EKP! | 23

426 37 23
                                    

⌭♡

ERYNA yang sedang memotong bawang bersama yang lain mula mengangkat memaling ke arah Afiyya yang memanggil Nufail dengan gelaran 'Abang Khay'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ERYNA yang sedang memotong bawang bersama yang lain mula mengangkat memaling ke arah Afiyya yang memanggil Nufail dengan gelaran 'Abang Khay'.

Dahinya berkerut sewaktu melihat mereka mula berlalu pergi sedikit jauh dari kawasan dia dengan yang lain.

Dia cuba untuk menghiraukan sahaja apa yang diborakkan oleh mereka tapi ekor matanya gagal untuk tidak menjeling ke arah mereka.

Sekejap nampak mereka diam. Sekejap nampak Afiyya ketawa teruja.

Entah kenapa wujud perasaan asing yang mengawal dirinya. Anak lesung batu dihentak sedikit kuat ketika dia menumbuk bawang yang sudah dipotong halus tadi sampai lunyai.

Dia mula menghantarkan pelbagai soalan di dalam fikirannya tentang Afiyya dan Nufail.

'Apa yang dorang borakkan?'

'Kenapa nampak macam dah kenal je?'

Datin Hasnah yang perasan akan tingkah laku Eryna yang sedang menumbuk kuat bawang sambil ekor mata gadis itu pula mengintai ke arah Afiyya dan Nufail.

Bibirnya tersenyum lembut sebelum bahu Eryna dicuitnya.

"Ryna? Kuat betul kamu tumbuk bawang tu, sayang," tegur Datin Hasnah.

Eryna menoleh ke arah Datin Hasnah. Eryna tersengih kekok sewaktu ditegur oleh wanita separuh abad itu, dia terikut emosi pula waktu menumbuk tadi.

"Eh, iya ke, umi? Ryna tak perasan pula," ujar Eryna sambil menggaru pipinya.

"Kamu okey ke, Ryna?" prihatin Datin Hasnah sambil mengangkat lembut dagu Eryna sedikit ke atas, mahu mengerling setiap sudut wajah gadis itu.

"Kamu cemburu?" soal Datin Hasnah lagi.

Mata Eryna berkedip. Aduh, nampak sangat ke riak wajahnya seperti cemburu?

"Eh, mana ada, umi. Ryna nak lunyaikan bawang ni cepat-cepat tu yang Ryna tumbuk kuat sikit," bohong Eryna.

"Oh, umi ingat apa lah tadi. Risau umi," ujar Datin Hasnah. Eryna hanya tersenyum terharu melihat keprihatinan wanita separuh abad ini.

Datin Hasnah senyum. Dia tahu gadis itu sedang berbohong tapi dia biarkan sahaja hati itu terus cemburu dahulu, nanti biar dia kerjakan si sulung itu pula. Berani betul buat gadis ini cemburu, ya?

 Berani betul buat gadis ini cemburu, ya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SU | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now