⌭♡
HANTARAN yang elok terhias ditepi hanya menjadi tatapan dia sahaja. Niat asalnya mahu sahaja dia buang, tapi dia sedar semua barang ini sepenuhnya guna duitnya sendiri, duit kerjanya yang dari siang hinggalah ke malam.
Dan, hari ni juga merupakan hari yang sepatutnya dia dan Lutfi bernikah tapi digantikan dengan majlis nikah Lutfi dan Hazrin.
Kecewa? Iya, tapi bukan sebab dia bukan pengantinnya, dia kecewa kerana melihat mama yang hampir setiap hari meminta maaf kepadanya atas segala khilaf yang dia lakukan tanpa persetujuan Eryna.
Dia penat untuk menunding jari, mencari kesalahan mamanya yang terus-terusan membuat keputusan tanpa pengetahuannya. Dia sudah terima apa yang terjadi dalam hidupnya.
Malah, sejak dia kecil lagi dia sudah belajar untuk pujuk dirinya supaya sentiasa akur dengan segala permintaan mahupun keputusan yang dibuat oleh mama supaya dia dapat puaskan hatinya.
Mama mahu dia ambil kelas tambahan subjek matematik hingga tiada sedikit waktu pun untuk dia berehat, dia hanya akur sahaja kemahuan mama kerana dia gagal dalam subjek itu. Mama tak suka dia dapat gred C dalam salah satu subjek dia ambil, dia usahakan untuk capai gred A walaupun ucapan 'tahniah' agak susah untuk dia dengari dari mulut si ibu.
Sewaktu dia mendapat anugerah kecemerlangan di sekolah, mama juga tidak dapat hadir ke majlis anugerahnya. Berkali-kali dia berusaha untuk pujuk hatinya yang cemburu melihat rakan-rakan sekolahnya gembira meraihkan pencapaian mereka bersama ibu bapa mereka sendiri.
Kemudian, mama memintanya untuk berkahwin dengan Lutfi tanpa pengetahuannya pun dia hanya akurkan sahaja demi kebahagiaan mama supaya dapat bekerjasama dengan Datin Aleeya dalam urusan perniagaannya walaupun mama masih putih mata dengan sikap sebenar Lutfi.
Tapi dia bersyukur yang Allah sudah tunjukkan kebenaran tentang apa yang dilakukan Lutfi sebelum kami diijab kabulkan.
Fikirannya tiba-tiba memikirkan akan Nufail pula, sudah dua minggu dia tidak mendengar khabar tentangnya sejak kejadi di hotel bajet.
Tiba-tiba, telefon berjenama Iphone 8 miliknya mula berdering, menandakan seseorang sedang menelefonnya. Dia terus menolak ke kanan skrinnya tanda mahu mengangkat panggilan itu.
"Hello?" Eryna mula menyapa pemilik nombor yang telefonnya.
"Assalamualaikum, Kak Ryna! Ini Nayla, kenal tak?" sapa Nayla dalam talian. Sempat dia mengusit Eryna.
"Waalaikumsalam. Eh, Nayla ni. Mesti lah akak kenal," balas Eryna dengan alis keningnya hampir bertaut setelah mendengar usikan dari gadis muda ini.
YOU ARE READING
SU | Encik Kapten Pilihanku!
RomanceNufail Al-Khayr, seorang lelaki yang bekerjaya seorang juruterbang berpangkat kapten, walaupun dia dilahirkan dari keluarga yang kaya raya, itu bukan alasan untuk dia bersikap sombong terhadap semua orang malah dia lah seorang lelaki yang peramah da...