2 ♡

45 11 0
                                    

MATA aku tidak lepas memandang kearah skrin telefon yang masih gelap. Masih tak ada apa-apa perkembangan lagi ke? Tiba-tiba satu keluhan terbit di bibirku. Lambat lagi ke? Aku risau kalau ada apa-apa jadi dengan dia.

Aku kena akui, walaupun kami tak selalu berhubung melalui Whatsapp tapi aku risau kalau apa-apa jadi dengan dia. Sebab apa? Sebab dia kawan aku! Dia selalu ada untuk aku.

Walaupun hakikat sebenarnya dia tak ada depan mata aku, aku tahu dia selalu ambil berat tentang aku.

"Amboi, macam banyak sangat masalah je tu." Puan Syafira yang merupakan ibu aku merapati dan duduk di sebelah aku.

"Tak ada apalah ma." bohong. Itu yang mampu aku katakan pada diri sendiri.

"Kucing harini macam kurang kasih sayang je." pantas aku menoleh kepala memandang kearah susuk tubuh wanita ini. Mukanya jelas tersenyum memandang aku.

"Lah kenapa pula? Adik dah bagi diorang makan tau tadi! Baby cat pun habis makan wetpud tadi. Elok je tadi adik tengok diorang terbongkang atas sofa berjemaah." rungut aku perlahan.

Aku memandang Daisy yang berada di hadapanku. Memandang dan merenungku dalam. Ha kenapa tu? Nak gaduh ke apa? Kalau nak gaduh, bagitahu awal-awal. Aku nak pergi sewa gelanggang WWE ni.

Jangan pelik. Aku ni suka bergaduh dengan kucing walaupun aku jaga diorang sebab aku sayang.

Kucing-kucing aku ni pun spesies tak reti nak kenang jasa tuan dia. Orang dah bagi makan sedap-sedap, siap mandikan lagi tapi bila orang nak ajak main dia boleh jeling. Kau rasa? Eih, geram pula kita ni.

"Bukan. Maksud mama, adik tak main pun dengan kucing tu harini. Kesian dia tak dapat attention daripada tuan dia. Asyik busy tengok phone je."

Aku tersengih kecil sebelum bangun menuju kearah Daisy. Aku mengangkat kucing tersebut dan membawa ke dalam pelukan aku.

"Kurang kasih sayang ke adik kakak sorang ni? Alololo meh sini kakak bagi kasih sayang secukupnya. Masa kakak nak bagi kasih sayang, kau selalu lari. Bila kakak tak bagi, tahu pula kau nak cari."

Geram-geram pun aku dukung kucing aku yang bewarna kelabu itu sambil mengusap lembut kepalanya. Sekali-sekala, pipinya aku cubit perlahan.

Aku duduk diatas sofa dan meletakkan Daisy diatas riba aku. Pipi gebunya aku gomol sekuat hati sebelum dia menggeleng, tanda rimas.

Dia menyelesakan kedudukannya diatas riba aku . Perlahan-lahan aku mengusap bahagian kepalanya. Dia nampak selesa apabila dibelai manja.

"Betul ni tak ada apa-apa masalah? Tak nak share dengan mama ke? Selalu mama tengok awaklah orang paling hyper dalam rumah ni. Harini macam tak ada mood je."

Aku tersenyum kecil sebelum menggeleng kepala aku laju tanda aku tidak sudi. Bukan apa, pada aku ini hal yang remeh sahaja.

"Okaylah kalau macam tu. Mama nak pergi dapur kejap, Nak goreng cekodok pisang. Adik nak apa-apa tak?"

Aku menggeleng lagi sebelum menyambung mengusap kepala Daisy semula. Budak berbulus kalau manja memang macam ni. Kalau tak ada mood, kerja nak mencakar je. Geram betul!

Ting!

Pantas aku mengambil phone aku sebelum melihat kearah notifikasi yang masuk. Alamak! Berita apa pula kalini?

Assalamualaikum, Nisa. Maaf kalau saya mengganggu.

Dalam hati sudah menjerit tapi aku tahankan saja. Haip, mana boleh lebih-lebih. Selalunya crush kita ni memang jodoh orang lah yang pastinya. Takkan jodoh alien pula.

MIMPI YANG SEMPURNAWhere stories live. Discover now