EKP! | 38

459 36 32
                                    

"KAU tak kan lah tak ingat dekat Abang Khay?" tanya Afiyya dari dalam talian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU tak kan lah tak ingat dekat Abang Khay?" tanya Afiyya dari dalam talian.

Eryna menggaru keningnya. Khay? Dia macam pernah dengar nama tu.

"Macam pernah ... macam tak juga ...." jawab Eryna dengan nada yang masih keliru.

Afiyya terus melepaskan tawanya.

"Ya Allah, Eryna Nafeesa. Suami kaulah senior yang kau gelarkan dia nerd kimia sebab dia pakai cermin mata siap bawa buku teks kimia keluhur-kehilir setiap kali dia bertugas sebagai pengawas waktu rehat," terang Afiyya.

Melopong mulut Eryna selepas mengetahui kebenaran yang suaminya merupakan senior yang pernah dia kagum disebabkan kepandaian beliau dalam akademik dan sentiasa menjadi tokoh pelajar.

"Jap. Seriuslah? Kenapa dia nampak lain dari sebelum ni? Dulu dia kan pakai cermin mata," soal Eryna hairan. Seingatnya, Nufail yang dulu selalu pakai cermin dan lain sangat rupanya nak dibandingkan dengan sekarang.

"Ya. Waktu aku teman kau pergi pondok Al-Sumaiyyah pun macam kenal tak kenal aje. Bila aku tanya dia, dia cakap betullah apa yang aku teka. Alang-alang tu, dia minta tips untuk pikat hati kau," jelas Afiyya panjang lebar.

Eryna kemam bibir. Tapi kenapa Nufail kata dia sudah lama jatuh hati dengannya?

"Fiyya tahu ke dia suka kita dah berapa lama?" tanya Eryna. Lama Afiyya mendiamkan diri, memikirkan jawapan.

"Lamalah juga. Abang Qayyum ada bagitahu aku yang Nufail suka kau dah hampir 10 tahun," jawab Afiyya.

"Huh? Ya ke?" Terkejut Eryna mendengar bilangan angka yang diberitahu Afiyya. Dia tak sangka yang suaminya sudah lama cintakannya.

"Abang Qayyum lah cakap, aku tak tahu. Kalau nak lebih detail pergilah tanya laki kau. Dah kahwin, kan?" Terkekeh Afiyya dihujung ayat. Sengaja mahu mengusik rakannya.

Eryna mencebik. "Bukan tak nak tanya, dia tu tengah merajuk sebab kita tersalah teka nama dia," jelasnya.

"Lah? Baru kahwin dah reti merajuk? Dulu aku tengok beku aje muka. Kau sebut apa waktu kau teka?"

"Bangkai."

Makin kuat tawa Afiyya selepas mendengar jawapan Eryna. Manalah encik suami tak terasa hati bila kena sebut macam tu?

"Patutlah dia merajuk dah kau sebut nama orang tu bangkai. Kenapa tiba-tiba aje kau terfikir nak  sebut bangkai?"

"Ya lah. Seingat kita dulu, selain Qayyum ada sorang kawan dia yang Fiyya panggil dia kai kai gitu," terang Eryna.

Afiyya ketawa kuat. "Abang Khay, Eryna Nafeesa. K-H-A-Y, Khay." Sanggup Afiyya mengeja satu per satu huruf dari nama lelaki itu supaya Eryna dapat elakkan dirinya dari tersalah sebut nama suami sendiri lagi.

SU | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now