⌭♡
SURAT yang baru sahaja dia dapat tanpa tahu siapa penghantarnya terus dibukanya. Dia membaca isi kandungan dalam surat tersebut.
'Assalamualaikum, Lutfi ... Saya ni, Eryna. Sebenarnya, saya nak luah yang saya dah lama perhatikan awak. Awak hensem sampai saya rasa, saya dah mula jatuh hati dekat awak. Berkali-kali awak menolak, saya masih akan cintakan awak. Awak cinta mati saya, Lutfi. Kalau sudi, kita jumpa dekat kedai Mak Wan ye?"
Berubah raut wajah Eryna setelah membaca isi kandungan surat yang berada di atas mejanya. Dia tak pernah terdetik mahu tulis surat 'cringe' macam ni.
Afiyya baru sahaja selesai dengan tugasnya sebagai pengawas terus berjalan menuju ke arah Eryna yang berkerut ketika membaca surat di tangan gadis itu.
Laju sahaja surat yang berada ditangan Eryna dirampas. Eryna terus mengangkat wajahnya, memandang ke arah Afiyya yang jelas berkerut dahi ketika membaca surat itu.
"Kau yang tulis ke ni, Ryna?" soal Afiyya sedikit kasar. Dia mula memandang ke arah Eryna bersama kening yang terjungkit ke atas. Dia mahukan kepastian.
Eryna menggeleng kepalanya, menafikan.
"Bukan kita. Kita tak tahu siapa yang tulis macam ni, tulisan orang ni sama macam kita," jawab Eryna. Eryna mula menggigit hujung kukunya. Gementar.
Afiyya mula genggam pergelangan tangan Eryna sebelum ditarik bagi menghentikan tindakan rakannya dari terus-terusan melakukan habit buruk itu.
"Stop it, Ryna. Jangan gigit kuku kau. Aku akan cuba selesaikan hal surat ni, jangan risau," pujuk Afiyya sambil menepuk lembut bahu Eryna.
Eryna pula hanya mengangguk kepalanya, dia percaya yang Afiyya akan bantunya. Afiyya rakannya, pasti ada jalan pernyelesaian yang boleh dilakukan.
Afiyya terus keluar dari ruangan kelas untuk membuang surat itu ke dalam tong sampah, dia tidak suka siapa-siapa mahu jatuhkan maruah sahabatnya.
Tanpa Afiyya sedari, tindakannya mula diperhati oleh seseorang. Bibirnya tersenyum sinis sebelum dia berjalan menuju ke arah tong sampah dan mengutipnya semula.
Dia mula membuka isi surat yang dibuang, bibirnya mula ketawa membaca ayat geli yang berada di dalam surat ini.
"Aww, tak sangka kau pandai jatuh hati juga. Let's see what will happens to you soon," tutur gadis itu dengan senyuman miring terukir pada bibirnya.
Dia terus berlalu pergi dari kawasan itu untuk melakukan rancangannya.
YOU ARE READING
SU | Encik Kapten Pilihanku!
RomanceNufail Al-Khayr, seorang lelaki yang bekerjaya seorang juruterbang berpangkat kapten, walaupun dia dilahirkan dari keluarga yang kaya raya, itu bukan alasan untuk dia bersikap sombong terhadap semua orang malah dia lah seorang lelaki yang peramah da...