EKP! | 05

497 39 28
                                    

⌭♡

DUA KEPING pelekat ditenung sambil tangan kanan pula menongkat dagu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUA KEPING pelekat ditenung sambil tangan kanan pula menongkat dagu.

"Makan elok-elok. Baca doa makan dan bismillah dulu kut-kut syaitan kongsi makan dengan awak. *emoji sengih yang dilukis*"
-Nufail.

"Semoga air ini dapat sembuhkan hati cik yang kecewa disebabkan air yang tertumpah tadi. Smile, you look cute with a smile etched on your lips."
— N.A.

Entah kenapa dia masih menyimpan dua kertas pelekat yang diberi oleh Nufail dan seorang lelaki yang langsung dia tidak kenal sama sekali sewaktu di kafe tempoh hari.

Setiap kali dia baca dan mengimbas semula hal yang terjadi pasti hujung bibirnya mula terjungkit mengukirkan senyuman, dia tersentuh kerana ada orang yang masih prihatin terhadap dirinya.

Haih, siapa lah tuan punya tulisan ini, ya?

Eryna tersentak ketika mendapat panggilan dari rakan sekolah menengahnya dahulu, Afiyya namanya. Bibirnya tersenyum lebar sebelum dia laju menekan butang hijau.

"Assalamualaikum, Fiyya!" teruja Eryna dengan senyuman lebar terukir ketika menyebut nama sahabatnya yang seorang ini!

"Waalaikumsalam, rindu dekat kita ke cik manis gula kita ni?" Afiyya juga turut sama teruja ketika melihat wajah ceria sahabatnya dibalik kamera.

"Wey, gila ke kita tak rindu? Tahu lah dia tu sambung belajar dekat Korea sana tu, mana lah dia nak ingat dekat kita dah, kan?" Sengaja dibuatnya nada merajuk.

"Ottokae, mana boleh merajuk! Aku ada beli banyak hadiah tau? Kalau merajuk aku tarik balik hadiahnya!" ugut Afiyya.

"Isy, Fiyya ni ...."

Afiyya ketawa sebelum berkata, "Aku nak balik Malaysia dah, kau tak nak jemput aku ke?"

Mulut Eryna melopong mendengar kata-kata rakannya.

"Weyh, sumpah lah?!"

"Sumpah, sumpah, iya sumpah lah! Aku tengah tunggu flight aku sampai ni, aku nak kau ambil aku tau. Kalau kau tak ambil aku, kita putus hubungan mesra antara kita berdua!" Afiyyah mula berdramatik.

Eryna mula membuat wajah toya melihat reaksi dramatik sahabatnya itu.

"Eeee geli lah! Hubungan mesra apa, pula?"

"Oh, selama ni kau tak anggap hubungan kita special lah? Tak apa, tak apa, sampai hati you, Ryna. I selama ni apa untuk you? Tunggul?"

SU | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now