri.

"Boleh abang masuk?" Nufail mula meminta izin. Eryna mengerutkan dahinya. Kenapa tiba-tiba nak minta izin pula?

"Erm, masuk lah," pelawa Eryna tanpa memandang wajah suaminya yang masih berdiri pada pintu biliknya.

Nufail senyum sebelum dia melangkah masuk dan pintu bilik ditutup perlahan menggunakan tubuh belakangnya.

Eryna pejam matanya saat mendengar bunyi katil menandakan lelaki itu sudah duduk dan merangkak mendekatinya. Belum sempat Nufail mahu mencuit bahu isterinya, wanita itu terus bangkit untuk menjauh.

"Awak nak buat apa?" soal Eryna sedikit gelabah. Dia masih tidak biasa duduk satu bilik dengan lelaki kecuali Fayyad aje lah.

Nufail mengerdip matanya melihat tindakan isterinya yang tiba-tiba sahaja bangun dari tempat duduknya.

Iris coklat cairnya menatap wajah gelabah Eryna yang jelas tidak biasa lagi dengan keadaan seperti ini.

"Jom?" ajak Nufail bersama sengihan nakal. Eryna yang mendengar ajakan suaminya mula mengerdip matanya beberapa kali. Tak akan lah sekarang?

"Saya tak ready lagi," jawab Eryna sekali nafas sambil beranjak jauh dari katil dimana suaminya sedang duduk.

Nufail yang mendengar jawapan Eryna mula melepaskan tawanya, geli hati melihat si isteri yang sudah beranjak jauh darinya.

"Ya Allah, Nafeesa sayang ....." Nufail masih tidak dapat menahan dirinya dari ketawa. Haih, comel sangat lah isterinya ini.

Melihatkan Nufail yang sudah ketawa buatkan Eryna mula berkerut dahi.

"Kenapa awak gelakkan saya?" soal Eryna hairan. Kalau dia tak bersedia, dia kena lah cakap dia tak bersedia terus dekat si suami, betul tak?

"Jom yang saya maksudkan tu jom solat sunat sama-sama sebagai seorang suami dan isteri," jelas Nufail bersama bibirnya ditahan dari ketawa semula.

SU | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now