⌭♡
ERYNA menatap lama ke arah cermin besar yang tergantung elok pada dinding bilik hotel yang dia menginap.
Sempat dia membelek-belek gaun kembangnya yang berwarna biru navy dan topeng mata yang terletak elok pada bahagian matanya.
Belum lagi solekan yang ditacap elok oleh MUA yang ditempah oleh Afiyya pula, dia terpegun dengan penampilan barunya ini.
Jauh beza dengan dirinya yang tidak bersolek kerana dia bukanlah seorang yang mahir dalam bidang solekan seperti gadis-gadis diluar sana.
Knock!
Knock!
Bunyi ketukan dari luar bilik buatkan kepala Eryna tertoleh ke arah pintu biliknya. Dia mula berjalan menuju ke arah pintu dan tombol pintu mula dipulas sebelum dia menjenguk sedikit kepalanya ke luar bilik.
Terpampan wajah manis Datin Adeela di luar. Wanita separuh abad ini mula menatap atas bawah penampilan baru Eryna.
"Ya Allah, cantiknya kamu, Ryna!" pujinya sambil memegang kedua belah tangan Eryna. Terpegun dia melihat gadis ini mengenakan gaun seperti ini.
"Iya ke, mummy? Cantik ke? Tak terlalu menonjol ke? Ryna malu lah, mummy ...." Bertubi-tubi Eryna menyoal dengan suara perlahannya dek terasa tidak yakin dengan penampilannya sendiri.
"Eh, apa nak malunya? Kamu memang cantik lah, Ryna. Bila kamu pakai macam ni, nampak berseri sahaja. Mummy suka tengok kamu macam ni, nampak manis sangat."
Eryna tersenyum mendengar pujian dari Datin Adeela, pada mulanya dia masih ragu-ragu untuk memakai baju macam ni tetapi setelah dipujuk oleh Afiyya, dia akurkan sahaja. Memandangkan ini tema hari lahir sahabatnya juga.
"Kamu dah siap kan? Jom kita turun, ya? Afiyya dah tunggu dekat bawah dengan tetamu yang lain," ajak Datin Adeela.
Eryna angguk sebelum mengikut langkah Datin Adeela yang mula memimpinnya keluar dari bilik dan terus turun ke bawah memandangkan kain gaun yang dipakainya sedikit labuh yang menyukarkan Eryna untuk bergerak.
Afiyya yang sedang rancak berborak dengan rakan-rakannya sewaktu dibangku sekolah terus terhenti selepas melihat kelibat Eryna bersama mummynya.
"Ryna!" panggil Afiyya dengan senyuman lebar sambil tangan diangkat ke atas dan dilambai-lambainya.
Eryna yang mendengar namanya dipanggil oleh Afiyya mula meminta izin dari Datin Adeela untuk pergi ke arah Afiyya.
Wanita tua itu hanya mengangguk dalam senyum. Memberikan keizinan buat gadis itu untuk bersama anaknya.
Eryna tersenyum sebelum perlahan-lahan menapak ke arah Afiyya, jalannya kelihatan sedikit kekok kerana mengenakan kasut tumit tinggi yang berketinggian 2 sentimeter itu.
YOU ARE READING
SU | Encik Kapten Pilihanku!
RomantikNufail Al-Khayr, seorang lelaki yang bekerjaya seorang juruterbang berpangkat kapten, walaupun dia dilahirkan dari keluarga yang kaya raya, itu bukan alasan untuk dia bersikap sombong terhadap semua orang malah dia lah seorang lelaki yang peramah da...