"ASSALAMUALAIKUM mama ! Adik dah balik ni. Haura, letak je kasut kau dekat atas tak tu. Tumpang solat dekat sini sekali. "
Converse heels bewarna putih aku buka sebelum meletakkannya diatas rak kasut. Haura yang setia berada di belakang aku bersama barang-barang aku ditangannya hanya mengangguk.
"Ya Allah budak bertuah ni dah balik tak bagitahu mama!" bahu aku sempat dipukul lembut oleh Puan Syafira selaku mama tercinta aku.
Aku hanya memaparkan senyuman sehingga menampakkan barisan gigi hadapan aku kepada ibu aku.
"Saja nak buat suprise! Hehe.. Rindunya adik dekat mama! Ohh mama, Haura tumpang solat dekat bilik tetamu tau. Takut tak sempat pula dia nak balik rumah dia risau kena qada' pula nanti." sambil aku memeluk erat ibu aku, aku tak lupa Haura yang sudahpun menjadi tunggul di belakang ini.
Melihat drama percuma daripada aku dan ibu aku. Haura ni bila dengan keluarga aku dia memang berat nak buka mulut. Maklumlah, dia seorang yang introvert.
Cuba kalau berdua dengan aku ataupun bersama -sama dengan Elisha dan Nik Omar? Dia pun sama saja! Suka membebel.
"Dah alang-alang tu kita makan sekali lah boleh ya Haura? Mama ada masak lebih harini . Kebetulan pula abang-abang Nisa balik harini juga."
"Err.. Tak menyusahkan mama ke? Saya risau keluarga Nisa tak selesa je–" Puan Syafira menepuk lembut lengan Haura.
"Apa pula cakap macam tu? Macam pertama kali pula Haura nak makan sama-sama dengan kami. Haura ni dah macam kakak Nisa tahu tak? Tak perlulah segan dengan kami."
Haura hanya mampu tesengih kepada Puan Syafira. Maaflah mama angkatku, malu seorang Haura tidak mampu dibendung lagi. Huhuhu...
Barang-barang aku yang berada di tangan Haura dibawa masuk oleh aku ke dalam bilik aku. Disusun rapi pada suatu tempat supaya tidak nampak berserabut dan bersepah.
Pandangan aku alihkan pada sekeliling bilik aku. Tiada apa yang berubah melainkan warna dinding bilik aku telahpun dicat dengan warna putih. Kedudukan rak buku juga masih sama. Buku-buku novel juga masih lagi kemas disusun mengikut nama penulis novel dan juga tajuk buku.
Bagus! Tiada tanda-tanda bilik aku diceroboh oleh orang luar tanpa izin sepanjang ketiadaan aku di rumah. Mungkin ibu ku sudah sedia maklum yang aku tidak gemar apabila ada orang luar menyentuh barang-barang aku tanpa izin.
"Dah habis survey bilik ke macam mana ni?" Haura berjalan menghampiri aku dengan telekung yang masih lagi berada diatas kepalanya.
"Dah habis dah. Kau jangan balik dulu tau. Aku ada plan baik nak bagitahu kau lepasni." kataku sambil melabuhkan punggung dibirai katil aku. Tudung bawal yang dililit diatas kepala aku buka perlahan-lahan.
"Apa dia? Baru balik dah ada plan nak pergi jalan-jalan ke macam mana ni?" Aku pantas mengangguk laju dan mencapai telefon aku yang berada di dalam sling bag aku.
Gambar iklan yang sempat aku screenshot tadi aku tunjukkan kepadanya sebelum tersenyum penuh makna. Haura sudahpun menjulingkan matanya keatas.
'Minah ni... Tak move on lagi'
Aku dapat rasakan yang Haura tengah kutuk aku habis-habisan di dalam hati dia.
"Kau ni, tak habis-habis dengan benda ni lagi ke? Cuba move on sikit." Haura menjulingkan matanya keatas tanda dia sudah masak dengan perangai Nisa ini. Telefon dihulurkan kepada aku semula.
"Oh my god ! Mana boleh move on! Aku baru habis baca Seseorang Untuk Aku dengan Takdir Untuk Aku. Manalah tahu kita pergi Hari Terbuka Armada ni boleh cuci mata tengok jet pejuang ke, helikopter ke... Ha! Tak pun senjata api! Ya allah! Peluang keemasan!"
YOU ARE READING
MIMPI YANG SEMPURNA
Romance"Saya janji akan tunggu awak. Sampai bila-bila. Andai kata suatu hari nanti saya dah berhenti menunggu awak, itu bukan bermakna saya penat. Saya anggap persahabatan kita sampai sini sahaja." - Nisa Farah Ayesha "Tak perlu bazirkan masa kau menunggu...