EKP! | 14

373 35 62
                                    

⌭♡

Seminggu berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seminggu berlalu ...
DISAMBUNG talian antara dia dan Afiyya setelah seminggu dia menyibukkan dirinya dengan urusan bisnes dan kad kahwin buat dia dan Lutfi.

"Assalamualaikum, kawan!" sapa Afiyya ceria. Eryna tersenyum mendengar suara lunak sahabatnya.

"Waalaikumsalam. Fiya, sihat?" soal Eryna.

"Alhamdulilah, aku sihat aje dekat Korea ni. Cuma rindu lah dekat kau, nyah." Afiyya sengaja membuat suara manja.

Eryna ketawa halus selepas mendengar bicara sahabatnya. "Kita pun rindu Fiyya sangat-sangat. Tapi, buat masa sekarang ni kita sibuk sikit, macam-macam lah juga jadi."

Afiyya yang dapat menangkap nada suara sahabatnya seakan berada di dalam keadaan tidak berapa baik mula menyoal, "Kau okey? Nak luah? Aku boleh dengar luahan kau sekarang ni, Ryna."

Eryna senyum. Sahabatnya tidak pernah berubah sifat prihatin terhadapnya tapi dia juga tidak bersedia mahu orang tahu yang dia sudah berstatus tunangan orang.

"Tak perlu lah, Fiyya." Tolak Eryna lembut. Dia tidak mahu membebankan fikiran sahabat yang masih menduduki peperiksaan semester terakhir bulan ini.

"Ryna ...."

"Kita okey aje. Masih boleh handle masalah ni. Fiyya tu kena fokus ulang kaji untuk exam, jangan risaukan kita, kita tak nak bebankan Fiyya ...." Eryna mula memotong laju bicara Afiyya.

Afiyya menjegilkan matanya di skrin telefon pintarnya walaupun Eryna tidak kelihatan wajahnya tika ini. Degil benar sahabatnya yang seorang ini.

"Tak ada istilah membebankan kalau ianya datang dari persahabatan, Eryna Nafeesa," selar Afiyya. Terkadang dia juga kecil hati bila Eryna sering merasakan masalah gadis itu akan membebankannya.

Banyak kali dia memujuk hati, bersangka baik mungkin ada sebab kenapa Eryna lebih memilih pendam perasaan dari meluah.

Pernah dia dengar fakta seorang anak sulung, mereka adalah salah seorang anak yang sering memeluk luka mereka sendiri, lebih memilih untuk pendam berbanding meluah, seorang yang berdikari dan paling utama; mereka pandai menyembunyikan luka mereka sendiri demi menjaga perasaan orang.

Mungkin Allah hadirkan dia untuk sentiasa sabar dengan sikap rakannya seperti Eryna yang lebih banyak berdiam diri.

"Erm ... tak apa lah, nanti kita bagitahu Fiyya tapi bukan sekarang, sekarang Fiyya perlu fokus dengan exam kan? Utamakan yang itu dulu, ya?" Lembut Eryna cuba memujuk. Takut juga dia menyakiti sahabatnya.

Terdengar suara Afiyya mengeluh dihujung talian. "Iya lah ... Kau janji dengan aku yang kau akan luahkan semuanya dekat aku bila aku pulang Malaysia semula tau!" Tegas nada suara Afiyya.

SU | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now